Alhamdulillah, Ahad lalu kami menyambung pengajian kitab. sekarang syeikh dah jadi ustaz selebriti kat malaysia, tapi masih sudi bertandang ke masjid as salam. Saya yg tak ada kenderaan sendiri ni, tak ada kawan yg sealiran pulak tu... memang payahla nak bergerak jauh mencari ilmu kecuali suami nak pergi.
Melihat seorang wanita yg berada di hadapan rumahnya memakai t-shirt beserta seluar pendek bermuda di kawasan rumahnya bersama suaminya... membuat saya insaf. Saya sering memuji dalam hati, manisnya dia keluar bekerja dgn baju kurung dan bertudung, nampak bergaya dengan memandu kereta. rupanya telahan saya terlalu awal. Di saat itu, saya bersyukur kerana suami saya selalu menegur kesilapan saya dan Allah buka hati saya utk menerima tegurannya. Walaupun teguran itu sekadar angin lalu saja...saya faham. Jika sebaliknya, kita saling menegurlah.
Di mata, saya terbayang-bayang adik-adik perempuan saya. Mahukah mereka menjaga pakaian mereka di luar pintu, di kawasan rumah? Kata orang, seorang gadis itu akan mula menjaga auratnya setelah menikah, kerana sayangkan suaminya, tak mahu suaminya menanggung dosanya. Tidak terbilang salah silap kita semasa kita masih seorang gadis.... takkan kita tidak mahu berubah selepas mempunyai suami?
source: nayzak
Saya terfikir-fikir, hendak menggalakkan adik-adik menambah ilmu di kuliah agama. Masih banyak yg kita perlu pelajari. Terutamanya bab rumahtangga; bab nikah kahwin, talak, nafkah, muamalah, riba, faraidh, jenayah dalam islam... semua itu hanya sedikit kita belajar di sekolah. malah dah lupa pun.. Ada banyak pengajian kitab di masjid-masjid.
Kasihan adik-adik perempuan saya, jika selepas kahwin nanti, dahla harus bekerja, mengurus anak lagi, menjaga suami dan rumahtangga. Ilmu agama di dada masih sedikit. lagi jika mendapat suami yg jarang ke masjid bagaimana? Maklumlah dunia sekarang sangat mengejar kesenangan, kita mahu senang dan hidup selesa.Oh! Tidak... saya mahu mereka berilmu sebelum menjadi isteri dan ibu. Kaut ilmu banyak-banyak sebagai bekalan ke dalam rumahtangga. Kerana saya tahu, nanti apabila menjadi isteri dan ibu, mereka akan jadi sibuk sesibuknya...
Sekurang-kurangnya, jika suaminya tak tahu, biarlah mereka yg membimbing suaminya. . Jadi tidak timbullah persoalan sama ada suami membimbing kita atau tidak.
Saya takut membayangkan jika mereka mendapat suami yg tidak lancar membaca al Fatihah. Itu asas solat tu. Ya... KISAH NYATA di zaman ini, pemuda zaman ini inginkan jalan mudah, mereka mahukan isteri yg bajet baik dan ada ilmu agama untuk menjadi isteri mereka supaya nanti mereka tak susah-susah untuk membimbing mereka. Aduh! Bagaimana ya, nak interview bakal adik ipar yang MAHU menjaga dan mendidik isteri? Mesti ramai pemuda yang ketakutan kan? haha...
Hum, ada juga gadis yang menunggu pemuda yg kelihatan baik dan rajin bersolat utk melamarnya. Tetapi dia sendiri tidak yakin dgn dirinya, dan berharap pemuda itu membimbingnya. Saya lekas-lekas geleng. Kita mahukan sesuatu, kita harus menunjukkan kemajuan kita supaya dia perasan kewujudan kita. But, ini langsung tidak melibatkan nafsu, rasa ingin bernikah itu, jika dijauhkan dari rasa syahwat akan lebih baik. Jika ada jodoh, adalah. Jika tidak, kita tidak akan rasa kecewa, Insya Allah. Ada pengganti yg lebih baik di masa hadapan.
Jangan termakan pujuk rayu pemuda yg tunjuk baik, jangan berasa kita perlu membuktikan rasa cinta, jangan terlena dgn pujian pemuda yg manis kata-kata... Oh.. saya bukan pakar cinta. Cuma, berhati-hatilah adik-adik, pemuda di luar selalunya mempunyai serigala di hati, usah turutkan keinginan nak berkahwin. Nak suami yg mahu membimbing, kitalah berusaha menjadikan diri kita BOLEH dibimbing, bukan keras kepala, keras hati, bongkak tak boleh ditegur dsbg...
source: nayzak
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Assalamualaikum indah,
ReplyDeleteBetullah,saya sekarang sudah tiba masanya untuk memilih menantu,sentiasa berdoa agar anak perempuan mendapat suami yang boleh menjadi imam kepada mereka.Yang lelaki pula menjadi imam kepada isteri-ister mereka. Indah doakan ya.
Salam kasih makbonda,
ReplyDeleteKata-kata harapan seorang ibu tetap menjadi doa... ya, saya doakan mereka mndapat yang terbaik untuk diri mereka. :)