Kangkung pedas masak lemak dengan isi ikan kembung.
Sehari sebelum itu, saya masak Ikan percik seperti di SINI. Puas memakannya. Apatah lagi, apabila setelah membakar ikan itu, saya tuang kuah percik dan memasaknya lagi kali kedua supaya kuah itu melekat pada ikan. Harum saja...
Saya tidak ralat lagi apabila terkenangkan Ikan percik Mama saya yang bermusim setiap kali ramadhan. ahaks.. :)
Tapi, itulah kan, kita akan menghargainya dan memikirkan juadah bermusim ialah juadah yang amat menggoda ingatan.
Ada balance seekor ikan kembung, dan saya malas hendak menjadikan ia fishball. Saya ambil isi ikan sahaja, lalu saya masukkan dalam kangkung. Masakan ini tak susah. Ia masih mengingatkan saya kepada kenagan sayur masakan mama semasa kecil...
Oh, akhir-akhir ini saya sentimental sangat.
KANGKUNG MASAK LEMAK PEDAS DENGAN ISI IKAN KEMBUNG
setengah ikat Kangkung (kalau tertinggal banyak bahagian batang, masakan beginilah yang sesuai :)
Santan
Isi ikan mentah
Bawang merah dan putih yang dihiris
Cili (saya masukkan 4 cili padi hiris biar pedas)
Garam dan secubit kiub ikan bilis
Tumis bawang hiris
Masukkan ikan.
Kemudian baru masukkan santan
Bila mendidih, masukkan kangkung dan cili.
Bubuh garam dan kiub ikan bilis
Puas saya tercari resipi mana yang mudah nak gaul isi ayam. Akhirnya saya buat macam macam ini, salutannya nipis dan sangat sesuai makan dengan nasi.
ISI AYAM BERSALUT
Isi ayam (dihiris kecil memanjang)
1 sdb tepung gandum
1 sdb tepung beras/tepung jagung (maafla, dah lupa yang mana)
Garam
Serbuk ketumbar
serbuk jintan manis
serbuk jintan putih
Air secukupnya
nak lebih perasa bubuh saja secubit kiub ayam
Cuma gaul isi ayam itu dengan semua bahan, dan air dimasukkan sedikit-sedikit supaya ia bersalut saja. Cara masukkan dalam kuali gorengan ialah satu persatu supaya ia tidakk melekat.
Ada balance kuah percik yang saya frozenkan. Cili yang saya blend itu agak tidak hancur sebab tidak direndam lama, tetapi ia masih tidak mengurangkan rasanya. Inilah cara saya recycle.
AYAM MASAK BERLINANG
4 ketul Ayam (siap dipotong)
Baki kuah percik
santan tambahan jika mahu
Halia diketuk
Garam dan gula secukup rasa
Masukkan ayam, kuah percik, halia, gula, garam, dan air . Didihkan. BIla didih, kecilkan api dan tutup periuk supaya ia masak perlahan-lahan. Jadi, bila masak, kuahnya nampak berlinang-linang seperti di atas, ala stim. :))
Siapa nak makan percik? Kuah percik mama saya : LINK
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment