Salam mesra,
Sepanjang hari saya menyusun atur penyata dan bil. Suami tidak sempat dgn hal ini, selalunya saya membantu. Insya Allah, ia memeri manfaat kepada kami berdua...
Kenapa?
Tahun 2013 ialah tahun yang GETIR.
Saya fikir begitu.
1) Saya rasa ramai isteri ofismate suami saya akan mencari banyak wang tambahan. OT kilang dah tidak banyak... agaknya pekerja sendiri bakal mencari kerja sampingan.
2) Saham kami pun dah separuh digunakan untuk renovation rumah haritu. Yalah, lepas 7 tahun baru beli rumah... Beli pula bukannya rumah baru siap, rumah yang tidak terjual dari pemaju. Jadi harus keluarkan duit untuk sedikit renovation.
3) Dah ada banyak perubahan selepas saya membuat senarai pada akhir tahun 2011 yang lalu. Alhamdulillah, senarai yang banyak membimbing saya:
http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/2011/10/saya-dan-macam-macam-perkara.html
4) Oranglain, planner nya dah bermula dari anak-anak cuti sekolah. Tetapi bagi kami, ia baru bermula. Saya berasa sejak lepas Ramadhan lalu, saya tinggalkan banyak rutin saya/organizer yang biasa. Jadi saya harus mulakan balik. Pening masa tu sebab urusan perpindahan, hal pemaju, peguam dsbg. Yang organized cumalah senarai renvation, keluar masuk duit, resit, surat bank , hehe...
Rumah pun masih belum berkemas rapi. Yalah, saiz dan ruang rumah tak sama macam rumah sewa dahulu. Yang ni lebih kecil, tetapi saya dapat apa yang diimpikan , rumah teres. Alhamdulillah.
5) Mahu betulkan balik masa saya. Saya mahu lebih organized! Insya Allah!
http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/2011/12/rutin-seorang-isteri.html
Saya berdoa, semoa kita semua dapat melalui masa getir yang sekarang, juga akan datang.
Rasa macam nak baca balik doa akhir tahun awal muharram. ;)
P/S: Mencatat keluar masuk wang dalam rumahtangga juga satu sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah telah menyuruh seorang sahabat untuk menguruskan hal keluar masuk wang BaitulMal semasa pembinaan kerajaan Islam di Madinah. dan dgn pengurusan Baitul Mal itulah ekonomi umat Islam telah berkembang. Masya Allah, Subhanallah.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment