Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Thursday, October 3, 2013

Ruginya kita, inflasi, penangan FB (tanggungjawab, salmonella, hutang)


Bismillah.
Tadi menunggu Hubby yg balik lewat dr dinner staf dgn big boss. Tetapi sampai 1.48 pagi ni, saya rasa susah nak tidur. Line pula laju malam2 ni.

Apabila membelek kitab Misykat tu, terasa sangat 'buta arab'.
Saya hanya boleh baca perkata sahaja. Tak pandai terjemahkan ayat sepertimana kita boleh membaca buku English.

Alangkah ruginya umat Islam...... lebih kenal bacaan buku brbahasa Inggeris berbanding buku brbahasa Arab.  Sbb itulah agaknya, sampai skrg kita  hanya mmpu baca al Quran tetapi masih perlu melihat terjemahan. Kenapa ya, baca newspaper English, kita takdelah buat macam tu skali...?

Terasa teraba-raba. 

Allah Maha Kuasa utk mmberi ilmu dan hikmah.



FACEBOOK

Saya tidak lekang juga dgn facebook. Hanya sekadar sign in, utk melihat2 fb mereka yg merupakan para ilmuan.

Saya serba salah jika hanya sekadar hendak menyebarkan foto/aktiviti kami utk tatapan keluarga/taulan terdekat....
Camana nak cakap ya? Hum, terasa diekori atau terasa terkongkong? HAHA.
Lgpun susah hendak mnjawab soalan/cakap2 orang terdekat ni. :)  Risau setiap patah yg kita cakap, mudah saja disalahfahami.  Facebook pula, bukan kita yg manage sepenuhnya...

Dahulu, Hubby juga sibuk melihat fb orang2 melabur/bisnes.  Tetapi sejak Hubby dah korbankan duit pelaburan utk mbeli rumah kami ini... * mood sedih*   Hubby amat jarang dah melihat FB. Ramai saudara/rakan taulan hanya melihat apa yg kami hasilkan, bukan melihat pengorbanan/ berjimat-cermat yg kami lakukan. Dulu saya takut/risau bila mula2 mengajak orang datang ke rumah. Mudah saja orang menegur kenapa itu tak ada, ini tak ada. Kenapa itu dibeli kenapa ini tidak beli...  Kan elok diam2 saja?  HEHE . Cakap terang2 macam tu kadang2  'mengusik'  hati si Tuan rumah...

Saya dah melalut.




Inilah dia,



Dah lama saya lihat ia tersebar di FB. Ini share dari semanis kurma. Memang heboh. Saya tahu, gambar ini  ialah situasi rumahtangga yg berlaku zaman ini, BUKAN utk rujukan . Bab Munakahat ni, tak semua orang2 di facebook yang mampu menguraikan bab munakahat secara jelas. 
Saya JUGA pernah mengalami situasi begini, meskipun saya bukan wanita bekerjaya. Orang jg memandang2 rendah trhadap saya shg timbul satu perasaan mmberontak. Inikah ia takdir wanita, adakah itu keistimewaan kaum adam?  Sehinggalah saya cuma memerhati gelagat oranglain  bahkan mendengar cerita makcik/kakak yg mengeluh itu ini, sehingga saya berasa malu terhadap diri sendiri... OH begini rupanya orang memandang kita.

Apa saya nak komen ttg gambar ini?  Hehe.. nak juga 'komen' di blog peribadi. :) Saya melihat INDAHNYA Islam...
Ingatlah, TIDAK SEMUA wanita yg mendapat anugerah itu, mempunyai anak, tinggal sebumbung dgn suami, yg mampu memasak dr pagi sampai tgh malam, ada yg ingin bekerja ttp terhalang atas macam perkara. Jadi, hargailah apa yg ada, carilah pahala..... Ubatilah hati dgn mengingat Allah, membaca al Quran.  Bahagia itu kita yg cari, pasangan itu kita juga yg terima. Belajarlah menangani masalah.

Kalu ada ustaz yg kata semua tanggungjwb memasak, jaga anak, dll itu bukan tggjawab isteri dan itu semua suami yg mesti fikirkan; terimalah dgn terbuka tetapi 'berpandangan terbuka'.  Takkanlah nak suruh suami dok kat dapur, kesian dia. Saya, kalu pagi2 tak sempat sediakan sarapan pun, hati saya gelisah sepanjang pagi sampai waktu lunch sbb saya tahu suami lapar, dahla dia nak bekerja. Di sini saya tetap berpandangan rumahtangga tetap 'berseni' di tangan seorang wanita. Isteri paling mudah nak kumpul pahala meskipun sekadar menyiapkan pakaian suami utk ke masjid, atau melayaninya di meja makan. Allah aturkan setiapkan perkara pasti ada kebaikannya utk kedua pihak.
Ada di setengah tempat, saya akui wanita tidak ke pasar. Lelaki yg ke pasar. Ada setengah tempat wanita dilarang memandu. Paling mudah, budaya mereka tidak mnggalakkan pakaian wanita berwarna. Sesungguhnya di tempat kita, semua itu masih fleksibel...

Tanya hati kita. Kadang2 kita mudah terasa hati, adalah kerana hormon kita. Satu lagi, gangguan syaitan. Istighfar selalu.  Bukankah satu ikatan itu utk mnjalin kasih-sayang dan ketenangan? Juga saling mengasihani dalam bab tggjawab. Kita kasihankan dia, dan dia juga sepatutnya kasihankan kita... Satu perkongsian dari saya; If Woman likes words, a man likes words too. Selalulah berkata manis ngan suami... Dgn itu dia akan 'berlebih kurang' dengan kita dan kita jg akan begitu  dgn dia. Saling memaafkan, saling mengasihi, hendaknya.... Amin!



Sahabat Halal ada share ttg info virus Salmonella yg terjadi semasa kenduri tu. Kasihan ya, sampai beberapa orang meninggal dunia. Innalillah..


Ya, kita ambil tahu, kerana kita peduli ttg ummah. Umat Islam kan mementingkan kebersihan, bukan sekadar fikirkan untung/rugi.  Hum, sedangkan ayam yg terbiar di sinki sehingga lebih 6 jam (yg bukan ayam beku) pun dah berbau, nak masak pun kita tak berani, takut family sakit perut. Virus Salmonella ni, tak mengakibatkan ayam tu berbau busukkah?  Agaknya susah kot nak cam ayam berbau disebabkan terperap ke sebab kena virus?  Terfikir2 saya.  Tetapi memanglah, kalu kita nampak ayam tu kaki/ bahagian lemak tu nampak hijau jer.... tak yahla beli.


Ini satu lagi FB yang menarik. Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna. Ada satu pertanyaan kat bawah tu ttg suaminya yg kuat berhutang dan dia rasa teraniaya kerana dia pun diminta meminjam juga.  Kesian dia. Kita sebenarnya  mmg takut nak msuk campur hal rumahtangga orang. Kadang2 si isteri hanya memerlukan kekuatan utk mnghadapi masalah kerana sebenarnya dia lebih tahu situasi sebenar.


INFLASI

Hubby sering berkata begitu apabila bersangkut hal barang semakin naik. Saya pula, malas hendak kait-kaitkan dgn politik, minyak naik sbb mengundi pihak mana....
Saya tidak rasa hendak menyalahkan oranglain.
Tabiat kita, mudah mncari salah orang berbanding melihat diri sendiri...
Bila  heboh  harga ayam naik, saya still budget  duit yg sama. Jadi beli ayam kecil sikit. Kalu ayam besar, kita beli separuh dulu. Jangan lupa belek harga udang/ikan tu berapa 1 kg.

Mengenang masa kecil, saya baru kenal harga barang makin naik ialah apabila saya yg selalu mmbeli ikan dr abang motor, mama hanya bekalkan beberapa ringgit. Saya mintakla nak beli ikan sekian sekian RM 2-3.  Tetapi abang tu gelak jer, dia cakap mana ada dah harga ikan ni beberapa ringgit.  Kalu beli juga, dapat bape ekor saja. Saya masih budak masa tu.

Saya nak beli pakaian  yg berkenan, saya memyimpan duit terlebih dahulu.  Sebab dgn cara itu, boleh beli kain yg elok dan saiznya padan. 

Heboh juga  surat blogger  kepada najib Tun razak, yang mengomen ttg kadar taraf hidup lepasan siswazah yg makin tidak seimbang.  Barang mahal, tetapi kadar gaji tidak sama.
Saya pun kesian bila dengar adik yg mngatakan gajinya paras sama, walaupun dah naik tahun baru. Ntahlah saya nak cakap apa. Mmg kadang2 harga kenderaan, hatta tambang kemudahan awam pun tak sepadan dgn gaji yg dapat. Seolah-olah benar, memang tak seimbang.

Allah Maha Kuasa yg mampu meluaskan reseki, meberkati rezeki kita..



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

6 comments:

  1. Salam, aduhai... susah nak kata kan.. diam salah, bercakap pun salah.. sabarrrrrrr ajelah

    ReplyDelete
  2. Salam, aduhai... susah nak kata kan.. diam salah, bercakap pun salah.. sabarrrrrrr ajelah

    ReplyDelete
  3. Salam..

    semalam da share post Iza pasal mandi wajib tu di FB.. maaf sebab tak tanya dulu. tapi rasa ilmu tu sesuai dikongsi bersama.

    saya setuju bila Iza cakap kita walau macam mana pun kena tengok balik perbelanjaan kita. kena kecilkan portion makanan dan trim apa yang tak perlu.. dan paling penting, kena tingkatkan doa supaya Allah murahkan dan berkati rezeki yg kita terima..

    btw, apa address FB Iza, nak add :)

    ReplyDelete

  4. Salam seriandi,
    :) Itulah.. saya cuma komen2 dekat blog saja. Sbb dah heboh sana-sini.

    ReplyDelete
  5. Salam sahabat,
    Gulp. Saya share nota mana yg saya ingat, shidah... sambil membandingkan dgn apa yg saya amalkan selama ni. :)

    Boleh tengok video ini juga, ada orang yg rakam : http://www.youtube.com/watch?v=VZgdNLVxuAI&list=UUTu8pLHpDy4-Hcx1Vj_sXeg

    Hum, FB ada dua, secret dan formal. nanti saya emel, ya. :D
    Ya, kena doa selalu.

    ReplyDelete
  6. Salam sayang sahabatku shah,

    Ada sebabnya saya tak share kat FB. Fahaman orang pun bermacam, saya pula tak pandai mnghadapi situasi camtu.
    Ini FB formal: mysweetlifenurindah. :)

    ReplyDelete

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers