Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Thursday, November 29, 2012

Monolog: Movie

Bismillah,
Dah nak masuk bulan 12. Hujung tahun begini, ada orang terlebih gembira dan tak ingat dunia, ada orang biasa-biasa saja, ada orang tak kisah pun.


1. Menulis blog, ialah satu kepuasan diri saya. Saya tidak mengharapkan apa-apa, tetapi apabila orang menghargai, itu satu BONUS.

catatan: Zikrullah ialah makanan para malaikat.


2. Saya ada menonton filem 'Blood diamond'  bersama suami. Ia kisah pnyeludupan berlian di negara bergolak. Ada seorang lelaki berkata. " Aku faham apabila orang kulit putih sprti kamu gilakan berlian, mahu menguasai negara kami kerana berlian. Tetapi aku tak faham apabila orang-orang kami berbunuhan sesama sendiri. Aku rasa, sebab Tuhan dah lama tinggalkan kami. "

catatan:  Setiap kisah, ada ceritanya. Apa yg kita nampak dan dengar, mgkin berbeza dari kenyataannya. Fikirkanlah, mana mungkin Allah akan memandang sesuatu kaum di suatu tempat yang berpecah-belah  dan menyakiti sesama sendiri, dengan pandangan Kasih? 


3. Bila bercerita ttg wanita, tidak lari dari terganggu emosi. Saya pening menonton sinetron Indon yang mengisahkan mertua yang tidak sukakan menantu. Ada sinetron "Ku pinang kau dengan Bismillah", yang mana anaknya seorang ustaz, tetapi ibunya sangatlah cerewet. Aduhai....

Prof Dr Muhaya pernah cakap dalam satu siri di radio IKIM, bila kita melihat kekurangan pada menantu, kita lihat anak kita dahulu, adakah sesuatu yg tidak kena padanya, atau kita ibubapa memberi tauladan yg salah padanya? Namun, siapa yg suka bersedih hati?

Saya pernah melihat movie " Bila Cinta Bertasbih", yang ada ustaz bernama Azam tu.  Ibunya lebih terkendali emosinya.  Padahal dia seorang janda,  anaknya Azam harus bekerja menjual tempe dan bakso demi menyara adik-adik dan membiayai pengajiannya di al Azhar. Adik-adik perempuannya ramai... Mestilah mereka bergantung pendapatan dengan Azam. Tetapi ibunya amat terbuka sikapnya, dan tenang menghadapi musibah. Tawakkalnya kepada Allah itu lebih.

 "Bayu Cinta Luna".  Ini lagi parah. Melihat pelakonnya sahaja, kita dah tahu mereka pasti akan diuji dgn teruk. Jika gaya kehidupan kita jauh dari kehendak Islam, pastilah tiada keberkatan.  Mertua Luna melayannya dengan berpura-pura.  Namun, bila cemburu dan amarah, semua orang sekitar menjadi mangsa.

Catatan1 : Apa yang kita mahu? Belajarlah bertolak-ansur.
“Bukanlah dari golongan kami, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Riwayat Al-Tabrani)

catatan2 : Saya sering melihat para ibu mengajar anak-anak terutama anak lelaki supaya mengasihi dan mengutamakan Ibu. Namun, saya jarang melihat para ibu mengajarkan anak lelakinya bagaimana untuk melayani isteri dengan cara yg terbaik . Sedangkan mendapat wanita yg solehah itu, umpama syurga dunia buat suami. Yg bakal mendidik keturunannya...

catatan2 : Kita juga ditimpa masalah yg sama jika menggunakan duit  dan harta untuk  MENGIKAT kepatuhan dan kasih-sayang anak. Ustaz berkata, kita sekarang terlalu moden sampaikan tak mengajar anak bab dosa, pahala, syurga, neraka. Tidak kisahlah kita mewah atau sederhana, janganlah gunakan duit untuk mengikat anak. Mereka akan mengasihi DUIT lebih dari kita ibubapa.. Mengejar  kemewahan lebih dari mengharap redha ibubapa...


4. Nabi Isa a.s melalui seeekor bangkai kambing dalam satu perjalanan bersama para pengikutnya. Bangkai itu membusuk. Para pengikutnya yang lain memalingkan muka. Tetapi nabi Isa tidak begitu, katanya "Aku melihat kambing ini mempunyai gigi yang putih."- blog ustaz Pahrol.

catatan: Jahatnya hati kita, bila memandang yg buruk/kurang enak pada seseorang, terus kita nak menghukumnya. Sekilas pandang itu ialah satu penilaian yg tak adil. Haruslah diselidik dahulu. Nabi a.s  sendiri menunjukkan tauladan yang mulia : memandang yang baik pada sesuatu yang buruk,  melihat hiKmah dari musibah, melihat kecantikan berbanding kekurangan.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang...

Rasanya cukuplah untuk hari ini...


Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, November 28, 2012

Bersungguh-sungguh kali ni..


Salam sejahtera teman-teman yang dikasihi Allah,

Hari ni saya bersungguh-sungguh memasak juadah petang. Jika tidak, saya mengacaunya sambil la, la..la..la.  hehe. Saya menambah bersudu-sudu gula. Bila masih tidak terasa kuahnya, saya tambahkan lagi gula melaka yang siap menjadi serbuk (cap bintang).  Kalau ada santan lagi, tentu saya tambah. Lepas merasa banyak kali, barulah puas hati. Kenapa?



Durian ini tidak semanis durian yang biasa. Kami bawa balik dari kampung. Isinya tebal, macam D24.  Tetapi, agaknya luruh masa hujan, jadi tidak masak di pokok. Tak apalah, itu cuma beberapa biji sahaja, yang lain kebanyakannya lembut-lembut  dan enak.  Saya buat agakan, hendak dibuat kuih, durian ini rasanya kurang berlemak juga.  Maka, lebih baik dibuat cara BUBUR.  Tetapi kacang hijau tak ada, maka jadilah serawa.. 

Di kampung, semasa mengopek dan menikmati ulas-ulas  durian yang  sedap, lembut dan enak, saya fikir, beruntungnya kami, merasa durian dari pokok. Oranglain terpaksa membeli durian...

Semasa menikmati durian dalam bekas yang diberikan mertua, saya dan suami sama-sama menyedekahkan Al Fatihah kepada atuk suami, orang yang menanam pokok durian ini. Amal jariahnya telah berjalan sehingga kepada kami.. Alhamdulillah. Sebahagiannya saya sampaikan kepada adik Siti di damai.  Suami kata dia sudah puas makan. 





Hum.,  kita nikmati roti jala dengan kuah serawa durian ni, ya! :D



Er...  Kan saya kata, saya amat bersunguh-sungguh. Saya mencari acuan jala tidak ada, jadi saya gunakan bakul kecil yang ada lubang ni.  Hum, dengan tepung tak cukup, saya campur tepung superfine lagi, adun mengikut suka hati kecairannya.  Lepas tu blend, dan tuang atas pinggan yg dalam. Pandai-pandaila tuang atas raga tu, untuk menjala atas kuali leper!





Amacam? Kita jangan terikat dgn acuan biasa. Meskipun lubang tak banyak, kita masih boleh membuat roti jala yang tidak banyak lubang, kan? He...  Resipi   serawa durian kak An, dan adunan roti jala majalah rasa. Ada kat SINI. 


14 Muharram.


 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, November 27, 2012

Hilang arah?

  klik new tab untuk view besar


SEMPURNA YANG KITA INGINKAN

Bila dikelilingi orang yang memahami, kita tidak berasa gundah walau apa kesusahan yg kita alami. Kita berasa senang, kerana keluarga dan anak-anak cukup makan dan pakai.  Suami yang melindungi dan anak-anak yang baik layanannya terhadap kita. 

Namun, kita masih gundah dan berduka. Kita asyik mengeluh kerana berasa belum cukup apa yang kita ada dan masih kurang pencapaian anak-anak. Kita marah bila diuji dengan sedikit kesusahan. Kenapa?  Menurut Prof dr Muhaya, barangkali kerana kita  kurang bersyukur.

Kita menyediakan makanan yang enak untuk anak-anak dan suami,tetapi kita lupa mengajarkan anak-anak mensyukuri rezeki yang Allah berikan dengan mengucap Hamdallah selepas makan. Kita bercerita tentang kebahagiaan hidup kita, tetapi lupa untuk bersyukur kerana Allah memberikan kita suami yang penyayang dan 'sempurna' untuk diri kita (yang sesuai dgn diri kita).  Prof Hamka berkata,  seorang lelaki telah mengadu, "Saya telah berdoa berbelas tahun, tetapi satu pun tidak dimakbulkan Allah ".  Katanya, orang ini TIDAK TAHU BERSYUKUR.  Kita lupa,  kita bernafas dengan izin Allah, kita hidup dengan rahmat dan izinNya...Hanya disebabkan permintaan kita tidak diberi, kita bersikap berkata begitu terhadap yang Pencipta?  Kita selalu memandang apa yang TIDAK ADA, lupa kepada apa yang kita ADA...



1) BERSYUKUR

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
SUMBER: www3.pmo.gov.my


Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya); dan Ia tidak redhakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredhainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. 
SUMBER: http://www3.pmo.gov.my



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
SUMBER: pmo.gov.my



2) CANTIKNYA HATI..

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun dari mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.
SUMBER: pmo.gov.my



3) SEIMBANG DALAM URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT 

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
SUMBER: pmo.gov.my


4) MENGELAK SIFAT CEMBURU

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu".
SUMBER: pmo.gov.my


Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan
Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk
Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus- hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan kedengkiannya".   
SUMBER: pmo.gov.my 



5) HARUS BERLUMBA-LUMBA MEMBUAT KEBAJIKAN


Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang salih, sedang ia beriman, maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya.
SUMBER: pmo.gov.my


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".  
SUMBER: pmo.gov.my



6) FASOBRUN JAMIL...  (SABAR ITU INDAH)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
  (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".
SUMBER: pmo.gov.my

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
SUMBER: Al Ankabut ayat 2


Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
SUMBER: Ali Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu';
SUMBER: al baqarah ayat 45



7) BERTAWAKKAL


Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar.
SUMBER: pmo.gov.my

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya(Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
SUMBER: Surah Yusuf ayat 87




Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Saturday, November 24, 2012

Monolog: makan, memasak, dan membeli


Salam sejahtera, temang-teman yang dikasihi Allah,

Bagaimana hari ini? Sejuk jer pagi-pagi. Teringat pulak minggu lalu, panas berhari-hari. 3 round saya basuh pakaian sehari dgn cadar, tuala semua la. Seronok tengok ia kering dan dilipat. Sekarang nak mula minggu nak hujan. pagi lagi dah mendung, maknanya, dengan mesin basuh yang pengeringnya tak berapa kering tu, alamat 2 hari sekali pakaian nak kering betul. Teringin nak cari mesin basuh besar sikit, pengeringnya lebih sempurna terutama bila sumbat kain baju full.




BAB MAKAN

Kelmarin, hari pertama puasa, seharian saya sakit kepala. Padahal pagi2 dah bersahur dgn Hubby. Badan tengah buang toksik kot... haih. Hari kedua ni sakit kepala dah berkurangan, tetapi sakit belakang pula, duduk tak kena, baring tak kena. Selama ini, saya sangat manjakan penyakit gastrik saya ni, asal pening jer mesti cari makanan sedikit, baru lega. Bulan puasa boleh pulak tahan, ek?
Kelmarin dapat idea berbuka pun dah dekat maghrib, kelam kabut saya memasak asam pedas daging dan telur hancur ikan bilis bercili. hehe..

Saya tak tau nak kata apabila orang usik saya mudah sakit perut. Saya buat tak dengar je. Yalah, tak semua orang mahu memahami. Memang saya jg mudah alah dgn makanan trtentu, tapi saya jenis mudah makan, taklah cerewet sangat. Ma abah saya ajar saya dan adik-adik supaya makan apa yang ada. Abah saya cuma kerja kampung, mana boleh selalu makan sedap-sedap berperisa macam kat restoran.

Sejak kahwin dgn orang selangor, baru saya reti makan restoran atau hotel. Itupun sebab selalu ada buffet ramadhan free. Dulupun, fast food pun saya tak reti beli. Orang bandar (suami) yang ajar. Kampung sungguh, saya kan? hehe. Tapi buat apa nak malu, semua orang berasal dari TAK TAHU, kan?




BAB MASAK

Hum, bila menulis ni, hilang sekejap rasa sakit belakang ni. Dah lama tak tak bercerita bab masak. Lama sangat dah.. Saya faham, orang datang blog ini sebab nak cari idea memasak, sebab saya bukan pakar sangat pun. Saya belajar masak pun mula-mula dengan Mama saya. Semuanya simple sebab mama saya orang berniaga gerai gorengan. Cuma taste abah agak rumit (bagi sayala masa tu), sebab abah suka makan gulai (kari) dan masak lemak. nak cari santan, harus mesin kelapa dulu baru perah santannya. Nak cari serai, lengkuas halia kena mengharung semak samun dulu. huks. Adik lelaki saya taste macam abah, nak yang sedap saja... yang simple taknak. Tetapi nak buat camana, sebab Abah yang dok rumah sebab bertani , Mama yang berniaga di luar. Saya ni kaki panjang, dok asrama dekat 6 tahun. Lepas tu, baru belajar masak sikit-sikit. Memang seksa (haha...). Benar, saya orang kampung sungguh! Orang kampung yang simple! Jadi kedua ma abah saya guru masak pertama saya.

Lepas kahwin dengan orang selangor, saya belajar pula cara mertua memasak. Cara mertua, sedikit ala orang bandar, sebab banyak jenis alatan dan bahan masak yang mertua saya tahu. Saya sayangkan suami, mestilah saya nak tahu apa makanan kegemarannya. dan juga saya mahu mengambil hati keluarga suami. Mereka selalu cakap makanan orang pantai timur manis-manis. Itu persepsi yang sukar diubah. orang Jawa suka pedas-pedas, dan saya ikutkan saja.. Bagi saya, bila kita di dapur orang, saya akan ikut selera tuan rumah trsebut. Dialah Chefnya! saya mungkin membantu bahan-bahan dan resipi yg mereka boleh terima. Itu lebih senang bagi saya. Tambahan pula, bila kita membantu, semulajadinya kita belajar dengan mereka. Ibu mertua ialah guru masak kedua saya. Saya sentiasa hargai tunjuk ajar mak, dan akan sedia membantu mak bila-bila mak memerlukan. Jika saya sibuk, janganlah berkecil hati. Saya akan sentiasa cuba membahagiakan Ma abah saya,  dan mak ayah. Di sini kehidupan saya.


Untuk belajar suatu masakan, mula-mula memangla kita kena ikut resipi gram per gram, step by step. Lama-lama kita mula pandai olah resipi ikut selera. Bila dah sekali buat, kita akan berani membuatnya lagi, sebab dah PERNAH buat, boleh agak kecairan dia camana, kepekatan, masin manis masam yang kita mahukan. Bila dah SELALU buat, barulah kita mampu main campak-campak jer, dah boleh buat dgn sedap menggunakan bahan yg ada, meskipun dapur itu bukan dapur kita, dan kita boleh guna bahan atau tools yang berbeza dari dapur kita. Ia satu cabaran yang mengujakan. Jadi, janganlah main-main dgn resipi. Ada resipi kita boleh olah suka hati, ada resipi yang sensitip, kurang terlebih sedikit pun tak jadi. Bila suatu resipi tu kita selalu buat, maka kita lebih expert dengannya. Lagi... JANGAN salahkan resipi.. kita yang memilihnya, dan haruslah kita menanggung susah senang, kecualilah ia TERSANGAT jauh bezanya dari apa rupa asal. 

Pure atau tak resipi itu kita tak mampu tafsirkan. Memang laksa ada kat terengganu, tetapi ada laksa utara, ada laksa penang. Nasi lemak setiap negeri pun berbeza. Jadi, kita berfikiran terbukalah, lapangkan dada.. kalau dia cakap nasi lemak taruk halba halia lagi sedap, itu resipi dia, kena hormati. Sedaya upaya, cuba ikut resipi dia... JTB (Jangan Takut Mencuba). Tetapi kalau dah tak allergik dgn bahan tertentu, janganlah memaksa diri, kalau suami lebih sukakan pedas, cili merah tu tukarlah cili padi. Tak susahla..




MEMBELI

Satu lagi yang saya baru jumpa dalam buku chef BSR, puan Roza (buku bukan sekadar resipi). Beliau kata, kalau nak murah, carilah bahan masakan yang ada di tempat kita dan ada banyak pada musimnya. Ia menjimatkan masa dan duit. Saya tak sedar CARA itu. Kenapa? Sebab saya di pasaraya, selalu beli ikut selera, ikut suka. Saya tak sedar sama ada bahan masakan itu murah , musim bila (musim durian saya tahu la.. hehe). Barangkali tempat kita cuma ada musim hujan, musim kering,musim banjir, musim kemarau. Bukan musim bunga dsbg. Tetapi satu perkara kita boleh detect, bila bahan itu tidak dijual di pasaraya, bermakna bukan musimla tu.. Macam udang, selalu dah takde kat pasaraya terdekat ni. Mangga yang kuning pun takde.

Yang kita tahu, MUSIM SALE. Saya kira, setiap bulan ada sale kat pasaraya... tapi tak larat juga nak jelajah setiap pasaraya, lainlah kalau rumah kita terletak di segi empat, Tesco-rumah-giant-ikea. Gulp! Jadi, saya fikir kita beli barang yang berlambak-lambak, maknanya murahla. Tetapi barangan tin atau separa segera, tak payahla cakap, memang menjimatkan masa, tetapi nak berjimat  DUIT memang susah. Antara beli sayur-mayur dan lauk dengan choice makanan beku atau separa masak dalam tin, choice yang kedua tu berpuluh ringgit bezanya. Nak yg murah, harus berusaha lebih sikit.

Yang saya suka, chef BSR, beliau ada katakan, meskipun ayahnya seorang guru berpendidikan tingkatan tiga, gajinya kecil, tetapi ibunya pandai mengatur belanja rumahtangga, berjimat, tetapi mereka sekeluarga selalu dapat makan yang sedap-sedap dan berkhasiat. Ibunya pandai memasak, dan lagi ibunya sentiasa membantu ayahnya di kebun koko.  Saya terkesan dengan kata-katanya.   Jadi, siapa kata untuk masak yang sedap kita perlu gunakan bahan yang mahal-mahal atau short-cut yang penuh perisa?  Ia peringatan utk diri saya.






Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, November 23, 2012

Muharram (2)


Salam sejahtera,

Rasa bersalah apabila mahu berpuasa sunat sedangkan puasa qada belum habis. Solat wajib tetap dkira dahulu sebelum solat sunat. apatah lagi ibadah wajib yang lain? maka saya berbuat seperti yang pernah dibuat semasa bulan rejab syaaban dahulu, berpuasa qada, dan kata ustaz, dapat pahala sebab brpuasa pada hari yang digalakkan berpuasa. Siapa yang tidak mahu dosanya diampunkan selama setahun?


 Klik new tab untuk saiz besar

Dari Abi Qatadah r.a katanya : Rasulullah S.A.W ditanya tentang Puasa Asyura' (yakni 10 Muharam), beliau S.A.W bersabda : Ianya menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadith Riwayat Muslim).

Dalam riwayat yang lain Rasulullah S.A.W bersabda : "Kalau aku hidup hingga tahun hadapan, aku akan berpuasa 9 juga (yakni 9 Muharam)". (Hadith Riwayat Muslim)

Hikmah berpuasa 9 Muharam adalah adanya kemungkinan kekeliruan dalam memastikan awal bulan dan juga untuk membezakan puasa kita dengan kaum yahudi yang hanya berpuasa 10 Muharam sahaja.

Oleh kerana itu, kita digalakkan berpuasa 9 & 10 atau 10 & 11 Muharam

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid.

SOURCE: http://www.darulmurtadza.com/2012/11/kelebihan-puasa-10-muharam-hari-asyura.html


HARI

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
Puasa pada 9 haribulan Muharram.
Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.

SOURCE: http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=252&Itemid=85


If you desire Allah swt to be persistent in granting you the thing you love, be persistent in doing the thing He loves” – Imam Ahmad ibn Hanbal-



 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, November 22, 2012

Bimbingan atau rasa sempurna


 Bismillah, Salam sejahtera buat teman-teman,

Sebagai seorang yang mempunyai masa di rumah, saya sempat menonton Tanyalah ustaz waktu pagi-pagi macam ni. Terasa bersalah pula melihat tv kami berada di atas lantai. Lebih-lebih lagi cerita hari ini ialah ttg mukjizat al Quran. Saya rasa, Tanyalah ustaz, atau Tanyalah ustazah  di TV9 mengalami banyak perubahan dgn menjemput ustaz yang merupakan pensyarah-pensyarah universiti. Mereka ada kebolehan menyusun ayat dan saya suka itu.  Tetapi, kita tidak bolehla bandingkan mereka dgn para Dai'e di yg banyak berdakwah di luar, kerana sudah tentu pengalaman mereka berbeza.

Hari ini bercerita ttg mukjizat al Quran. Al Quran sebagai panduan, dalam perubatan, dalam pelbagai aspek ilmu.(maafkan saya tentang surah al Qadr, saya terlalu laju menulis tadi)  Al Qadr ada  30 patah perkataan dan 114 huruf, sepertimana al Quran mempunyai 30 juzuk dan 114 surah. Al Quran diturunkan di malam al Qadr dan itu kelebihannya.  Al Quran juga diturunkan secara lengkap ke langit dunia, tetapi berperingkat diwahyukan kepada nabi melalui perantaraan Jibrail. Ia bermula dengan asas, iaitu surah al Alaq, dan seterusnya mengikut keperluan masyarakat pada masa itu, tetapi susunan mashaf al Quran disusun sempurna bermula dari al Fatihah diakhiri an Nas.  Membaca al Quran walaupun tidak faham tetap dikira ibadah. Tetapi kita juga harus tadabbur, iaitu baca al Quran, memahami, menghayati dan beramal. Itu Ubat Hati. Al Quran itu suci, maka berwuduklah sebelum memegang mashafnya. Orang yang berhadas besar tidak boleh membaca al Quran secara lafaz, di dalam hati tidak apa. Untuk mengamalkan al Quran dalam kehidupan, ialah apabila kita berdamping dengannya dan mengamalkan segala isinya. Al Quran akan memberi syafaat untuk kita kelak. Cantik dan padat jawapannya, kan?

Saya sentiasa berharap ada jawapan yang begini supaya saya catat untuk membimbing bakal anak-anak kelak. Bahkan mudah untuk saya berikan jawapan, bagi mereka yang tidak tahu.

Saya teringat bagaimana ustazah, seorang pensyarah juga melontarkan isu kesaksamaan hak wanita. Seolah-olah dia membuat kajian tentang itu sehingga peringkat antarabangsa. Tetapi tetap tidak lari dari menyebutkan EQ dan IQ wanita yang tetap memerlukan lelaki untuk memimpin. Islam itu adil, dalam al Quran banyak disebut "Huwa" (lelaki), tetapi ada masanya huwa bermaksud lelaki dan wanita. Bahkan tentang wanita ada disebut dalam surah an Nisak. Tentang tanggungjawab lelaki dalam bab faraidh. Sangat menarik. Saya teringatkan cikgu sains saya semasa di sekolah menengah. Sering mengaitkan ilmu sains  dengan kebesaran Allah semasa  di makmalnya. Saya fikir, untuk apa? Tidak lain adalah untuk mendidik Hati anak-anak remaja supaya dekat dengan Allah dan memahami penciptaanNya. 

Bukan mendesak mereka untuk sentiasa patuh, atau menakut-nakutkan mereka atau yang sebaliknya, membiarkan mereka mengikut arus persekitaran dan perubahan tamadun masyarakat tanpa dibimbing . Dan kita berfikir kita telah membuat mereka sempurna?

Saya suka kerana cara jawapan ustaz jemputan yang tersusun dan meluaskan konteks cara berfikir.  Kerana jawapan, sepatutnya begitu. Bukan sekadar menerima sahaja. Saya tidak mahu mengatakan, "pada pendapat saya, tak tahulah pendapat oranglain, saya belajar begini, ustaz saya cakap begini... dan saya berpegang padanya.  " lantas kita mengeraskan suara agar orang mendengar pendapat yang kita lontarkan. Dengan cara begitu, adakah orang mahu mendengar?

Saya takut dikatakan orang yg tidak tawadduk, dgn mengatakan sesuatu yang 'hanya saya yang tahu' dan 'mungkin orang itu tidak tahu' disebabkan perbezaan taraf pendidikan kita dgn dia. Adakah itu menandakan kita lebih?  Saya tahu perasaannya. Tetapi saya tidak mahu menghadapi orang egois dengan rasa egois. Ia tak baik utk kesihatan. :)



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, November 21, 2012

Bahulu jadi trifle


Salam sejahtera buat teman-teman dan visitor yang disayangi,

Musim orang kahwin. Jadi, telur rebus, kuih muih menjadi buah tangan. Haritu, saya mendapat popiah nestum dengan lipatan 4 segi, sangat rangup, Yum! Telur rebus pula dah lama jadi sambal telur.
Baru-baru ini kami mendapat undangan menghantar pengantin ke Perak. Bagi saya ia satu penghargaan. Pada mulanya batuk saya tidaklah sekuat mana, tetapi apabila di perjalanan, ia bertukar semacam lelah pula. Nasib sayalah tidak membawa ubat batuk. Suami pula bergilir drive dengan ayahnya. Seperti biasa, apabila saya bersama keluarga suami, pandai-pandailah saya membawa diri sendiri, saya tidak mahu mengacau masa suami bersama ahli keluarganya.....
Alhamdulillah, dengan niat untuk meraikan pengantin yang merupakan sepupu suami yg muda usianya, serta menemani suami saya, Alhamdulillah, segala berjalan dengan lancar. Ia satu perjalanan yang membawa hajat besar dalam mendirikan rumahtangga :)

Saya terharu pula melihat mak-mak sedara suami bersama mak mertua saya tidur di bawah dan memberikan katil yang enak buat saya bersama seorang sepupu yang lain sewaktu di rumah sewa. Ia melegakan badan saya dengan batuk yang tiba-tiba teruk itu. Rasa terharu sangat... Malah, kami sempat berbelanja berhampiran tempat jeti ke Pulau pangkor. Apalagi, saya yang tidak merancang membeli bilis pangkor, terus membeli 3 bungkus bilis serta udang kering yang segar nampaknya. Hehe... saya teringat masa Hubby belikan bilis pangkor dahulu, beberapa bulan masih elok dalam dalam peti ais. Lagipun, saya cuma memasukkan sedikit-sedikit dalam masakan, kolesterol tinggi woo!
Ha, sampai di rumah kami, saya sediakan bilis sambal makan dengan nasi lemak. Hummm... manis rasanya kuah dan bilisnya, sedikit beza dgn bilis pangkor yang saya selalu beli di pasaraya.

Aiseh, dah melalut. Ada 4 keping kuih bahulu. Belum berselera nak makan cam tu saja. Jadi....saya buat Trifle. Dari resipi kak Raihan, periuktanah. http://periuktanah.blogspot.com/2009/06/triffle.html



Kita potong bahulu tersebut suka-suka hati.

Kita cairkan kastard

Tuang sos kastard atas bahulu dan limpahan buah nenas tin yang mewah dan besar (itu jer yang ada :)




Lepas tu cairkan jeli Nona.

Ha.... jadila macam ni.. Hum, mula-mula takut tengok rupanya. Tak lawa...;D


SEKALI NGAP..... setelah disejukkan dalam peti ais.. Humm..... dah lupa rupa bahulu tu.


                                                                Er, makan lagi.....:D



 Copyright © 2012



╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, November 20, 2012

Cara mengelak suul khatimah, dan kasih sejati


TV9 tanyalah ustaz 20 Nov

Tajuk: Mati dalam Suul khatimah

Cara untuk mengelak mati dalam keadaan Suul khatimah.

Ada 4 perkara untuk kita buat:
1. Jaga solat 5 waktu
2. Membaca al Quran
3. Bersedekah
4. Berzikir

Ada 4 perkara untuk kita jauhi:
1. Sifat dusta
2. Sifat khianat
3. Sifat mengadu domba untuk memecah belahkan oranglain.
4. Jaga kebersihan dari hadas kecil atau besar terutama semasa ingin solat.


MENGURUS

Nurindah 1: Saya pernah melihat orang yang nazak, orang yang matinya di dalam tidur, dan orang yang matinya kerana sakit. Kesusahan kita sebagai orang yang menjaga orang yang sakit, tidak seberat orang yang nazak tersebut, yang mana dia bila-bila masa saja akan dipanggil kembali ke pangkuan Allah, tidak boleh lagi senyum tawa bersama keluarga atau berjalan melihat keindahan dunia.

Saya pernah melihat movie di youtube tentang 100 hari sebelum kematian. Tanda-tandanya hampir sangat dgn apa yang para ulamak beritahu, supaya kita lebih bersedia untuk mengadap Allah dalam keadaan sedia, tidak berhutang atau tidak risaukan ahli keluarga kita yang lain.

Pernah saya diberitahu oleh orang-orang tua, bahawa selagi hidup, kita berjalanlah melihat dunia. Bila dah tak boleh bergerak, ada duit banyak pun nak buat apa?
Saya melihat tauladan di situ? Entahlah. Saya berasa bila kita mula sakit atau uzur, kita lebih banyak bergantung dengan ahli keluarga lain yang sihat untuk menjaga kita. Bagaimana dengan kebajikan anak, cucu, isteri atau suami yang akan kita tinggalkan? Mereka akan menyerahkan sebahagian daripada hidup mereka untuk menjaga kita.

Ya, cinta dan kasih-sayang itu penting. Pendapatan berterusan, insurans, atau pengurusan harta dan pengurusan rumahtangga juga penting agar kehidupan mereka yang ditinggalkan tidak terjejas. Jika tidak, buat apalah nenek moyang kita meninggalkan berpuluh ekar tanah, berpohon-pohon pokok buah durian untuk anak cucu mereka nikmati, sedangkan mereka sudah tiada di sisi? Pahala yang berterusan melalui pahala pokok buah durian. Itulah orang yang merasai 'pendapatan berterusan' sehingga ke liang lahad. Itu tanda kasih sejati mereka, hargailah!


PERJALANAN

Nurindah 2: Sepertimana saya ada membaca seorang lelaki yang telah mengkhatamkan al Quram lalu mencatat setiap ayat yang mempunyai makna syifa' (kesembuhan)untuk anaknya yang sedang sakit, Saya juga telah menemui catatan para bloggers yang sentiasa merujuk al Quran dalam mencari panduan yang baik, seperti bloggers di bawah ini. Mereka merujuk ayat-ayat al Quran untuk melakukan perjalanan (bermusafir) yang diredhai Allah. Ya, setelah dipastikan kita mempunyai tabungan untuk diri di masa susah serta nafkah untuk keluarga tersayang.


http://cahyadi-takariawan.web.id/?p=187 (motivasi melakukan perjalanan melalui ayat al Quran)
http://yuliandriansyah.multiply.com/journal/item/12/Ayat-ayat-Perjalanan

“Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Al Ankabut : 20).



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Saturday, November 17, 2012

Muharram dan kelebihan hari asyura







PHOTO SOURCE: http://www.facebook.com/Owhsomuslim
Jazakallah OSM, for a good reminder.



Boleh klik new tab untuk lihat lebih besar

Daripada Abi Said Al-Khudri r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda " Barang siapa yang berpuasa pada hari Arafah diampunkan dosanya setahun akan datang dan dosa tahun lepas, dan barang siapa yang berpuasa Hari Asyura (10 Muharram) diampunkan dosanya setahun". Hadis Riwayat At-Tabrani.
 Rujukan hadis: kitab la tahqiranna minal ma'ruf syaiaa. Tuntutan Puasa Sunat Hari Arafah (9 Zulhijjah) dan Hari Asyura (10 muharram)

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW, menganjurkan umatnya berpuasa dua hari pada Asyura iaitu :  9 dengan 10 atau 10 dengan 11 Muharram.  Katanya digabung dua hari supaya tidak sama dgn puasa orang Yahudi. Pahalanya, Allah mengampunkan dosa kita selama setahun, mengikut hadis riwayat At Tabrani R.A.

Nurindah: Harap-harap ada-lah rezeki saya untuk berpuasa hari Asyura sepertimana kami sempat berdoa pada tahun baru yang lalu. Moga ia membawa lebih berkah kepada kami sekeluarga juga mereka yang tersayang.  Kita sama-sama beramal, Insya Allah.


 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, November 15, 2012

Kehebatan?


Salam sejahtera,

Ampun untukmu. Cerita di tv9 sekejap tadi.
Bagaimana sepasang suami isteri yang mengharung kesulitan. Seorang wanita yang diuji, apabila dirogol ayahnya, dihalau oleh ibunya, lalu berkahwin lari dengan seorang lelaki. Mujurlah lelaki itu seorang yang amat bertanggungjawab. Suaminya diuji dengan rakan yang merupakan pengedar dadah tetapi dia menolak tawaran itu. Isterinya diuji apabila suaminya lumpuh dan diuji dengan masalah kewangan, pernah ditawarkan menjadi pelacur, tetapi isteri itu menolak. Masya Allah. Dalam kalut itu mereka berbalah dan bertengkar, tetapi iman masih tidak tersesat. Saya takut menceritakan bab seterusnya sebab memang pedih. Namun akhirnya, happy ending. Suami isteri itu pulang menemui ibu mereka dan memohon ampun. Bahkan ibunya pun sedar kesalahannya. Ayahnya yang berdosa itupun telah meninggal dunia dalam keaiban. Saya tidak tahu kenapa mereka memendam terlalu lama kesalahan yang teramat besar itu, hidup tenangkah mereka?

......

Ada beberapa perkara yang biasa membuat hati kita sakit:

1. Apabila kita telah melakukan ibadah kita dengan baik, kita masih bersangka buruk kepada Allah. Semakin kita bersangka kepada Allah, semakin kita jauh dariNya.

2. Taajjub kepada diri - kita berasa kita seorang yang teramat baik, dan telah menunaikan semua tanggungjawab, jadi kita berasa takbur dan taajub kepada diri, maka kita tidak peduli kepada perasaan orang lain, dan memandang rendah kepada orang lain.

3. Apabila kita cinta dunia. Kita takut pandangan oranglain, malu kepada oranglain, tetapi tidak malu kepada Allah.

4. Tidak berdoa kepada Allah, agar kehidupan kita lebih baik, bersangka buruk kepada ujian atau nikmat yang Allah berikan kepada kita.

5. Tidak mendoakan ibubapa.


Kehebatan Allah

Suami berkorban melindungi dan memberi nafkah kepada keluarganya, kerana kehebatan Allah yang mengatur supaya seorang suami bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya. Jika dengan kehebatan manusia saja, manusia tidak lepas dari bersifat lemah, lupa dan lalai.

Isteri mentaati dan mencintai suaminya dalam keadaan apapun, semuanya kerana kehebatan Allah. Jika tiada garis panduan hukum, seorang wanita akan bertindak menurut hawa nafsunya.

Ibu dan bapa ditaati dan disayangi oleh anak-anak, semuanya bersebab kehebatan Allah bahawa anak-anak harus menunaikan tanggungjawabnya sesuai dgn kehendak hukum. Doa seorang ibu mudah dimakbulkan Allah kerana kasih-sayang Allah, Allah yang menetapkan macam itu. Jika dengan kehebatan kita saja, hati manusia boleh berubah kepada bersikap mengabaikan antara satu sama lain.


Semuanya kerana kehebatan Allah, bukan kerana kehebatan kita.

Salam Maal Hijrah, teman-teman..



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kurangkan stress anda, dan Salam Maal Hijrah..


Wah, saya bisa online!

Apa khabar semua? Semoga teman-teman dalam perlindungan rahmat dan kasihNya.

Disebabkan signal celcom tak jadi di kawasan BB ini, TM pula payah nak apply, kami mencuba pula P1.

P1 ni dapat 7 hari waktu bertenang, kalau ada masalah line, boleh pulang balik. Hum, hari pertama internet lambat loading. Hubby dah stress. Saya pun. Mungkin P1 pun belum stabil meskipun signal 3G penuh kat modem. Takpelah, kita cuba 7 hari ni. Kalau dah takde pilihan, terpaksa ambik jugalah sebab P1 ni kontrak setahun.

Pelbagai kerja Hubby dah terbantut sebab streamyx tak boleh masuk. Broadband pula terlalu slow, ambil signal dr handset. Harap-harap P1 ini boleh membantu kami. Saya pula? Sunyila takde internet, hehe...


Setakat ini, dah 2 kali saya berulang balik ke Besut. Sejak sebelum Raya Haji, Abah masuk hospital, dan masih tidak sedarkan diri. Di wad itu, ada seorang nurse menjaga seorang pesakit. Kita tak boleh menunggu, kecuali di luar wad saja. Saya tidak galakkan adik-adik perempuan saya menunggu di luar wad, kecuali berteman. Biarlah saudara lelaki yang lain yang standby.

Sejak pulang, bermacam kerja rumah yang saya harus selesaikan. Pening sekejap. hehe.
Jadi.. kurangkan stress anda. Bertenang, Insya Allah segalanya akan berjalan dgn baik :)

Tak lupa, Salam Maal Hijrah 1434. Kelmarin terpaku melihat tanyalah ustaz, Ustaz Hasan Din tentang bicara Hijrah. Alhamdulillah, saya sempat baca Doa akhir dan awal tahun kelmarin bersama suami...

Moga tahun ini berjalan dgn baik dan dengan ibadah yang lebih baik. Saya teringat satu kata-kata di naskhah sebuah akhbar di Kelantan,
Burung Bayan melihat seorang lelaki tergesa-gesa berwudhuk, lalu bersolat dengan tergesa-gesa. Selepas lelaki itu selesai melakukan solatnya, Bayan itu berkata,
" Maha Suci Allah yang menyempurnakan dan memudahkan segala urusan kita di dunia, maka sempurnakanlah urusan terhadapNya."



Oh ya, jangan lupa tonton Syeikh Nuruddin petang ini di tvalhijrah.
Oklah, saya berhenti dulu. Insya Allah berjumpa lagi.



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────