Assalamualaikum, salam kasih dari saya.
Saya teringat beberapa kisah. Dikutip dari pelbagai sumber. Bayangkan saja, itu ialah ANDA. :)
NOTA Nurindah: Ada sesetengah Ayat yang saya terpaksa EDIT, demi menjaga keharmonian sejagat. Kita tak mampu memuaskan Hati semua orang.
Kisah Pekerja
Para pekerja sebuah kompeni. Berasa sangat dibuli oleh majikannnya. Dan bagi mereka majikan itu mencabar harga diri mereka. Bila report pada pihak atasan, tiada tindakan keras dijatuhkan pada manager itu. Cuma dijauhkan ke department lain. Kisah itu tidak habis, sehinggalah satu department memulaukan manager itu, dan manager itu tetap juga naik pangkat. Apa yg tak kena?
Nyata, setiap kutukan dan umpatan orang terhadap manager itu telah menjadi batu loncatan Rezeki buatnya. Habis dah pahala orang dia dapat. Situasi, si Manager itu baru nak berubah jadi lebih baik sejak menunaikan haji. Nyata walau diboikot, diumpat, dibenci pekerja, dia tetap naik pangkat, gajinya bertambah, dan mereka tetap terpaksa bekerja dengannya. Apa gunanya kita mengutuk dia?
Kisah Anak
Seorang anak. Meskipun, dia sentiasa ada bila ibubapanya memerlukan. Ibubapanya seperti tidak nampak dia yg selalu berkorban. Malah selalu menyebut dan bangga akan si adik. Si adik itu satu ketika pernah meninggalkan keluarga. Meninggalkan perasaan berat dan sedih pernah ditanggung semua ahli keluarga. Lebih2 yg sulung, yg perlu memerhati keadaan semua keluarga yg lain dan merawat hati luka ibubapanya. Kemudian, si adik kembali dengan tanpa rasa bersalah, meminta maaf atau berterima kasih. Menunjukkan kejayaan barunya pada ibu dan bapa. Maka, dgn kejayaan baru itu, namanyalah yg selalu disebut. Dan si sulung tiada reaksi apa2. Pasrah, selagi itu membahagiakan ibubapanya. Dia cuma berharap si adik tidak mengulangi lagi.
Haruskah sorang anak berkorban, seorang lagi pentingkan diri?
Kecewakah si anak? Dengkikah?
Malah, seorang yg dewasa dan matang tdak akan begitu. Seorang anak yg berbakti akan yakin dirinya. Sentiasa berhati-hati dengan tindakannya. Merebut peluang yg ada, tapi tidak perlu mencari Batu Loncatan untuk berjaya. Bukankah Anak dengan Rezeki dan Kejayaan masing2? Bezanya ialah HATI mereka. Yg berbakti, kuat melindungi ibubapanya, atau yg lemah dan melarikan diri bila ada masalah. Maka, jadilah yg terbaik antara dua itu.
Kisah Isteri
Seorang isteri, berasa ingin menegur seorang ahli keluarga suaminya. Tapi dia malu, dia berasa tidak layak menegur. Jadi dia mmberitahu suaminya. Malangnya, baru saja memulakan perbualan, terus suaminya mengatakan begitu begini. Bersabar.. dan langsung tidak mahu menilik atau memerhati masalah itu. Dia berkata isterinya mencari masalah! Juga membesarkan perkara yg remeh.
Dia terus menghukum luahan rasa isterinya dan tidak peduli. Agaknya, sayangkah dia pada isterinya?
Kisah Menantu
Seorang isteri, berasa tidak senang dengan sikap suaminya. Mungkin ada sifat buruk yang susah dihakis sejak kecil, sifat yang kurang menyenangkan si isteri. Ada ketikanya dia bercerita pada Mertuanya. Dengan tujuan agar mertua menegur suaminya dengan cara yg terbaik. Tapi, mertuanya mempertahankan anaknya. Dan memberi alasan itu ini. Katanya bersabar. Seakan si menantu berbuat dosa dengan memburukkan suami sendiri, anaknya.
Agaknya, mereka tidak sedar, si menantu cuma inginkan Nasihat. Ingin tahu cara yg terbaik untuk menyenangkan hati dalam hidup berumahtangga.
Kisah Adik beradik
Seorang kakak telah menegur isteri adiknya, yg dirasanya terlalu boros. Tidak padan dengan gaji si suami, adiknya. Yg berapa kali ditegur ibunya, si anak lelaki buat tak tahu. Duit simpanan ibunya pun dipinjam sebab tak cukup beli susu anak. si kakak menegur Direct kerana keduanya tidak mendengar cakap sesiapa. Dan, itu menyakitkan hati si isteri. Terus, si kakak menjadi sasaran kemarahan keduanya. Dikatanya, si kakak dengki.
Ada gitu?
Kita selalu berkata, nak tegur, tegurlah aku. tak yah takut. Jangan cakap belakang2. Berhadapan. Tapi, kita sebenarnya takut ditegur. nak orang cakap baik2. Pastu, kita dengar tak teguran baik orang tu? Kita buat tak endah. Kita tak muhasabah diri. Kita bela diri kita, kita bela orang yg ditegur.
Kisah Seorang Ibu
Seorang ibu yang ingin menegur kelakuan isteri anaknya. Dia meluahkan perasaan pada anaknya dengan berhati-hati. Namun malangnya, anak lelakinya itu terang2 'pass' luahan rasa ibunya itu pada isterinya. Macam pembaca berita, lalu marah2 pada isterinya. Jadi, sang isteri berasa diumpat atau tidak disukai si ibu.
Anda rasa, si suami tu bijak tak handle situasi?
Bukankah elok kalau si anak tadi memerhati, betulkah ada yg tak kena pada isterinya. Jika betul, barulah tegur isterinya tanpa melibatkan ibunya. Dan janganlah marah2. Bukankah keduanya orang yg dia sayang?
Dari kisah itu, saya lihat kematangan suami itu di mana.
Satu kisah bela-membela.
Tak lama dulu, saya pernah terlibat dalam pertengkaran dua pihak. Satu pihak membela seorang yang katanya dizalimi, dituntut kerana di sakiti hatinya. Satu pihak membela yg seorang lagi, yang katanya lebih patut dikasihani dari yg itu. Mereka sebenarnya dari sebuah keluarga yg besar.
Saya ni fikir, agaknya, mereka sayang satu sama lain tak?
Bagi saya kalau bab2 membela satu sama lain ni, tanpa merubah apa2... tak membuatkan tidakan kita matang. Sepatutnya kita harus berusaha selesaikan masalah yg memuaskan hati kedua pihak. Kita bukan budak kecil lagi nak berkecil hati dan bergaduh2.
Allah.... bukankah elok cari jalan penyelesain, bukan menunjuk Ego atau siapa yg lebih bersalah? Satu keluarga, ialah umpama badan yg satu, dicubit terasa. Bagaimana dari satu keluarga, boleh berpecah kerana harga diri masing2?
Kenapa perlu kalah dengan perasaan sendiri?
Tiadakah orang di kalangan itu yg fikirannya Adil dalam menghukum salah masing2?
Allah.... banyak betul masalah manusia. Banyak betul karenah manusia. Lemahnya manusia...
Semua kerana yang bernama HATI.
Kata orang , tenang itu darinya HATI. Bila hati tenang, fikiran kita mengarahkan kelakuan. Jadi kita akan tidak terburu-buru.
Dan manusia mudah terburu-buru. Tenanglah. Jangan nak cepat dan senang semua. Jangan pula terlambat dari oranglain.

Salam Indah,
ReplyDeleteYa,kalau kita yang berada disitu,memang berat,kita tidak boleh mengubah menusia yang boleh hanya Allah.Jadi jangan berhenti minta pada NYA.Pertolongan akan turun dengan berbagai bentuk dan cara,kalau tak sekarang Inshaallah di alam sana nanti.
Salam makbonda,
ReplyDeletefasobrun jamil...
Benar makbonda, ia berat dilakukan. paling senang, usah fikirkan sangat. :)