Salam kasih, teman-teman yang disayangi Allah.
Semenjak P1 abes kredit minggu lalu, saya buntu melihat loading page yg teramat lambatnya. Hendak msuk blog, boleh lagi nampak rupanya, tetapi masuk blogger, gmail... Aduh! Patah hati.
Apatah lagi hendak upload gambar. Kredit dalam bil bertambah, sedangkan katanya penggunaan lebih had, free. Bulan pertama. Hum, Hubby awal-awal dah potong telefon rumah P1. Yalah, telefon rumah just backup. Yalah, Internet pd zaman ini dah jadi keperluan. Bukan sedikit orang yang menggunakan internet sebagai medium rezeki.
Sekian report P1 untuk bulan 1.
Sejak pindah ni, bil air.. heheh.. RM6.60. Bolehla, cover bil letrik. Sebab rumah sendiri ni, kipas dah ada 3. Nak sejuk lagi.. tak mampu la nak ambik aircond. Ada ni pun Alhamdulillah, dgn kipas kat dapur.... heaven! Teringat dulu sentiasa berpanas semasa di dapur, buka pintu besar-besar masih terasa kehangatannya.
Alhamdulillah, banyak perkara yg menjadi masalah semasa di rumah sewa, telah direalisasikan. Bersabar itu satu ganjaran yg besar. Kehidupan tidaklah bertambah senang. Bertambah usia, kita dihadap dgn pelbagai tanggungjawab. Terpulang pada kitalah.
Tertekan? Ada banyak sebab. Pertama, apabila kita mengejar sesuatu yg bukan kemampuan tetapi kehendak. Kedua, kita dihambat sesuatu masalah bertimpa-timpa sedangkan kita ada due date untuk urusan kita. Ketiga, partner kita banyak kali tidak bersetuju dgn kita. Keempat, ada pula campur tangan pihak lain yang membuat kita serba-salah. Kelima, kita berasa apa yg kita ada tidak cantik kerana oranglain mengatakan itu tidak cantik. Hum.
Saya? Menyedari pelbagai perkara itu, dan saya bermuhasabah diri:
1) Kita tak perlu puaskan hati ORANGLAIN. Tetapi kita boleh belajar dari kehidupan oranglain.
2) Berkawanlah dgn mereka yg tidak menikam perasaanmu di depan atau di belakang. Lihat diri kita dahulu supaya kita mendapat teman yg baik.
3) Cintailah mereka yang sentiasa menyokong dirimu dan tidak memperkecilkan apa jua USAHA yang kita perbuat. Tidak keterlaluan menyokong, bahkan tidak mengecilkan kita.
4) Fahamilah mereka yang sentiasa berdiri di sisimu, agar kita tidak pentingkan diri sendiri.
5) Sesiapa saja boleh terikat dgn indahnya padang orang. Sehingga tidak sedar cantiknya halaman sendiri. Jauhilah meminta perhatian orang, mintalah perhatian Allah.
6) Letakkan sifat tawadduk (rendah hati), agar kita mengerti hidup ini ada pelbagai kemungkinan.
7) Berdoalah untuk menghilang rasa cemburu. Kita mudah dipengaruhi dgn perkara sekeliling.
8) Jangan cepat memuji, takut kita mudah akan mengeji.
9) Insan bermaksud lupa. Jadi, sentiasalah mencari nasihat yg baik.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Hello Nur, apa khabar di sana? Haish lamanya tak bertegur sapa ngan Nur!
ReplyDeleteHello sis Love,
ReplyDeletemiss you too, yar.
Kita dah lama tak tayang masak-masak... jenuh cari semangat ni. :)
salam sis, pagi2 singgah umah sis rasa tenang with all your wise words at the end of your entry. insya Allah...sama2 ingat mengingati. ^__^
ReplyDeleteSalam RedRose,
ReplyDeleteAkak suka apabila adik suka. terima kasih.. :)