Salam kasih teman-teman yang dicintai Allah,
Kelmarin kan cuti krismas, tetapi kilang tetap beroperasi. Kilang yg ramai muslim, tidak mempunyai holiday krismas...
Saya membaca facebook hariini, ada pandangan Ustaz yg menyatakan tidak patut mengucap selamat kepada agama lain. kerana seperti mengakui fahaman mereka.
Pendirian saya, masih kabur..
saya tidak mengucap selamat, tidak juga menolak pandangan orang lain.
La.. ikra hafiddin. Tiada paksaan dalam beragama.
Kita menunjukkan contoh yang baik, mampulah membawa mereka kembali ke jalan Allah. Namun jika orang marah-marah atau memaksa kita utk mengucap selamat hari krismas utk mereka, itu tak patutlah.
Sedangkan di pantai timur sendiri, yang ramai orang cina yang bercakap kelantan dan terengganu, hidup bersama orang melayu beberapa keturunan, berada di kejiranan melayu. menghadiri hari raya, kita mendapat buah limau dan kuih bulan... tetapi mereka tidak berkecil hati pun jika kita tidak mengucapkan selamat hari raya utk mereka. Mereka tahu, agama kita tak sama, " Kamu dengan agamamu... aku dengan agamaku." Seharusnya mereka boleh menerima begitu..
Tetapi, jagalah akidah kita. Jagalah...jangan sekali-kali terlibat dalam soal-jawab agama dgn mereka, kerana sikap mereka tersangat baik... Mereka yang teguh beragama, biasanya bersikap baik terhadap oranglain. Saya pernah disoal oleh teman sekuliah yang india kristian. Oh, saya sangat berani ketika itu, berkobar-kobar semangat saya menceritakan sejarah tamadun islam dsbg. Sedangkan soalannya sangat ringkas.
Kita terlalu stress dan takut dgn perkara ini. Takut sangat mereka menceroboh akidah kita.. padahal mereka tenang saja..
Pernah, ada seorang bercerita. Dia pernah sekolej dengan seorang wanita kristian yang sangat cantik. Dia ingin merapatinya, tetapi ramai teman-teman pemuda ini berkata, jangan rapati wanita itu, kerana dia anak mubaligh kristian. Dah banyak pemuda islam yg dimurtadkannya. Lalu, pemuda ini tidak menegur wanita itu sepanjang kuliahnya. Setelah habis pengajian dan dia berkahwin, dia bertemu dgn wanita kristian itu di tengah jalan. Pemuda itu berani bercakap dgnnya, kerana dia sudah ada isteri dan nafsunya terjaga. Lalu wanita ini bergurau dgnnya bahawa mahukah pemuda itu memperisterikannya, kan pemuda muslim boleh beristeri sehingga 4? Pemuda ini bercerita sebab dia tidak menegur wanita semasa pengajian. Wanita itu tersengih..
Wanita itu berkata dia masih kristian, dan ayahnya kristian, tetapi, dia telah mereka-reka cerita ttg ayahnya mubaligh yg telah memurtadkan orang Islam. Katanya, ayahnya cuma pegawai bank, dan dia mahu bersungguh-sungguh belajar. Tersangat ramai pemuda Islam yang mahu menjadikan dia kekasih dan mahu mengislamkannya sehingga dia rimas... Lepas pertemuan itu, pemuda itu tersenyum mengingatkan ketakutan pemuda Islam yang takut dimurtadkan, dan nafsu mereka itu.. Wanita itu rupanya sedar, pemuda-pemuda itu ingin merapatinya kerana nafsu, bersuka-suka... dan tidak kuat imannya sehingga boleh menjaga dan mengislamkannya.
P/S: Pening bila memikirkan jiran india yang kerap memasang rakaman sembahyang 'Om' di dapur berulang-ulang. Dahla dapur bersebelahan. Saya kagum padanya dgn sifat beragamanya. Alangkan kalau dia mengaji? :) Ia mengingatkan saya untuk sentiasa berzikir dan membaca al Quran. Tiada apa yang perlu saya takutkan. Kamu dgn agamamu, aku dengan agamaku....
Sesungguhnya cabaran saya di sini tidaklah sekuat cabaran teman-teman yang berada di luar negara. Saya sudah bersyukur. Saya fikir, mereka yang hidup di kalangan orang bukan Muslim adalah seorang pejuang, dan seorang pejuang harus diberikan semangat. :)
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment