Salam sejahtera, teman-teman yang dikasihi Allah,
Benar, saya tidak ramai teman. Kebanyakan teman telah meninggalkan saya dengan kehidupan mereka. Saya ketinggalan. Apabila bergaul dan sekali sekali bertemu, isu mereka hanyalah tentang anak-anak, anak mula meniarap, anak mula sekolah, anak cemerlang peperiksaan begitu begini. Saya tiada isu untuk dibualkan. Bukannya suami tidak menggalakkan, tetapi saya yg tidak mahu melepak di depan rumah atau di koridor dsbg. Saya berasa tidak sesuai tempatnya.
Saya fikir begini agaknya perasaan perempuan bujang yang dikelilingi perempuan yang sudah bersuami. Kita selalu berasa TIDAK ADA berbanding menghargai YANG ADA.
1) "Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah"
- Ia untuk Wanita yang berusaha menyediakan makanan untuk keluarganya, dengan melafazkan Bismillah dan berzikir. Manakan sama, wanita yang membuat sesuatu tanpa bismillah?
2) "Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapa suami melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih"
- Subhanallah, yang paling mencabar untuk dilakukan, ialah apabila isteri berusaha untuk senyum dan mendamaikan hati suaminya, sedangkan isteri itu dalam keadaan berkecil hati atau tersinggung. Kata orang, what you give is what you get. Biarlah tidak mendapat balasan yang baik dari suami, biarlah ia kerana Allah.
3) Wasiat Rasulullah saw kepada puterinya Saidina Fatimah Az Zahra yang maksudnya " Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya melainkan Allah menghalangkannya dari minum air telaga kautsar pada hari kiamat kelak."
- Subhanallah, kata orang, buat baik akan dibalas dgn kebaikan. Saya rasa maksudnya menyeluruh, Allah yang akan membalas kebaikan itu, tak semestinya manusia. Saya pernah mempunyai jiran-jiran yang dirasakan baik terhadap saya. Tetapi setiap kali berkumpul dengan niat untuk menolong, ada sahaja cerita oranglain yang disebar-sebarkan. Saya tidak tahu ia perlu atau tidak. Yang dibicarakan tu, yang kita cam mukanya pulak tu. Apalah perasaan dia bila kita memandang dia semacam setiap kali bertembung? Ia terjadi pada semua orang, tidak kira pangkat atau ilmunya. Bila mengelak, kita langsung tidak tahu apa-apa bab jiran tetangga. Info itu penting, ada yang betul, ada yg tidak.
4) Aisyah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Wahai Aisyah, bertaqwalah kepada Allah dan bersikap lemah lembut. Lemah lembut itu tidak lain adalah perhiasan dan jangan dilepaskan sedikit pun kerana tidak lain akan berlaku kebuurukan,"
- Ia bukan saja lembut pada tingkah laku, manja atau sebagainya. Ia perlu lembut juga pada perkataan dan Hati.. Macam kita jaga aurat, bukan saja aurat Libas ( pakaian), tetapi aurat akhlak juga. Berlembut bukan mengada-ngada. Kita digalakkan berlembut dgn anak kecil, dgn orang lebih tua, suami terhadap isterinya, anak terhadap ibubapanya. Berlembut juga tidaklah bermakna kita mengikut segala kemahuan mereka. Lembut itu dicintai orang dan dicintai Allah.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment