Salam kasih, teman-teman blogger yang disayangi Allah,
Melihat apam ni, teringat dah lama tak buat kuih. :D
Saya guna nasi balance malamnya, disimpan baik dalam peti ais. Esoknya, cukuplah 1 cawan nasi, saya mahu buat apam. Resipi apam beras ini dari kak yatie sinar kehidupan. Punyalah teruja melihat tayangan kak yatie kat sini. Sebelum ini, saya pernah buat apam salju kak liza. Alhamdulillah, komen mr hubby, sangat mengujakan hati. :D Terima kasih banyak-banyak kak yatie, mohon halalkan saya share kat sini..
Kenit-kenit jer saya buat..
APAM BERAS
Sumber: Kak yatie, yatiememories.blogspot.com
Bahan-bahannya.
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 1/2cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.
Kemudian,
Suami telah membelikan durian yang sangat-sangat sedap. RM6 sekilo. Dapat beberapa biji, yang ulasnya kuning, isi lemak tetapi bijinya sangat kecil. fuh! Tapi,kan... nak buat crepes rasanya tak sempat dah. Saya dah teringin sangat nak makan durian fresh + pulut tanak + santan didih dgn sedikit garam (mentah pun boleh) + gula pasir. Digaul mesra dgn tangan atau sudu... oh! Jika dahulu masa saya kecik-kecik, makan dgn pulut tanak macam ini lebih menjimatkan dari makan ulas-ulas durian, maklumlah anak perempuan 5 orang.. yang lelaki pun dah ikut kakak dia...kuat makan. Jadi makan dgn pulut, lebih cepat kenyang. :))
Saya kan, kalau masak pulut tanak guna gas, mesti ada kerak di bawah, tak pandai nak masak yang takde kerak . Saya biar ia bau hangus sikit, baru rasa sedar ia masak..hehe. Balance keraknya itu bila direndam dgn air, jadi kembang, sayanglah kalau dibuang. Masih cantik dibuat bubur, takde sape sedar pun ia kerak pulut. heheh.
PULUT TANAK
- untuk dimakan bersama durian fresh
- 1 cawan beras pulut
- 2 cawan air
Masak sehingga ia lembut. Bila dah agak nak kering, tutup periuknya dan kecilkan api.
*Sukatan ini tidak memerlukan pulut direndam dan ia juga membuat pulut agak lembut untuk dimakan dengan durian.
Bubur Pulut Durian recycle
Kerak pulut - direndam dengan sedikit air masak sehingga ia kembang.
Santan
Gula pasir
3 ulas durian
Didihkan kerak pulut. Masukkan santan dan gula, durian. Gula dimasukkan setakat perlu kerana durian akan menambah rasanya. Bila durian dah sebati... ia akan kelihatan seperti di bawah. :)
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
comeynya kuih tu
ReplyDeleteSalam kak fuzidss,
ReplyDeleteAlhamdulillah. senang apam ni kak, tak payah buat tapai nasi. ;)