Salam mesra, teman-teman yang disayangi Allah,
Di dalam al Quran banyak disebut, wanita yang disayangi Allah, ialah
yang mentaati suaminya,
yang sabar,
yang banyak beribadah,
yang banyak berpuasa,
yang menjaga maruah dan harta suaminya.
Dalam khutbah wida', khutbah terakhir rasulullah SAW :
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Apabila kita berasa diri amat lemah dalam menghadapi konflik kekeluargaan, apakah yang kita mampu lakukan?
Jika keluarga kita besar, dan masing-masing menuntut tanggungjawab dari satu dengan yang lain, bagaimana kita mahu menguruskannya?
Keluarga, tidak lain ialah hubungan silaturrahim...
Dengan ibubapa, tidak lain ialah wajib berbuat baik...
Dengan anak, tidak lain wajib menjaganya sehingga dia pandai berdikari...
1) Saya membaca majalah Anis,
Ada kakak atau abang yang 'ditua-tuakan'.... yang mahu dilayani seperti taraf ibu atau bapa selepas pemergian ibubapa, mahu dilayani dgn hormat dan dipenuhi semua permintaannya. Mungkin hanya kerana adik-adik itu dia yang menjaga semasa kecil atau dia yang lebih banyak berkorban.
- Ragam adik-beradik yang ramai, sepatutnya saling mengasihi. Yang tua sepatutnya belajar agama dan membimbing yang lain... bukannya memerintah.
Jika yang tua tiada bimbingan agama, dan hanya mahu 'ditua-tuakan', sebenarnya dia tidak layak menjadi ketua!
2) Saya mendengar jawapan Syeikh tentang tiada larangan isteri keluar rumah bekerja demi nafkah anaknya, sebab ia termasuk dalam darurat. Kerana tahap susahnya sampai terpaksa meminta-minta dari oranglain, dan dia berasa malu berterusan begitu.
- Tetapi isteri harus menjaga kehormatan diri dan mengelak diri dari fitnah. Berusaha meyakinkan suaminya.
3) Saya membaca tentang tiada larangan seorang isteri keluar menziarahi ibubapa yang sedang sakit atas alasan tiada siapa yang mahu menjaga, kerana ia termasuk dalam perhubungan silaturrahim dan berbuat baik kepada ibubapa.
- Tetapi tidak patut isteri berbuat begitu jika menggunakan wang suaminya, yang hanya cukup untuk keperluan hidup. Sesungguhnya ada cara penyelesaiaan yang lebih baik untuk itu.
Akhirnya seseorang itu kembali kepada fitrah. Menjadi seorang wanita yang solehah dan bertaqwa itu tidak mudah, banyak ranjaunya.
Untuk mewujudkan sebuah keluarga, itu tidak susah.
Tetapi untuk mewujudkan keluarga yang bertaqwa, perjalannnya panjang, dan berulang kali akan diuji... semua orang akan diuji. Bersabarlah melaluinya..
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
setiap ujian pasti ada hikmahnya, kannnn..
ReplyDeletesalam serikanditanahjauhar,
ReplyDeleteYa, kak sari. Kita bergerak perlahan jika letih. Kita bergerak laju jika perla. Tetapi jangan berhenti berjalan demi kehidupan ini...