Saya teringat last saya beraya bersama keluarga dan adik-adik.
Adik bongsu dan kakaknya tercedera lagi. Mereka hanya keluar membeli sedikit barang membuat kuih di Jertih. dan ada perempuan yg memandu lalu membelok tanpa memberi signal ke kanan/kiri, lalu adik yang menunggang motor tidak sempat mengelak. Adik bongsu terluka tangannya, dan kakaknya terluka badan.
Saya di dapur, bersama mama menyiapkan kuih muih utk dihantar ke gerai jualan Ramadahan. Baru saja pagi tadi, si kakak tadi menyiapkan banyak 'sampan' kuih pelita dan saya , juga suami tergelak-gelak melihat hasil kuih pelita kami yg besar-besar...
Saya dah gelabah, motor cuma ada satu di rumah. Mama bergegas mahu ke hospital kerana katanya adik dah di bawa ke pusat rawatan luar. Dengan hati yang pecah, saya melihat kuih-muih mama yang terbiar dan belum siap... Saya mengambil 'sampan' kuih pelita, menuang gula dan adunannya, lalu saya kukus. Hati saya bergetar. Pagi tadi, Mama berulang kali bercerita, mama akan dimarah pelanggan jika kuih itu tidak dihantar. Sudah ramai yg menunggu. Hati saya rasa nak pecah sambil menyambung masak kuih itu..
Saya teringat kata-kata seorang pembuat kek yg mengatakan, dia dalam dilema ketika melihat anaknya mengalami kemalangan kecil di hadapan rumah. Suaminya menghantar anaknya ke hospital dan dia 'terpaksa menyambung kuih'. Antara amanah dan cinta kepada anak. Setelah siap kuihnya, dia terbang menemui anaknya dgn hati yg pecah. Saya faham perasaannya.
Saya berdoa berulang kali, janganlah adik... cedera teruk seperti 'hari itu'.
Selepas mama balik, mama kelihatan lebih tenang. katanya ada orang nak menghantar adik balik. Tangannya luka. Minggu depan..... adik harus berdiri di hadapan murid-murid kelasnya dalam tempoh praktikal. Adik tersedu.
Saya menghulur kuih-muih yang sudah dibungkus mengikut yang mama telah ajarkan, dan mama lalu membawanya ke gerai ramadhan. Tuhan, betapa besarnya pengorbanan mama di rumah, terpaksa handle banyak perkara. Saya tidak menafikan hal itu.Saya TIDAK SANGGUP melihat dia dimarah orang.
Kerana saya akan berada jauh, dan mereka di sana. Mama sering menempuhnya dgn sabar dan hati terbuka.
Saya pernah mengalami keadaan di mana saya berhadapan dgn orang yang suka menyalah-nyalahkan orang lain atas kejadian yg berlaku. Langsung diheboh-hebohkan kepada semua orang, yang tidak tahu menahu. Lalu, saya yg baru tiba dari selangor, dipersalahkan orang kerana saya 'berkahwin' orang jauh dan saya dikatakan tidak mengambil tahu sakit pening keluarga.
Hati saya remuk. Mama saya yg bertahun-tahun menjaga abah yg kurang sihat, malah sering ditekan dan dipersalahkan orang . Ada saja orang yang berhati batu ingin membuat hati wanita-wanita di dalam keluarga kami pecah berderai.... Allah...
Antara tanggungjawab dan cinta, USAH bertanya kenapa saya harus tersenyum apabila hati berasa pecah. Ia kerana tanggungjawab dan cinta itu tetap hadir bersama.... Ia tidak pernah berpisah...
Ia sebab kenapa saya harus mencari motivasi dan kekuatan untuk menjaga hati sendiri. :)
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment