Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Thursday, December 29, 2011

Cairkan rasa itu



:-)

Bila marah, kita mendoakan keburukan orang yg menyakiti kita,
Dan tiba-tiba,
Kita berasa diri sangat zalim.

Bila kita sabar, kita mendoakan Tuhan membalas kejahatannya di akhirat kelak.
Dan tiba-tiba,
Kita berasa diri tidak layak berharap seperti itu.

Akan ke manakah kita di Akhirat nanti?
Layakkah kita memasuki syurga Allah?


Ingat selalu,
Allah menyayangi orang yg berbuat baik pada oranglain.
Dalam disakiti, kita berharap keampunan atas kifarah Allah.
Dalam disakiti, kita berharap Allah masih sayangkan kita.

Kita buat baik pada orang yg mnzalimi,
Kerana Allah sayangkan orang yg berbuat baik!


Cairkan rasa amarahmu atas penganiayaan itu,
Atas rasa sakit itu.
Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar!



Saturday, December 24, 2011

Kehidupan juga ibadah

Kehidupan juga ibadah.

Allah memang takdirkan rezeki setiap hambaNya tidak sama. Berkongsilah nikmat dengan oranglain. Kelebihan kita adalah nikmat dari Allah, pemberianNya. Bayarlah zakat.

Orang kaya, mereka disibukkan dengan harta-harta mereka. Mereka diuji sifat tawaduknya dengan harta. Mereka dimudahkan Allah supaya mndapat ilmu, kesenangan utk beribadah melalui harta itu. Gunakanlah sebaiknya...

Orang miskin sebenarnya tidak disibukkan dgn harta yg bertimbun. Mereka boleh menyibukkan diri dgn ibadah. Kenapa pula perlu mnjadi orang miskin yg miskin agamanya? Orang miskin dicintai Rasulullah, mereka masuk syurga lebih awal dari orang kaya.

Orang kafir yang bersedekah dan berbuat baik, Allah mmbalas kebajikannya terus di dunia, tetapi dia takkan selamat di akhirat kelak, kecuali dia bersyahadah. Itu janji Allah.

Jika orang yg mngamalkan sunnah Rasulullah dalam ekonominya, dalam politiknya, dalam pakaaian dan perhiasannya... Allah mmberinya ganjaran syurga.




Mendengar Azan

Dlm satu hadis, Rasulullah gemar bercanda dan amat ramah dgn ahli keluarganya. Tetapi bila azan berkumnadang, Rasululullah SAW seakan tidak mengenal kami lagi. Ini kerana baginda MALU kepada Allah apabila mndengar seruan azan itu.

Mengapa azan dilaungkan nyaring? Kerana untuk mngajak hamba-hambaNya supaya tawaduk kepada Allah dan diajak ke rumah Allah (masjid-masjid). Saya fikir, besarnya pahala Muazzin dan bilal tu, kan? Mengajak orang ke masjid, mungkin dgn sebab itu, kita diberi syafaat oleh Rasul di akhirat kelak?

Mahukah kita, Rasulullah tersenyum pada kita dan mngakui kita ummatnya, kerana kita mngamalkan SunnahNya?

Kita diancam dgn musibah apappun, jarang kita mahu kembali kepada Allah. Kita hanya ingat padaNya, bila kita diancam dengan MATI. Kita takut mnghadapi siksaan kubur, dan menunggu akhirat. Ingatlah, jangan tunggu sehingga waktu mata kita kabur, badan kita lemah, saat nak dipanggil Tuhan, baru kita rasa takut dan mahu tawaduk kepada Allah dan menggunakan masa yg singkat itu utk bersungguh-sungguh beribadah. Baru nak menuntut ilmu agama. Takut tak sempat...

Allahu akbar 2x - Mengagungkan Allah, mengingatkan manusia supaya tunduk dan tawaduk pada sang pencipta, iaitu Allah. Kerana manusia ada sifat2 ego, ujub, dll, kita hanya kerdil di hadapan Allah.

Asyhadualla ilaha illallah , wa asyhadu annamuhammadar rasulullah...
Setelah sifat ego, takbur, ujub ditundukkan, barulah kalimat syahadah dilaungkan. Kerana selagi kita akda sifat2 tercela itu, kita masih belum dapat mengakui kebesaran Allah dan mhu menuruti perintah dan larangannNya, serta mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Hayya Alas solah.. Hayya alal falah,
Solat itu membawa ke arah kejayaan di dunia dan akhirat. Dalam azan pun dah bagitau kelebihannya. :)



Kenapa perlu ke masjid?

Kerana itu rumah Allah dan sentiasa dipenuhi malaikat. Beriktikaflah di sana, dalam keadaan berwuduk dan mnjaga adab-adab masjid. Meskipun kita sekadar tidur, baring atau berdiam diri pun, masih mndapat ganjaran pahala. Selama kita tidak berhadas, selama itulah para malaikat mendoakan kita. Kadang2 di masjid, kita boleh menangis, ia tanda kita disentuh malaikat, kerana itu hati kita lembut dan mudah terharu walaupun tanpa sebab.

Sifat tawaduk hanya diperoleh dengan bersujud di tempat orang duduk, iaitu di masjid. Tempat orang lain pernah duduk di situ. Allah tundukkan hati kita di situ. Bila kita sembahyang seorang di rumah, kita tak berasa apa-apa. Jadi bagaimana kita nak jauhkan diri dari sifat ria', takbur, ujub, dll?

Allah akan menundukkan hati seseorang jika dia patuh ke hadrat Allah dan sunnah Rasulullah SAW. dIa akan bagkit di hari kiamat dengan wajah bercahaya.

Untuk solat yang khusyuk dan sempurna, mula dengan wudhuk yang sempurna, dari doanya, mmbasuh tangan,.. sehinggalah membasuh celah-celah kaki. lalu mmbaca doa selepas wudhuk.


Mengapa perlu mencintai Nabi melebihi ibubapa, isteri, anak, dll?

Allah boleh mnyemat sifat-sifat ubudiyyah ke dalam diri manusia dgn sekelip mata. Begitu juga dgn penurunan wahyu. Allah utuskan malaikat Jibril sbg perantara mengajar Rasulullah mmbaca. Sedangkan Allah boleh mnyemat dalam dada Rasululullah dgn segala ilmu dan wahyunya.

Hanya sedikit keadaan di mana Rasulullah menerima wahyu secara terus. Kebanyakannya, adalah melalui perantara, iaiatu malaikat Jibril.

Jurang Allah dengan hamba-hambaNya amat jauh.
Pencipta dengan makhluk. Amat besar jurangnya. Bagaimana kita boleh beribadah dan menenal Allah jika tiada perantara? Kerna itulah Allah mengutuskan nabi dan rasul kepada manusia..

Cintailah baginda Nabi kita SAW.

Dalam satu hadis "Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya"

Rasulullah SAW ialah semulia-mulia manusia dan sebaik-baik pekertinya kepada Allah, lingkungannya , keluarga, sahabat dan sekitarnya dan dalam hidup seharian. Tiada siapa yang dapat menandingi keelokan pergaulan Rasulullah SAW dengan manusia, pada isteri, anak, cucu, sahabat, dan kaum muslimin. Sifat amanahnya, sifat mesranya, sifat pemalunya...

Kerana itu kita disuruh mengikut cara Nabi SAW.

Rasulullah bukanlah seorang sangat garang dan tegas di hadapan anak isteri. Rasulullah suka bercanda dan bergurau mesra dengan ahli keluarganya. Agaknya kerana itulah para isterinya sangat sayang pada Rasulullah SAW. Baginda amat elok perlakuan dan layanannya.

Sebenarnya, keceriaan kita dapat menceriakan oranglain. Janganlah terlalu berasa berat dan beban dengan masalah sehingga mmbuat oranglain pun berasa begitu... Rasulullah lagi besar tugas dan amanahnya, tapi baginda masih mampu bergaul baik dan meluangkan masa untuk keluarganya...

Perkara yang terlarang dalam adab makan:
Makan dan minum berdiri
Makan dengan tangan kiri

Sunnah: menghampar Saprah, mmbasuh tangan, mmbaca doa, mula makan dari tepi, makan dengan tangan kanan dll

Dalam satu hadis nabi, "Inginkah kau, aku perkenalkan semudah-mudah amalan? Iaitu Senyap (diam) dan berakhlak mulia.."

"Janganlah memandang sinis dengan kebaikan yang kecil meskipun sekadar tersenyum pada saudaramu."

Janganlah kita memandang rendah akan ibadah oranglain, mungkin dia orang yg dicintai Allah berbanding kita! Tapi jika tidak berilmu, mestilah menuntut ilmu. Itu kewajipan...


Masih ingat kisah seorang sahabat yang dijami masuk syurga ? Setelah diselidiki, ibadah sunatnya tidak menandingi sahabat yg lain, tapi beliau menjaga hatinya dari sifat cemburu, tidak berdendam pada oranglain..

Dalam satu hadis, "Di dalam diri manusia, ada seketul daging, jika ia baik, baiklah seluruhnya. Jika ia tidak baik, maka tidak baiklah seluruhnya. Itulah hati."

Sifat tercela, ria' takjub, mmg susah nak dihapuskan, tapi kita mesti mengikut sunnah juga supaya Rasulullah kenal kita, di hari kita mahu mendapatkan SYAFAAT baginda di padang mahsyar. Dan perbaikilah hati kita..
mysweetlife-nurindah.blogspot.com . Nota Kuliah Syeikh Nuruddin.


Wednesday, December 21, 2011

Masa untuk berjimat

Assalamualaikum,
Moga semuanya dalam kasih dan redha Allah. Ceria selalu... :)

Sakit gigi

Hari tu pergi check gigi kat klinik kerajaan. Pengalaman yg baik, perkhidmatan kerajaan sudah meningkat mutu servisnya. Doktor dan nurse pun lembut2 jer. Tetapi, bab mengambil ubat.... uh, saya tunggu dekat 3 jam, kerusi pula penuh dgn orang tua dan kanak-kanak.

Actually, saya dah hubby boleh pergi mana2 klinik terdekat dgn rumah, 'under company'. Alhamdulillah. Kalau rawatan kesihatan boleh 'cover' sampai kos melahirkan anak di hospital swasta. Tapi tahulah, rawatan gigi just RM 250 setahun boleh 'claim' . Jadi, kalau trlebih, guna duit sendiri la. hehe.. Dan, bagi kita yang baru beli rumah baru ni, memang kena berjimat cermat! :D


Masa berjimat-cermat

Alhamdulillah, kami pergi pejabat peguam kelmarin, untuk S&P. Berbunga hati bila dah beli rumah. Dan kami boleh renovate sesuka hati. :) Tapi kan, mengenang banyak sungguh komitmen lain, tak taulah boleh tak buat kabinet dapur. Paling murah 2k ++. Paling elok dan banyak kabinet 7k ++. Telan air liur jap. Meskipun rumah teres setingkat, masih tinggi kosnya. Sebab loan rumah kami dah lulus 90%, dgn diskaun dr pemaju. Jadi, semua duit masuk terus ke pemaju. Kos renovation rumah memang harus guna duit sendiri.

Paling penting nak masuk rumah baru:

1. Gril sliding door, pintu dapur, tingka depan, tingkap dapur. Belum rancang nak tukar tingkap tak.
2. Kipas siling. 2
3. Lampu setiap ruang termasuklah halaman rumah. 8 set
4. Lantai di 3 ruang bilik tiada mozek. Jadi, kena rancang nak bubuh ataupun beli pelapik saja.
4. Pagar - kalau ada bajet.
5. Kabinet dapur.

Fuh! Telan air liur lagi. Takmo lah berhutang piutang untuk peralatan rumah. Moga-moga bajet kami cukup, kerana akhir tahun adalah masa mmbayar hutang, bukan utk berhutang! Moga dimudahkan Allah bagi kami untuk mndapat yg terbaik. Amin...

Paling penting bagi saya, untuk dapur ialah table top yang baik, sinki dua, dan kabinet-kabinet atas dan bawah untuk memuatkan barangan dapur. Jika dapat, dapur masak fagor tu (berangan jer ;). Penting juga utk siapkan kabinet dapur terus, sebab kita setiap hari nak makan. Dapur pula dalam rumah. Leceh juga kalau nak dibuat kemudian.

Oh... banyak lagi komitmen lain. Seperti catatan saya di POST ini. Memang kami kena 'refresh' balik, dan harus bekerjasama satu dgn yg lain sebagai. Kami berdua, juga  'family team', kerana kami yg melayari hidup bersama... 


Oh... takut saya lupa, Insya Allah dgn izinNya, pada malam tahun baru, ada solat sunat bersama Syeikh Nuruddin anjuran Masjid Shah Alam, Selangor. Temanya 'Kuala Lumpur Bertaubat'...  Sama-samalah kita mnghayati kebeningan hati , bertaqarrub dgn Allah, semasa oranglain dalam keadaan lalai dan leka (bahkan di malam tahun baru, dalam keadaan maksiat).


Juga.... Moga teman-teman semua selamat berbajet untuk awal tahun 2012! :)






Monday, December 19, 2011

Curahan sakinah dan rahmat untuk mereka yg berkumpul di majlis ilmu dan zikir

Assalamualaikum,

Moga semua dalam rahmat Allah selalu. Salam ceria. Saya masih banyak kerja rumah menanti. Jadi, saya taipkan pengalaman saya untuk tatapan teman2. Jomlah ke majlis ilmu, jangan baca buku agama saja atau video ceramah di internet saja, ia masih tak cukup.

Dengan rasa tulus dan hiba, saya ucapkan selamat utk Muhammad Adam (nama barunya) kerana mngucap syahadah di hadapan syeikh malam tadi. Beruntungnya beliau. Semua berkerumun nak tengok. Beruntungnya juga orang bawa baby kecik untuk mndapat berkat sentuhan ulamak. Bila ya giliran anak saya?....





" Menuntut Ilmu itu wajib ke atas setiap muslim. "  Ilmu agama di sekolah amatlah sedikit. Cuma asas, tak cukup sebagai bekalan Akhirat kita.



Di hadapan guru, belajar sifat Takzim.

Duduk di hadapan Guru agama,  harus bersifat takzim/ hormat. Itu adab menghadiri majlis ilmu dan berhadapan dgn guru. Belajar ilmu agama itu wajib dan meliputi seluruh ibadah juga kehidupan kita seharian. Contoh terbaik kekemasan malaikat Jibril yang menghadiri majlis ilmu Rasulullah SAW, yang mana di majlis itu Jibril memakai pakaian putih, kemas, bersih, bersikat, duduk dengan baik. Di sini, Jibril mengajarkan kepada kita tentang Iman, Islam, dan Ihsan.

Saya berusaha juga duduk dgn baik. Tahulah, tulang belakang saya ni mudah sakit dengan duduk, tidak menyandar hampir 2 jam lamanya. Syeikh Nuruddin sendiri tidak menyandar langsung! Begitu juga makcik2 depan saya... malu la, saya, kan? :)

Kelmarin, dalam satu bab, Syeikh melarang orang gila, atau kanak-kanak kecil yang belum mumayyiz masuk ke ruang solat, yang tidak pandai mnjaga adab masjid . Jika yg dah pandai, dan diam, tidak mengapalah.  Syeikh Nuruddin pernah mmbawa anak kecilnya di hadapan jemaah. Diam saja, sampai tertidur di sisi Syeikh yg sedang mmberi kuliah. Cuma yg dilarang masuk, anak-anak kecil yg agak nakal akan mnjadikan tempat solat sbg tmpt permainan. Bahkan jika AJK masjid menegur ibubapanya, terus mereka tak mahu datang ke masjid kerana berkecil hati.

Kita mungkin bole mndapat kitab, ilmu, ceramah dari INTERNET, CD, buku dan sebagainya. Tetapi itu hanya saluran. Para Ulamak dahulu pun menulis kitab. Sekarang pun ada banyak terjemahan. Imam Syafie juga menghafal semua kitab Imam Malik. Tetapi dia tetap mahu menjadi anak murid Imam Malik. Berguru melalui internet, boleh, tapi KURANG BERKATNYA.. kerana kita tidak berhadapan dgn guru dan tidak melakukan adab sepatutnya yang kita buat semasa menghadiri majlis Ilmu. Ada bezanya..


" Allah menjelmakan Sakinah (ketenangan hati) dan curahan rahmat pada saat kita berkumpul, di majlis ilmu dan zikir.  "  Percayalah, kita rasa aman kerana berada di kalangan malaikat yang menyukai majlis ilmu dan zikir. Jangan belajar melalaui buku sahaja, di internet atau CD saja, itu ialah salurann dan rujukan. 




Istiqamah untuk hadir majlis ilmu.

Gembira saya, adalah untuk mengajak. Mula-mula kuliah Syeikh dahulu, ramai jg yg datang. Tapi kemudian, dah kurang, kerana Tidak ramai yg mampu BERISTIQAMAH menghadiri kuliah 'bersiri' seperti ini........ Belajar kitab fekah dan hadis. Menghabiskan beratus-ratus perbncangan Hadis. Dari kitab  karangan beliau.


Saya juga pernah berasa begitu masa mula2. Rasa macam taknak pergi dah. Sebab tak pandai sgt baca kitab yang fully bahasa Arab, wlupun sekolah dulu belajar bhs Arab tinggi.  Syeikh Nuruddin menerangkan semua dalam bahasa Melayu, tapi kita mesti nak baca juga kan? Mana sama, bahasa arab tahap sekolah dgn bahasa arab dalam kitab hadis? huhu... Rasa down, malu. Tapi baru sebulan, berlalu .....  Saya mula RINDU kuliah suara Syeikh Nuruddin. . Suka belajar dg beliau... My Hubby pun asyik ulang kuliah Syeikh dalam MP3 dalam kereta. Dia rakam.  Saya  pula berusaha search internet. Cari terjemahan hadis dan kata-kata bahasa Arab. Tak langsung, saya belajar bahasa Arab. Baru rasa semangat sikit bila dah buat persediaan untuk bab atau hadis seterusnya..

Bila kita rasa takzim dan hormat dgn guru, kita juga rasa hormat dgn ilmu yg diajarinya. Kita tidak mudah keliru dan rasa LEBIH BERSEMANGAT untuk diamalkan dalam hidup seharian :)


 

Kitab Al yaaqut an Nafiis fi mazhab ibn Idris

- Kitah fekah, ilmu fardhu ain dan kifayah dll. Karangan al Habibi Ahmad bin Umar asy Syatiri.

Bab terakhir yang dipelajar, Iktikaf mukasurat 67.  Sebelum tu, kami pelajari terperinci juga bab Zakat. Seronok... :)

warna kertas  lain, sbb cahaya kamera.

Bab akan datang, Haji dan Umrah, mukasurat 68.



Kitab yang akan cuba dihabiskan bulan hadapan: Dua  Kitab Hadis.



1) Kitab La Tahqiranna minal Ma'ruufi Syai-aa

- Kumpulan hadis-hadis, yang menerangkan amalan yang mudah tapi besar ganjaranya dari Allah SWT.  Ditulis oleh Sheikh Muhammad Nuruddin.


Hadis last belajar waktu maghrib kelmarin, ms 48, hadis ke 137.  Hadis tentang mengaminkan Imam.
Alhamdulillah, tak sangka dah belajar hadis sebanyak itu dari Syeikh. :))



Insya Allah, mukasurat seterusnya, 49, hadis ke 138 tentang Asma ul Husna. :)  sehingga habis jika diizinkan Allah  sehingga hadis ke 207







2) Kitab al awaail waakhir wal asaanid

-Kitab sanad dan ijazah karangan Syeikh Nuruddin. Di dalamnya ada nama-nama kitab yang beliau pelajari dari guru-gurunya. Hadis-hadis yang bersambung sanadnya dgn Rasulullah SAW.

Bab terakhir dari kuliah petang kelmarin, ms 105. Hadis yg diterangkan dalam bab ini, ialah:

Dari Abi Barzah al-Aslamy berkata: Rasul SAW bersabda: “Tidak akan bergerak kaki seseorang pada hari kiamat sehingga ditanya tentang umurnya untuk apa dihabiskan, tentang ilmunya untuk apa ia mengamalkannya, tentang hartanya dari mana dihasilkan dan untuk apa saja ia infakkan dan tentang jasadnya untuk apa ia gunakan” (HR Tirmidzi)
Sumber rujukan terjemahan , ustaznaim


warna kertasnya putih, tapi gelap sikit sbb cahaya kamera.

Bab yang akan dibincangkan pada bulan hadapan ms 107, sehingga habis jika diizinkan Allah.




Friday, December 16, 2011

Mengulangkaji dan kuliah


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, moga hari ini berlalu dgn baik utk teman dan visitor semuanya.

Sedang mengulangkaji. Tapi nak berhenti dah, sebab nak uruskan dapur pulak. :) Insya Allah, diizinkan Allah kami nak hadir kelas Syeikh Nuruddin di masjid Bkt Sentosa.

17-18 Disember, Daurah kitab bersama Syeikh di masjid Bkt Sentosa, dekat dgn Bkt Beruntung.
Di tempat lain pun ada, termasuk di  Johor dan Kelantan  pun ada.
Sila klik sini untuk makluman: http://majlisilmu.blogspot.com/


Di masjid Bkt Sentosa, kelas pengajian berterusan dari selepas Subuh sehingga Isyak selama 2 hari. Kami beruntung, sebab dekat dgn rumah. Alhamdulillah!

Masa Subuh dan maghrib, kuliahnya biasa dibuat dalam masjid.
Kelas waktu lain pula dibuat di dalam balai depan masjid.

Seingat saya jadualnya begini:

Subuh di masjid.
Kuliah di masjid lepas Subuh hingga 7.30
Ada sarapan di masjid
Rehat 1 jam sampai 8.30pm
Kelas di dalam balai 8.30- 10.45
Ada minuman panas
Sambung kelas 11.00-1 pm
Solat zohor dan makan tenghari disediakan.
Kelas di dalam balai 2.00-4.00
Maghrib di masjid
Kuliah maghrib- 9.00 pm

Esok belajar kitab-kitab ini: Ada 3 sebenarnya, takde dalam gambar. Nama kitab satu lagi Al awaail wa awaakhir wal asaanid.





Thursday, December 15, 2011

satu hari, satu doa: doa kesembuhan


sami yusuf healing with lyric by zaharuddin.net from dakwahislami on Vimeo.


Assalamualaikum,

Jika kita mahukan Keampunan Allah dr segala dosa dan nak masuk syurga pun ada banyak cabangnya (amalan Rasululullah SAW dan ulamak) untuk diamalkan. Apatah lagi untuk mendapat Kesejahteraan hidup di dunia untuk bekalan akhirat pun ada banyak cabangnya termasuklah Berdoa. Sekecil doa makan, doa masuk tandas, doa selepas makan, doa selepas Wudhuk pun dah diberi ganjaran yg banyak oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Semestinya utk Doa dikabulkan, juga banyak cabang doanya. Kena banyak usahanya. Kena banyak meminta dari Allah... :)

Syeikh Nuruddin ada cakap, kita hanya boleh MENGAMPU kepada 3 tempat iaitu kepada Allah, ibubapa dan ulamak (utk ilmu). Tidak selain dari itu. Sama ada demi jawatan, wang dsbg. Jangan bergantung kepada makhluk. Waktu brdoa, berusahalah menangis. Setitis airmata pun, dipandang oleh Allah.

Doa yg ada dalam lirik lagu di atas

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)


Doa dan bacaan al Mathurat dan manzil:
Kumpulan doa dan ayat al Quran, amalan ulamak dahulu yang mmpunyai banyak khasiat sprt mnjauhkan dari bebanan hutang; doa memohon rezeki; pelindung diri dari gangguan dsbg. Amalkan selepas solat Subuh - sebelum zohor dan selepas solat Asar - sebelum maghrib, ada bacaan Sughra (pendek) dan kubra (panjang). Percayalah, tidak menyusahkan dan memang berkesan kerana saya ada mengamalkannya (al Mathurat).
Contoh bacaan Al Mathurat: http://www.youtube.com/watch?v=YzG6fwHV0TE

Doa kesembuhan :
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/971-doa-kesembuhan-sakit-dan-penyakit.html

Doa-doa pilihan:
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=Content&pa=list_pages_categories&cid=1




Wednesday, December 14, 2011

Kiriman kasih-sayang

Salam sejahtera,

Saya telah langgar plan diet. Di masa berjalan di luar, teringin macam-macam. Beli pizza saiz family, semasa berkunjung ke rumah adik ipar di kuala selangor. Versi baru, penuh cheese ^___^ . Kemudian, pagi Sabtu lalu Mama dah telefon siap-siap, dia kirimkan lauk gulai kawah kambing dan bubur asyura melalui adik yg baru pulang dr kampung. Tak sempatlah saya bagi kuarga suami merasa, kerana gulai itu dah bbrp hari. Harus habiskan cepat sebelum basi. 5 senduk gulai kambing... kami habiskan sehari. ^___^.

Masa tu, tengahari, jd tgah lapar. Masa makan, teringat anak-anak kpd kambing yg disembelih tu. Mama beli kambing tu utk tunaikan nazarnya, tak sangka mengandung. Setelah anaknya agak besar, barulah Mama sembelih ibunya. "Kambing pun mintak didoakan masuk syurga". Kata My Hubby. Sebab kita sembelih atas nama Allah, bagi pada makan semua orang. Teringat Syeikh Nuruddin cakap, jangan terpengaruh dgn falsafah makan daging menganiaya haiwan, kerana haiwan dijadikan Allah tarafnya lebih rendah dari manusia iaitu khalifah mukabumi, dan ia dijadikan makanan.


Oh,Terima kasih bang, kerana bersusah mengambil lauk dan bubur asyura tu pada malam hari. :))




Bekas yg dah lusuh, tapi penuh kasih-sayang... tepat masuk bulan Muharram haritu, saya mengadu nak makan Asyura. ;)



Aduh. Bubur asyura memang penuh ubi dan kekacang. Saya fikir makanan sihat kot. hehehe... Mama saya buat Asyura versi Kelantan. Rasanya manis, dan macam kuih sikit, tapi rasa rempah. Ini my Mama yg kacau sendiri.






Tapai pulut berbungkus Daun getah. Dulu kami raut lidi daun kelapa. Tapi sekarang canggih, pakai stapler jer. ;)


Yum..... Lain rasanya dgn tapai yg diisi dalam bekas plastik. Saya memang kempunan masa Raya Haji hari tu. Yg ni, Mama baru buat sehari. Tidak banyak air, manis, bau daun... :) Alhamdulillah!


Monday, December 12, 2011

Rutin seorang isteri

Assalamualaikum,
Salam Isnin yang ceria. No more Monday Blues ;)

Disebabkan hati saya kadang-kadang bergetar dengan kerja rumah yang tdak sudah-sudah. Dari kecil sehingga sebesar perkara. Jadi saya cuba mencari Motivasi dan pelbagai 'organizer'. Lagipun saya tiada pembantu, suami sangat sibuk meskipun hari cuti. Melihat ramai teman yang punya anak kecil lebih bermasalah dari saya dengan suami yang jarang membantu kerjarumah, saya cuba mengatur rutin kerja rumah. Mungkin membantu adik-adik yang baru berumahtangga. Moga catatan ini dapat membantu sedikit sebanyak.




RUTIN SEORANG ISTERI


0. Masa Rohani

Waktu kerohanian sangat penting. Ia untuk mencari kekuatan diri untuk menjadi wanita yang terbaik untuk keluarga kita. Selepas solat fardhu, zikirlah dan berdoalah betul-betul. Jauhilah solat akhir waktu kerana ia tidak mmebantu hati kita tenang. Carilah ruang utk bersolat dan manfaatkan masa itu, solat hanya mngambil masa 5 minit! Jika rajin, bangunlah solat tahajjud, sangat bagus untuk muhasabah diri..



1. Mencuci

- kenapa mencuci dahulu? Kerana persekitaran yg bersih akan mewujudkan keluarga yg sihat :)

Tempat yg cepat 'comot' ialah sinki dapur dan tempat penunu memasak serta dindingnya. Ambillah perhatian di situ. Sediakan berus khas untuk sinki dan untuk dapur masak serta pencuci yg hygenic. Mencuci pinggan dengan memakai apron tahan basah sangat memotivasikan, tak rasa penat pun. Jangan lupa stok bahan pembantu sprt pencuci selalu jer kehabisan :)


2. Mengemas

- Tak seronok tinggal di rumah atau berada di dapur yang tidak tersusun dan kemas. Paling kurang benda yg besar-besar yang tidak mudah dicapai anak-anak kecil. Utk senang, gunakan room checklist. Seperti di sini: http://printables.yourway.net/kitchen-cleaning-checklist/

Kadang-kadang pening untuk menyusun atur barang-barang dapur, perabot, dekorasi rumah dsbg. Carilah idea dari pelbagai sumber. Banyak tips di internet sprt website Marthastewart.com

Utk dapur, ia lebih kepada fungsinya utk menyediakan makanan. Biasanya barang letrik yg selalu digunakan sprt blender (pengisar); periuk letrik; jug letrik; diletak atas meja brdekatan dan dekat plug. Dapur masak dekat dengan meja memotong dan periuk belanga. Rempah ratus, garam, dan bawang biasanya dekat meja memotong, begitu juga pisau. Langsir dapur biarlah sesuai.

Ruang lain pula, perabot dan barang2 di dalamnya adalah mengikut kesesuaian saiz bilik, warna dan dekorasi dan jumlah pengguna bilik itu. Kabinet pakaian pula, elok cari pembahagi supaya dapat asingkan kain yang besar; pakaian kerja yg digosok; pakaian harian; pakaian dalam; stoking dsbg.


3. Memasak

- Memasak di dapur yg kemas dan bersih (tidy and clean) lebih menyeronokkan. Suasana segar membuatkan hati kewanitaan dan fikiran kita lebih segar dan kreatif untuk menyediakan hidangan.

Bangun pagi, pertama sekali masak Air, kerana air mudah habis kerana diminum semua ahli keluarga. Periksa juga makanan sedia ada dalam peti ais supaya bila lapar, sudah ada makanan yg boleh dimakan.

Untuk bersemangat melakukan kerja dapur, pastikan kita mmpunyai alat pembantu seperti 'cooking tools' (alat memasak). Kebanyakan buku memasak juga ada senarai ni seperti periuk belanga, pisau, bekas plastik, dll. Perlu juga penimbang, sudu penyukat dan converter timbangan. Biasanya kita perlu atur sukatan bahan supaya kena dgn sukatan rempahnya. Sama ada mengikut resipi atau tidak, kita tetap menyukat, kan?

Langkah seterusnya kita merangka menu . Menu Planner. Kemudian pindah ke grocery list. Lalu kita ke pasaraya. :) Proses seterusnya ialah membasuh dan memotongnya, lepas tu menyusun apa yg perlu dimasak dahulu dan dengan cara macam mana (goreng/bakar/tumis/didih). Chef Kamarul ajar dalam buku 30 mninit, proses ini semua dibuat pada satu hari yg dinamakan Hari Produksi. Saya pula, buat bila-bila masa jer. hehe.. Akhir sekali barulah mengurus dapur (mencuci dan mengemas).

Tuala dapur bagi saya amat penting. Saya rasa 4 Tuala dapur dah cukup. Alat pembantu sprt Tuala dapur, bagi saya amat perlu untuk mengelap tangan sebelum mnyentuh barang lain. Jd taklah semuanya comot :) Saya selalu juga mnggunakan tisu dapur utk minyak2 di celah dapur masak. Tukar tuala dapur yg lembap setiap hari.

Begitu juga Apron, bagi saya ia mmotivasikan perasaan saya semasa di dapur. Juga Sarung tangan oven, saya amat perlu semasa di dapur bukan saja utk oven, tapi ia praktikal utk memegang semua periuk atau kuali yg panas.

Hidangan yang disusun cantik dan dipotong kemas, lebih membangkitkan keserian hidangan dan mnyeronokkan hati utk memakannya. Betul tak? :) Dengan Merancang menu, memudahkn mmbeli bahan di pasar, senang nak asingkan jumlah yg perlu utk dipotong dan bersihkan, cepat memasak kerana ada fokus, mngurangkan mangkuk yg perlu dicuci. ;)Di sini jg kita perlukan penimbang. Ada sesetengah suami, lebih suka jika masakan isteri yg elok rasanya. Jd utk yakin, lebih baik mngikut resipi. ;)

Menu Planning (Breakfast, lunch, dinner, AM/PM snack)
* Jenis menu: Minuman, nasi, roti, mee, lauk, sayur, buah, minuman, biskut)
* Jenis + cara masak + servings berapa orang
Cth: Ayam + madu + bakar; air + tembikai + kisar; paratha + kuah dhal + canai/didih; nasi ayam + kuah sup + sambal + goreng/didih/kisar; Boleh saja sediakan menu 'all in one pot!' macam tomyam dan sup utk sekali makan.

OAMM (once a month menu) = 3 @ 4 kali makan x 30 hari = 90 @ 120 Menu/resipi sebulan.
OAWM (once a week menu) = 3 @ 4 kali makan x 7 hari = 21 @ 28 Menu/resipi seminggu.
OADM (one a day menu) = 3 @ 4 kali makan sehari.


4. Mengemop dan mengelap

- TUgasan harian buat secepat mungkin. Tugasan mingguan boleh buat secara bergotong-royong semua ahli keluarga. Tugas harian boleh mmbersihkan debu ringan sprt pada bunga hiasan atau atas meja. Boleh guna pembersih yg ada bulu bersaiz kecil. Tugasan di hari cuti pula boleh mengelap tingkap, memvakum karpet, mmbersih sawang pd siling, membersih peti ais dsbg.

Oh,ya. Elakkan meletak barang atau kotak di bawah meja office, atas kabinet tinggi, kerana ia mudah memerangkap habuk. Kadang2 kita tak perasan.

Alat bantuan yg penting sprt kain buruk utk mngelap tompokan degil di lantai, kain pengelap khas utk perabot, kain utk rak dan kabinet, multipurpose duster (penyapu berbulu yg panjang dan pendek), cecair pencuci 'multipurpose' yang hygenic dan wangi.

Di dapur, memang banyak kerja mengelap, dari mengelap tumpahan, tompok minyak, mngelap meja kerja, mengelap barang letrik yg digunakan, mengelap kabinet bahan masakan sehingga ke peti ais. Tapi yg banyak-banyak tu lebih baik di buat di masa cuti. Ada juga ahli keluarga lain boleh mmbantu. ;)



5. Menjaga badan

- Tiada yg lebih menggembirakan hati suami selain melihat isterinya bersih, kemas dan berbau harum. Cantik ialah definisi 'peribadi', terpulanglah untuk menghias diri. ;) Satu lagi, sikatlah rambut selalu. Selagi boleh, lepaskan rambut bila di hadapan suami, jangan selalu digulung atau dikepit dgn penyepit rambut. Ia membuat kita rasa yakin diri ;)

Bersihkan perut, iaitu minum minuman yg boleh mmbuang buangan dan toksin dr badan supaya badan kita lbih segar dan brbau harum. Cergaskan diri dgn kegiatan kardio (brbasikal, joging dll). Ia juga mengurangkan 'Fat' atau lemak yg brlebihan sprt 'double chin', selulit pd peha dan perut . Insya Allah, kita boleh lakukan!


6. Wangian rumah

- Saya lihat, rumah yang ada air freshener, lebih segar perasaanya. Semua ahli keluarga mesti suka bau yang wangi. Terutama wangian cadar yang baru dibasuh, wangian dari pakaian kerja untuk hari pertama, bau lantai yang siap dimop, tandas yang baru dibasuh atau air feshener yang disembur setiap kali selepas memasak.

7. Hari minggu ialah 'Family Time'

- Sering wanita berasa tidak cukup masa di hujung minggu. Hendak mencuci, mengemas, melayan karenah anak dan selera suami. Kadang-kadang ada saja 'plan' suami di hari cutinya untuk mengajak isteri keluar, tapi rutin tetap isteri tetap perlu dijaga juga, kalau tidak semuanya bertimbun-timbun. Hutang kerja yang dibawa ke minggu hadapan ;)

Jadi, lakukanlah tugasan rumah secara rutin atau tetap setiap hari. Sediakan jadual tugasan rumah 'Chore Chart' untuk semua ahli keluarga. Jadi baki kerja yang tertinggal sudah tidak banyak untuk hujung minggu.

Bab masak, terpulanglah, kerana ada isteri dan ibu SUKA memasak banyak di hujung minggu . Ada isteri dan ibu yang sudah JEMU memasak, lalu mahu memberi perhatian pada perkara lain.

Hari minggu sangat bagus untuk memberi perhatian satu sama lain, seperti kebersihan badan dan kesihatan anak dan suami, merawat pakaian kerja suami dan pakaian sekolah anak, membaiki alatan rumah, menziarah ibubapa dan makan bersama, melayan karenah anak yang sebenarnya dahagakan perhatian, juga 'spend time dengan Suami berduaan. Tanyakan seleranya dan pendapatnya ttg diri kita. Ia sangat bagus untuk perhubungan, tetapi pastikan ada makanan kerana pasti kita akan lapar ( sedia ada/ dimasak bersama sprt barbeque/ makan di luar).


8. Dokumen penting, Mail dan borang

- Seorang suami kerap bertanya pada isteri ttg hal fail kerja atau dokumen pentingnya. Jadi sediakan kabinet untuk semua fail penting itu, seperti fail kerja kita dan suami, fail dokumen penting keluarga, fail kerja sekolah anak. Boleh letak semua sekali dalam satu kabinet dan letak label/pembahagi untuk setiap bahagian/rak, atau letak dalam setiap bilik berasingan. Tapi pastikan dokumen sulit seperti Aset, wasiat, maklumat peribadi, buku bank dan kad bank di dalam kabinet di bilik tidur kita.

Peranan isteri jugalah untuk mmebantu mengasingkan surat, bil, dan penyata yang sampai setiap minggu. Surat biasanya jemputan kahwin dan 'meeting', 'reminder', kad bank . Asingkan Bil sama ada dibayar segera, mingguan, bulanan, tahunan. Letak 'due date' atau bayar sebelum untuk mengelak interest. Yg boleh bayar secara online, lebih baik.

Jika ada borang yg suami tidak sempat isikan, berilah peringatan padanya. Jika dia masih sibuk, bantulah suami mengisi borang itu dengan pensil, atau tuliskan datanya dalam excel. Jadi, suami mndapat bantuan untuk mengisi borang penting itu dengan cepat. Borang ini seperti bancian penduduk, borang dari setempat, borang cukai pendapatan, borang dari pihak sekolah.


9. Membaiki alatan rumah

Siapa kata isteri dan ibu tidak mampu mmbuat kerja membaiki? Jika ada pengetahuan, dan tidak membahayakan diri, lakukanlah untuk membantu tugasan suami. Pada yang tidak pakar, lakukan pembaikian sementara dan tunggu arahan suami.

Tetapi jika suami melarang, janganlah lakukan kerana takut nanti berlaku kejadian tak diingini, kita pula dipersalahkan. Bab pertukangan atau 'maintenance' rumah biasanya suami lebih cermat, dan jiwa lelaki suka diberi peranan yang berat dan penting2. Walaupun kita pandai, jangan membuat semuanya. Tugasan kita pun banyak menanti ;)

10. Menjaga pakaian

Rutin membasuh pakaian tidak kira waktu, selagi sempat. Sebenarnya membasuh pakaian di waktu malam menjimatkan elektrik. Pakaian yang disidai dari malam, lalu diletak dikeringkan pada siang hari, lebih cepat proses keringnya. Apath lagi di musim hujan dan lembap.

Berusahalah mengejar matahari. Jika mmbasuh dari pagi, mesin kain sebelum Sarapan. Jika telah membasuh dari malam, pastikan kita menyidainya sebelum tidur. Amat penting utk mngelak kain berbau. Sayang, perlu dibasuh lagi. Tips, lihat ramalan cuaca. Jika hari tidak hujan, bolehlah jemur kain di tempat panas dgn senang hati :)

Sediakan bakul2 untuk kain yang putih sahaja trmasuk coraknya; yang hitam; dan yang berwarna . Di sini juga perlukan Baldi utk basuhan tangan sprt tudung instant. Perlu juga Clorox terutama utk mnjaga kecerahan kain yg putih / dan kebersihan 'kain buruk', tapi jangan biar direndam seharian krn kain mudah rosak.

'Laundry Days' ialah untuk pakaian kerja + pakaian sekolah + pakaian harian. Hari biasa untuk pakaian sedikit, dan satu hari untuk pakaian banyak. Tetapkan juga hari membasuh tuala + cadar + langsir. Bila diasingkan waktu mmbasuh kain besar dan kecil, lebih cepat kerja kita untuk proses seterusnya, Melipat, Menggosok dan Mengasingkan pakaian mengikut ahli keluarga. :)


11. Bilik air dan Tandas

- Bilik yang setiap ahli keluarga tuju setiap hari sampai malam. Selain cuci tandas dan 'flush', yang dapat kita bersihkan ialah mendakan dari sabun mandi. Bertompok-tompok jer luar mangkuk tandas, lantai dan dinding, kan? Jika mempunyai bilik air tandan tandas berasingan sangat satu kelebihan, tidak perlu rasa was-was. Lantainya pula memang kena berus. Di sini, bagi saya guna Clorox beserta pencuci lebih tahan lama bersihnya. Dalam seminggu masih tidak nampak tompoknya. Jadi, untuk menjaga Bau bilik air dan kesihatan seluruh keluarga, memang kena bersihkan tandas. Mottonya senang, sambil mandi, sambil bersihkan bilik air. ;)



12. Mencari ilmu dan mengembangkan minda dan idea.

- Wanita perlu menambah ilmu dari hari ke hari. Semakin meningkat usia, makin terasa banyak perlu diterokai. Cadangkanlah pada suami untuk keluar bercuti di kawasan lain untuk menambah pengalaman. Carilah sumber Internet yang positif, bukan gosip. Yg membantu kita menjana kewanitaan kita. Daftarlah ke kelas agama sebagai Motivasi diri untuk mengahadpi pancaroba hidup, bahkan senang untuk menjawab persoalan agama sebagai Bekalan diri. Juga permulaan mncari kawan yang baik agamanya. Carilah sumber rujukan yang baik. Majalah yang tidak banyak pengaruh negatif jika anak-anak terbaca. Buku yang membina minda yang kritis dan positif.



13. Nak tumbuhan subur, kena siram dan bagi makanan pada pokok yg kita tanam.

-Siram setiap pagi/petang. Buat list baja dan 'time' menggembur tanah. Mengikut dalam internet, pokok yang sesuai ditanam dalam pasu ialah pandan, pokok kari, serai, cili, kunyit, halia, daun kesum, pegaga, sadri, cekur. Pokok yg mudah besar seperti pokok limau kasturi, pokok kari dan serai. Sumber di sini: http://www.senihias.com/v2/?cat=69


14. Sampah

- Jika rumah perumahan, catat hari majlis bandaran mengambil sampah. Dgn itu, sampah takkan sempat membusuk di dalam tong di hadapan rumah. Jika rumah apartment, dah ada tempat khas secara kelompok.

15. Bersihkan halaman dan longkang

-Di rumah baru nanti, saya akan ada halaman beserta tanah kecil. Jadi, saya masukkan 'list' ini. Utk mudahkan mnjaga aurat, rasanya nak sediakan jubah. Oh ya, saya perlukan penyapu halaman dan cangkul! ;)

16. Menyapa jiran

- Bertanya khabar, juga membantu kerana mungkin ada masa mereka kesusahan. Mengambil tahu hal sekeliling , bukanlah bererti boleh mengumpat peribadi oranglain ;) Kena pastikan perbualan tidak tersasar. Cth, kes kecurian, dll..

17. Selalu 'pre-pare'( bersedia!)

Selalu amalkan sifat bersedia, Insya Allah memudahkan kita. Sekecil kita memotong sayur dan bawang utk mnggoreng mee utk sarapan besok. Semudah menggosok pakaian kerja atau meletakkannya di satu tempat supaya senang dipakai esok hari. Walaupun kita tahu di mana kita simpan barang2 tu, cara begini lebih mnjimatkan masa, terutama bila kita trlewat.

'Reminder' juga amat penting. Buat satu diari kecil , 'Cooking Diary' atau 'HouseWork diary' atau 'To Do List' supaya kita ingat kerja apa yg belum siap haritu utk dibuat esok harinya. Tulis plan minggguan dan bulanan sprt 'appointment', bil air, bil letrik , bayaran 'loan' bank, kad kredit, plan hari cuti, undangan majlis, Hari raya, dll.. Letih,kan? hehehe...

Biasanya kita mmg kelam kabut di waktu pagi dan masuk waktu maghrib. Jadi, jika dah ada rancangan apa nak buat, sediakan bahan atau barang yg perlu dan letak di satu tempat yg mudah dilihat. Kalau nak balik kampung, sampah letak siap2 depan pintu, takut terlupa.

Jika ada saja barang rumah yg habis, tulis dalam senarai 'grocery list'. Boleh guna software ni: http://www.menus4moms.com/kitchen/weeklymenu/grocery_list_software.php. Kita tulis, dan bila print, dah siap bersama bajetnya. Nak keluar rumah, terus ambil list dan shopping dgn senang hati sbb dah kira bajet ;)

18. Bercuti

-Jika balik kampung atau bercuti di tempat lain, memang kita sibuk... mengemas beg! Hurm, masa ni, kadang2 saya lihat check list yang di bawah. Kita tambah jer yg mana perlu. Mudah! ;)
http://www.faretex.com/your-printable-travel-checklist/#more-341
http://familyfun.go.com/printables/car-trip-checklist-703935/


19. Undangan, hadiah dan sumbangan

- Suami saya sering bertanya saya untuk memilih hadiah bila ada sprt kenduri kahwin kawan-kawan dan officemate (team rakan sekerja). Biasanya ada undangan semasa cuti Awal Muharram @ Maal hijrah (Nov), di cuti Raya Puasa, di cuti Raya Korban (orang pantai timur), di cuti sekolah yang panjang (bulan Mei-Jun, Nov-Dec).

Sering juga ke pasaraya besar, beli barang letrik dan kertas pembalut. Terus mintak bahagian service bungkuskan. Tapi kadang2 tak kena masanya, Sale tengah takde. Jadi, saya merancang nak beli hadiah kahwin di waktu ada promotion, bila-bila saja trjumpa. Mungkin 1-2 jenis sebelum Musim kenduri kahwin, lalu disimpan dan bungkus sendiri. :)

Hadiah atau sumbangan adalah mengikut kemampuan. Rancanglah sebaiknya supaya kita tak kurang budget pada bulan itu.

Undangan majlis tahlil yg dibuat di rumah, biasanya pada bulan Syaaban - Ramadhan.
Bulan Zulkaedah, majlis doa selamat bagi bakal2 Haji.
Majlis cukur jambul dan akikah biasanya dalam sebulan selepas berita kelahiran baby sedara mara dan teman2 kita. Walau majlis akikahnya dibuat di kampung pun, kita masih perlu mnhargai mereka dgn melawat mereka.
Cuti sekolah akhir tahun pula, biasanya majlis berkhatan, housewarming (naik rumah dan doa selamat), kenduri doa selamat yang biasanya beserta tahlil.
Untuk Majlis di atas, kita bole mmberi sampul duit sumbangan (jika perlu). Utk housewarming kita boleh menyelitkan hadiah juga sprt hiasan rumah. Dan baby shower/ majlis akikah dan cukur jambul, kita boleh cari hadiah set 'Newborn baby' dan hadiah utk ibunya, jika ibunya kawan baik kita. Atau mmberikan sampul duit.

Undangan majlis harijadi jarang-jarang ada. Tapi jangan lupakan, Hari Istimewa ahli keluarga tersayang. Rancang sambutan sesederhana mungkin. Belikan hadiah walaupun sekecil buku beserta kad ucapan. Nak beli hadiah utk anak-anak, mungkin baik di Sale christmas, sbb banyak sale permainan. Mungkin boleh belanja anak mmbeli buku di Pesta Buku setiap Mac/April, atau merancang percutian family di tepi pantai, tapi elakkan bercuti di pantai pada Dec dan Januari kerana ombak sangat besar.

Kalau utk ibubapa, sebaiknya beli hadiah masa Father's day dan mother's day. Sangat murah masa tu dan cantik-cantik pula. Untuk suami atau isteri tersayang, pada sale valentines boleh, sales Hari raya puasa pun biasanya cantik-cantik baju, kasut atau handbag :). Simpankan hadiah itu utk hari lahir dan Anniversary.

Oh, saya mndapat maklumat dari Sales.... barang letrik yg besar sprt TV biasanya sangat murah di musim perayaan ;) Barang letrik kecil pula biasanya sale mingguan kerana mngikut Sale jenama. Perabot sprt sofa dan meja pula murah di akhir tahun sbb nak masuk stok design baru. Makanan kesihatan yg brjenama juga murah-murah di akhir tahun. Memang banyak pilihan utk mmbeli hadiah, kan?

^_____^

Mungkin boleh ditambah nanti. :)


Thursday, December 8, 2011

Nota diet jer...

Assalamualaikum,

Moga semua teman dan visitor dalam ceria di hari Khamis ni. Pukul 11.24, tapi saya mengantuk pula. Hu.. membuka mata luas-luas utk mncatat prkembangan supaya saya boleh rotate menu utk hari yg lain.

Take care, ya...

Nota saya ttg diet

Sangat tidak menyukai OAT. Tapi saya biasakan diri makan biskut oat krunchy Munchy's sebagai snack. Bolehla telan. hehe... mendengar kempen oat boleh mengurangkan kadar kolesterol. Harap2 selepas ni saya dapat pelbagaikan Menu oat dalam masakan harian.

Saya masih belum dapat biasakan diri.

Tapi saya kurangkan telur 2 biji seminggu, seafood 1 kali seminggu, kurangkan ikan bilis dlm sayur goreng, makan roti tanpa menyapu Majerin, makan Ulam.

My Hubby dah mula nak sambal tutok. :) Dlm tu banyak guna bilis. Hurm....bila buat nnati kena rajinkan buang kepalanya walaupun ikan bilis halus.

Menggoreng dan menumis, sudah biasakan diri guna minyak jagung. Terkikih jer dgn bau minyak jagung bila suhu api trlalu panas. Minyak sawit mana ada bau macam tu. Tapi hasil gorengan sprt ikan goreng, saya rasa makin rangup pula sekarang ni. ;) Cuma kena kurangkan 'deep frying' bukan sebab diet jer tapi sebab minyak jagung mahal.. haha. Harga minyak jagung 3 kg sama dgn minyak sawit 5kg. ;)


Malam tadi: ikan kembung asam rebus tempoyak + ikan goreng + sambal cili + ulam ulam raja + buah limau


Menu lepas :

1. Ayam masak badang (bersantan tapi tak banyak. Kami biasa masak menu bersantan bila ada hari berpuasa sunat, utk tambah kekuatan badan ) + sawi goreng + sambal belacan bermangga.

Breakfast : Balance ayam masak badang + roti wholemeal.

2. Sayur pucuk paku berkicap dengan 1 biji telur

3. Sayur bayam goreng dgn sedikit bilis + sambal udang dengan petai ( seafood sekali seminggu cukuplah) + buah jambu batu + ikan.


Nota: Sekarang tengah asingkan, kemas, buang barang2 rumah tidak perlu. Senang jika mahu berpindah. Insya Allah, step ke 2, sign S&P di hdpn peguam. Mohon doakan segala dipermudahkan Allah. :)



Tuesday, December 6, 2011

Buat adikku: hati muda jangan diturut


Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut patah batangnya;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut susah datangnya.

Patah jarum dalam peti,
Buat menjahit kain bertimbun;
Nasihat sepatah kurang dimengerti,
Rupanya penawar beribu tahun.


Assalamualaikum,

Pernah seorang dr adik-adik menyalahkan saya, katanya " kenapa tolong J dulu? kalau tidak J tak kerja teruk macam skrg ni? "

Di mana saja Dia bekerja, pasti ada rungutannyanya.

Saya hanya memberi jalan.... tapi trpulang pada dialah utk mncorak sepanjang jalan itu.

Sebab itulah berkali-kali saya pesan, nak tukar kerjaya, harus ada duit simpanan. Menyimpan.... Sebab berapa banyaklah saya boleh bantu, walaupun mereka dalam keadaan susah.


Hati muda...


Selasih tumbuh di tepi telaga ,
Selasih dimakan si anak kuda;
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih saudara masa berada.


Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih


Seorang adik yg ingin bernikah lama dahulu.  Jarak bertunang dengan nikah hanya 3 bulan seingat saya. Hantaran 10k.  Apa nak dikata, Kami mmg orang susah. mana sempat kumpul duit?

Saya yg baru di awal perkahwinan, memang tengah sesak. Suami awal-awal lagi cakap , LELAKI HARUS BERDIKARI. Saya berkira-kira nak mintak ditangguh  kendurinya atau kurangkan jumlah. Tiba-tiba katanya dah ada duit. Senyap. Yg nak kawen nya dia..

Dia buat pinjaman, kata Mama. Jelas, nampak dia berkecil hati sebab saya tengah sesak nak mmberi pinjam,   kerana segala urusan baju nikah, bersanding masa kenduri rumah kami pun semua diatur keluarga isterinya. Berkecil hati, saya masa tu.

Namun, dari situlah, habis hutang itu ke hutang yg lain pula.... ada masalah saja mahu buat pinjaman. Tanggungan makin brtambah. Nasib baiklah dia  kerja kerajaan.

Mama agak susah hati.


Hati isteri perlu bersih selalu


Saya seorang isteri. Jd saya pesan pada diri sendiri  dan semua  Isteri , terutama adik-adik yg masih muda.  Kasihanilah Suami.

Seorang Suami perlu mngambil berat 2 ibubapa, dan mertua. Belum lg isteri dan anak-anak.

Jangan beratkan hatinya dengan permintaan kita. Sebab dia ingat... dia tak lupa... cuma dia tangguhkan saja bila masa yg sesuai. Dia berjimat makan di tempat kerja untuk menyimpan duit bagi memenuhi kehendak kita. Dia tak tukar baju baru untuk bagi isteri yg meminta duit baju baru anak-anak. Sedangkan baju baru itu tak dijaga elok, sampai reput di bilik mandi. :( Jangan ingat suami tak sayang kita, bila dia tak mahu masukkan kita ke hospital swasta untuk melahirkan anak. Sebab kata swasta katanya layanan baik. Kita tak bekerja dan cari duit, suami pula gaji yg awal bulan lagi dah susut. Lihatlah poket suami yg dah kosong.  Lihatlah diri kita yg tidak berhias cantik bila dia balik kerja, tapi berdandan, berbedak, bergincu, bila nak pergi kenduri.  Bersyukurlah selagi Allah mmberi kita nikmat 'Suami isteri' ini.... sebelum kta dipanggil Tuhan.



Monday, December 5, 2011

Puasa sunat 9,10,11 Muharram, Gravatar, favicon, facebook

Assalamualaikum,

Hari ni sudah boleh mula berpuasa sunat hari Asyura.  Kebetulan Isnin, kan? Dalam hadis yang lain, Nabi SAW, menganjurkan umatnya berpuasa dua hari pada Asyura iaitu :  9 dengan 10 atau 10 dengan 11 Muharram.  Katanya digabung dua hari supaya tidak sama dgn puasa orang Yahudi. Sesiapa tak sempat puasa hari ini, boleh saja gabungkan hari Asyura dgn 11 Muharram.  Pahalanya, Allah mengampunkan dosa kita selama setahun, mengikut hadis riwayat At Tabrani R.A.

Kebelakangan ini, saya agak sepi dr dunia masak-masak. Saya hanya berehat, kerana selalu tak sempat mengambil gambar masakan. Lgpun tiada 'baking', dan kuih-muih. Benar, jika makan di luar rumah, saya dan Hubby 'tidak berpantang', kerana tiada pilihan. Apatah lagi kalau sajiannya masak lemak, dan masak kicap paru. Fuh! Menggoda rasanya. Atau sarapan roti canai.

Kami makan 'berselera' dengan 'perasaaan bersalah'. ;)

Lgpun, tak baik 'demand' kerana bukan rumah sendiri... :) Saya belum biasa menyediakan 1 list menu semasa 'On The Go' (waktu di luar rumah).

Tapi.... kami hadkan 'Portion' (bahagian). Masak lemak tak brtambah, nasi secukup saja, nasi lemak separuh saja berbagi dgn My Hubby. Itupun, kadang2 terasa amat lapar, mgkin sebab kuat berjalan, My Hubby apatah lagi. :D Oh satu lagi perubahan, saya mula rajin makan ulam. ;)


Buat masa ini, saya alihkan passion saya ke arah keilmuan, kerohanian, termasuklah ttg website, demi menambah ilmu selaras menambahbaikan hasil jualan 'Online Store' kami. Kerana itu, adalah beberapa benda saya belajar:

BILA RASA KETINGGALAN


Bila rasa ketinggalan, kita menambah ilmu, moga dapat menambah potensi diri . Betul tak?

Favicon:   Saya cemburu melihat blog.com, dan saya rasa ia satu peluang baik jika kita ada blog Jualan utk mmpunyai Favicon sendiri, macam logo. Jadi saya mncuba pada blog mysweetlife ni. Tara.... keluar avatar 50x50 saya tu di tepi sidebar. hehehe... Syukur, Nasihat, sila Preview dahulu dan ingat di mana anda letakkan url image dan kod.  Tutorial di http://maribinablog.blogspot.com/2011/01/cara-mudah-tukar-favicon-di-blogspot.html




Gravatar: Saya pernah comment di blog.com, tapi avatar saya selau nampak tak cantik.  Tapi hasilnya slps tutorial di blog Puan Bee, saya telah mndapat Gravatar utk semua blog WP dsg, kecuali blogspot. Thanks Puan Bee, jasamu dikenang. Oh, ya, di dgn cara ni, kita nak tukar-tukar gambar pun boleh. Tutorial di http://puanbee.com/gambar-profile-di-tempat-komen-wordpress-gravatar/



Maafkanlah! Saya sekarang ini tertarik kepada blog Kerohanian. Maafkan sekali lagi...kerana abaikan resipi dan masakan.


Facebook:  Er... saya mula aktifkan facebook bila masuk ke sini: http://www.facebook.com/Owhsomuslim.   Saya tertarik kepada Da'wah mereka.  Nak masuk FB oranglain, mestilah kena ada facebook juga kan? Maaf, saya masih newbie.  Tapi macam ni la FB saya.








Sunday, December 4, 2011

Berkat? Allah...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, bertemu lagi. Moga semua teman dalam keadaan sihat dan ceria. Saya online dari Banting ni... hehee....

Jumaat lalu, 2/12/11,  kami brjumpa wakil bank, loan dah diluluskan. Allahuakbar! Macam magic. Dapat 90%! Masa ni rasa nak menangis, nak sujud syukur tang-tang tu jugak. Brmakna, tak banyakla kami keluar utk bayar rumah. Dahla tak perlu banyak renovation, sbb masih status rumah baru. Saya pernah cerita kat sini pada 11/11/11 yg lalu. Rumah dah ada CF, katanya senang lulus. Kami dapat 90% sebab rumah kedua. Rumah ketiga baru payah sikit; 70% je.


Hidup biarlah senangnya hati, bukan bergantung senangnya hidup  ^____^

Hati biarlah trjaga. Bukan mudah,kan? Terutama bila tengok rumah orang lagi besar. Rumah kat kampung saya, pun luas. Walaupun kayu. Tapi tak ramai penghuni. hehe... Angan-angan memanglah rumah besar. Kalau ikutkan saranan kawan2nya, mmgla semua promote duduk rumah besar :) Tapi Hubby ada Lot kedai yg tak aktif kat damansara,yg tak dapat disewakan. Jadi bersyukurlah dgn rumah baru ini. My Hubby pun tak terkial-kial nak bayar bulanan yg lebih sikit dari bulanan sewa rumah sekarang jer. Harapan saya, kawasan kejiranan baik, elok dan bersatu padu. Doakanlah, ya.

Alhamdulillah. Tak taulah Berkat tu dari mana. Ms mula2 sign kontrak dgn pemaju, memang kena bayar banyak juga, sampai takde lebihan. Tapi tiba2 loan yg cover, trmasuk Insurans kebakaran takaful, tau! Sebelum tu, kereta rosak, lagi. Habis rm 700. Dahla saham tgah jatuh.huhu... Dgn  Berkat doa ibubapa juga mungkin :)

Masa ni rasa syahdu. huwa... Saya rasa tak layak sungguh dgn segala Nikmat Allah ini, tapi terima kasih , atas kemudahan ini, Allah...


Sayangi Nikmat Makanan


Dalam kuliah ada sebut ttg keberkatan Allah dan syafaat Nabi SAW, kita tak tau datang dari mana. Syafaat Rasulullah pun senang jer kita dapat, dgn tidak menolak permintaan orang miskin, mengusap kepala anak yatim pun dapat. Bahkan, siapa yg mengucap Hamdalah (Alhamdulillah) walau makan sesuap nasi, dan seteguk minuman, sudah mndapat pengampunan dosa. Yalah, umur umat Nabi Muhammad SAW pendek, setakat 60-70 . Jadi setiap amalan perbuatan  kita, jika digantungkan kpd Allah, sebut nama Allah, Allah gandakan pahalanya. Tidak mustahil. Kita cubalah, tak salah dgn amalan kecil-kecil.


Kalau makan, letaklah lauk di tengah. Sebab Rahmat dan keberkatan itu Allah turunkan di TENGAH-TENGAH pinggan.  Adab makan mulalah dr tepi pinggan, Insya Allah nasi habis. Sayangi Nikmat Allah yg Allah berikan kita dari makanan itu. Ada Orglain susah dapat makanan. Sunat mnjilat jari dan habiskan sisa nasi di pinggan. Kita tak tau yg mana satu berkat pada makanan itu.  Mungkin saja, hasilnya kemudian nikmat kesihatan, mgkin saja lain2... Allah saja Maha Tahu.

Hidup kita lain-lain, masalah juga lain. :) Kesenangan itu datangnya dari Hati, bukan dari senangnya kehidupan. Masa dulu2 selalu rasa brserabut, sehingga buat keputusan selalu saja SILAP. Tapi sekarang dah ada cara nak RELAKS dr masalah dunia, dengan hadir kuliah agama.  Cubalah!


Oklah, saya cau dulu. Ada kenduri sedara. Moga dalam Rahmat Allah semuanya.


 

Friday, December 2, 2011

Perubahan tanpa belanja besar - portion and skip

Assalamualaikum,


Minta maafla kalau Menu saya tak menepati citarasa. Saya ikut 'Diet Plan' yg terdaya jer. 'Skip' mana yg tak perlu utk tubuh badan. Yg penting, exercise.... walau banyak mana kita makan pun.


Kata Doc, makan macam biasa, masak macam biasa. Tapi kurangkan portion. Sukat cawan? 

Maaf, kami nak keluar ni. Nnanti2 saya blog walking ya. My Hubby cuti... :))


PERUBAHAN tanpa belanja besar

Target, turunkan kolesterol. Kata Doc, masak macam biasa. Tapi kurangkan amaun, ambil yg tendah lemak. Kalau masak cara 'deep fry' (minyak penuh), campur minyak jagung etc dgn minyak sawit. Jadi, masa kat pasaraya haritu dah beli minyak jagung untuk masak cara 'stir fry' (goreng tumis-tumis). Nanti masak goreng 'deep fry' kena campur 2 minyak tu. Memang mahal... tapi at least, ada daya usaha tekak kita nak kurangkan kolesterol , kan?

^____^



Sayur dan buah.
Protien, banyakkan dari sumber tumbuhan. Buahan 'citrus', limau, oren, lemon (high soluble fiber). Portion sayur dan buah 1/2 dr pinggan. Boleh?

High Soluble fiber
Choose 3 servings high fibre/complex carbohydrates per day. (roti wholemeal, capati, jagung, dll)

Benda yg tak mampu nak telan, tapi beli jugakla sbb nak ikut plan juga. Roti wholemeal, dan ikan sardin besar sebab ada omega 3.

No-no Food?
Kepak ayam, kaki ayam, hati,. Daging part 'tenderloin'.Donut...  dll.


Mkanan tin dan segera
Skrg kena kurangkan 'canned food' and 'instant'. Trmasuk sos spageti? Kat pasaraya haritu juga saya pesan kat My Hubby, 'No maggi!' ;)

Makanan laut.
Doc ada cakap juga, makan kerang, udang, sotong, selalu sangat tinggi kolesterol juga. Tapi kerang, saya selalulah masak, sebab murah... udang mahal! hikhik... Sempat My Hubby usik saya sebab tak ambik kerang masa kat pasaraya haritu.

Makanan kering
Aduh! ikan bilis. Ikan masin. Kurangkan saja.

Kek dll.
Nampaknya 'baking'..... terpaksa ditahan buat sementara ni. Perintang berkurung utk butter, telur dan majerin! Er.. brownies yg guna minyak jagung tanpa telur saya kecualikan.. hehehe.

Susu dan santan.
Masakan bersantan, memang sangat jarang saya buat, sebab kami kan selalu makan bersungguh-sungguh masa 'Dinner'.
Susu... kena ambik, sebab saya nakkan kalsium utk 'pregnant'. :) Pastu Doc suruh jangan amalkan minum paket 'instant'. Katanya krimer tu tak elok. Buat air seperti biasa, lagi murah kan?

Gula
Elakkan sirap gula yg dlm botol tu. Amalkan madu. Kuih muih manis elakkan sementara.

Kekacang.
Kekacang ni, memang payah nak masuk dalam Menu, sebab saya tak suka, kecuali sambal kacang utk sate, jer. Perut berangin la. Hurm...



MENU malam tadi

Menu ni terasa sedap kebelakangan ni. Kata orang, ikan Jaket asrama. (Sape yg pernah duduk asrama, taulah ;) Tapi sejak digaul dgn cili macam ni, memang lauk ikan ni sentiasa habis. Alhamdulllah, my Hubby pun senyum jer kalau saya ambik ikan cencaru ni kat pasaraya, hatta buat ikan sumbat ataupun digaul cili. Bahkan, buat 2 cara sekalipus pun, wahhh... bertambah selera memakannya. Ngam dengan sayur masak lemak atau masak air.

Psst, syukur my hubby tak tanya psl sambal tutok. :D Yalah, semua org Jawa pun tau lauk masak bening/air mesti 'ngam' dgn sambal tutok dan ikan masin. Aiseh, lari 'diet plan'. Dah berkalori macam ni, sepatutnya kena lari 100km kot. :)




Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────