Salam sejahtera,
Ini masuk bab-bab wanita dan rumahtangga. Ya, benar itu. Kadang-kadang kita terpaksa pentingkan diri sendiri. Tidak larat nak penuhi permintaan setiap orang. Atau setiap permintaan, meskipun dari ibubapa sendiri.
Ibubapa yang baik akan sentiasa memahami, bahawa anak-anaknya sudah mempunyai kehidupan sendiri dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Ibubapa saya sendiri, tidak lari dari masalah sendiri, tetapi, mereka banyak bertolak ansur dengan anak-anak. Sekurang-kurangnya, saya rasa tidak wajib balik Besut banyak kali setahun. Saya bersyukur saya sebab mereka redhakan saya. Hakikat, saya banyak lihat anak-anak dipaksa-paksa ibubapa mereka menurut kata, jika tidak berkecil hati pula. Saya bersyukur sebab ibubapa saya mahu bertolak-ansur dan bersangka baik terhadap keputusan saya dan suami...
Kadang-kadang kita terpaksa pentingkan diri sendiri bila terlibat dalam satu situasi, yang mana satu utk kepentingan kita, satu untuk kepentingan oranglain. Bila ada anak, kita bagi alasan sebab anak meragam atau apa saja. Bila takde anak, kita nak bagi alasan apa? Atau jika tidak bekerja, kita nak bagi alasan apa? Nanti dengarlah orang 'smash' kita.... " Dah tak kerja, nak sibukkan apa?"
Sebenarnya.... jika tak bekerja 'tetap', kita akan mencari kerja untuk mengisi hidup kita. Itulah sebab utama. Husnu Dzon (bersangka baik) itu penting, sangat penting...
Kadang-kadang, saya terpaksa bersikap pentingkan diri, demi kerana saya seorang Isteri kepada seorang suami, menantu kepada keluarga lain . Ibubapa saya dan adik-adiklah yang mungkin berasa hati. Tetapi, kita pujuk, kita cakap, kita tegas dengan keputusan kita tetapi tetap menunjukkan rasa belas kasihan dan sayang kita. Harapan saya, mereka redhakan saya...
Kadang-kadang, saya terpaksa bersikap pentingkan diri, demi kerana saya seorang Suri di dalam rumahtangga. Sayalah manager, sayalah organizer, sayalah tukang masak, sayalah tukang cuci. Jadi, demi kerana kita ada rasa tanggungjawab dalam rumahtangga, kita terpaksa menepikan permintaan oranglain. Jadi, dalam soal ini, fokus hanyalah kepada keluarga saya sendiri... (Saya + Suami) pada ketika itu. Jika berkaitan hubungan dengan family suami, maka saya serahkan pada suamilah untuk bercakap. Jika keluarga saya, maka sayalah yang bercakap. Dan saya amat berharap mereka bertolak-ansur dan redhakan saya dan suami.. Itu sajalah harapan saya. :)
Teringat pula, banyak perkara yang kami terpaksa kejar kerana hendak masuk rumah baru kami ini.... Nak pindah, akhir bulan bulan 7 nak masuk bulan 8 . Tuan rumah sewa sekarang pun dah bagitau dah. Memang terpaksa pentingkan diri sendiri buat masa ini.
Kalau bab membeli dan mengatur barang rumah, memanglah saya terpaksa pentingkan diri bila tidak mahu mendengar cakap-cakap orang. Yalah, HANYA kita yang tau apa yang kita perlukan. Oranglain tak tahu. Jadi, janganlah kita berkecil hati bila kita nak beli barang itu, barang ini, ada bantahan oranglain. Sedangkan itu rumah kita, keperluan rumahtangga kita. Menjadi seorang Suri, terpaksalah berdepan dengan situasi macam ni... Betul kan? :)) Suami saya sendiri sering berkata, kita buat dan beli perkara yang kita perlu. Saya selama ini, melebihkan Barang Dapur dari segala yang lain, termasuklah pakaian saya sendiri. Dah bajet ke situ.... kita jangan kecil hatilah bila dengar cakap-cakap orang. Rumahtangga kita kan, ada BAJET SENDIRI.... Kan? :)
Tapi IMROVEMENT dalam rumahtangga kena ada, kena ada.... kami juga banyak impian yang belum tercapai. :))
Dan bersangka baiklah, mementingkan diri sendiri itu tidak salah, kerana suatu hari nanti kita pun terpaksa memahami keadaan oranglain apabila kita memerlukan mereka tetapi mereka tidak dapat membantu kita. Dan keadaan itu tidaklah membawa perpecahan.
Serius, tetapi hakikat.
Alhamdulillah, atas segala rezeki suami yang tidak putus, atas nikmat keluarga dan keluarga suamiku yang sangat baik kepadaku , juga segala nikmat dan ujian yang diberikan kepada HambaMu ini, wahai Allah, tuhanku. Hanya Engkau dapat membalas kebaikan mereka. Harap lapangkanlah kehidupan mereka dan bahagiakanlah mereka sebagaimana yang daku rasa dengan diberikan rasa cukup dengan apa yang ada, dan maafkan daku atas kelemahan diriku . Amin..
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────