Alhamdulillah, sejak kat rumah MIL ni, dah pasang streamyx, dapatla saya update kedai online kami. Kira cuti shutdown for maintenance la. hikhik.
Gambar? Teringin nak amik gambar, tapi, segan lagi nak terbongkok2 amik pose menarik. Tapi, saya tertarik ngan pokok hiasan mak. Insya Allah, cuaca elok, bateri ada, saya amik gambar.
Nak cite apa? Tiba2 terbuka hati nak ulas pasal cite kat tv malam ni. Lillahi taala. Kisah seorang isteri yang berlaku curang sebab terpikat ngan layanan baik bosnya yg cuba amik kesempatan. Suami wanita tu, mengalami kecederaan dan tak boleh berjalan, menyebabkan isteri yg selama ini jadi surirumah, terpaksa bekerja. Si isteri mengandung anak luar nikah dan rasa bersalah lalu meninggalkan suami dan anak2. Si suami tak rela maafkan. Sampailah, satu masa, dia maafkan isterinya Lillahitaala, dan kembali bersama.
Dah lama saya tak tengok tv, sementelah, tv kat rumah rosak. jadi, dah lupa nama pelakon2 tu.
Apa perasaan saya? Melihat si suami terhencot2.....saya pandang My Hubby. Saya mengucap syukur pada Allah, walaupun Hubby takleh kerja sementara...gaji masih jalan. Ada duit nak makan, dan bayar hutang bulanan. Subhanallah, Alhamdulillah...
Teringat kenalan2 saya yang saya lihat duit gaji habis setiap bulan bayar itu ini, dan langsung tak sempat menyimpan. Si suami bayar keta, rumah, belanja dapur. Si isteri bayar duit pengasuh anak, atau orang gaji, dan duit minyak gi keja. Dan macam2 kehendak anak2...
Teringat entry alimaz kembara terasing. Ia pasal akaun rahsia isteri. Jikala ada duit dalam tabungan rahsia, mungkinkah si isteri tersebut tidak tergoda ngan tawaran duit dari bos itu semata2 untuk menanggung keperluan keluarganya? Di sinilah terletak penimbang kejujuran hati seorang isteri. Dan saya yakin, hati seorang isteri tidak seburuk itu, melainkan hanya untuk kuarga tersayang. Dan dr segi hukum, gaji isteri adalah hak istri, untuk menyimpan, dan sang suami perlu memahami tanpa syak wasangka.
Duit...Selagi ada duit, tetap akan dikorek untuk penuhi kehendak dan keperluan. Setiap kali itulah, kita kalah ngan godaan Tesco, Giant, jualan pakaian... Sebenarnya teramat susah kita nak sipikan sedikit gaji atau duit yg ada untuk simpanan. Kecuali memang dipotong siap dari gaji seperti Tabung Haji atau ASB...
Susah untuk menilai cite Lillahi taala. Dan saya tak mampu bayangkan jika saya berada di tempat sang isteri. Dan hanya iman jadi pendinding. Jauhkankan diri kami dari derhaka padaMu. Amin...Amin ya Rabbul A' lamin....

salam nurindah...semoga nurindah sekeluarga sihat walafiat dan diringankan urusan harian.amin. :)
ReplyDeletehidup ni banyak godaan. iman je yang dapat menangkis setiap godaan tu. semuga kita semua mengikut jalan yang lurus.
ReplyDeletemasak2 apa hari sabtu ni..
Salam Nur,
ReplyDeleteDugaan datang pelbagai cara... semoga kita dilindungi Allah dalam apa juga keadaan sekalipun... Amin.
salam nur, terdetik di hati bila baca entry nur yang ni..huhu sy ni jenis kuat sopping gak ...moga2 tak terlajak sopping :)
ReplyDelete