Inilah beberapa projek yang saya buat 2 hari lalu. Mengambil foto pokok2 tanaman MIL. Ada yang telah diedit, guna photoshop. maklumlah, tak semua gambar sempurna lightingnya.
Tapi, saya memang tak tau apa nama pokok2 ni. MIL dan FIL yang tanam. Mereka sangat rajin menanam pokok termasuk pokok herba. Subur2 smuanya. Memang berkat menanam pokok, kerana tumbuhan selalu bertasbih kepada Allah dan mendoakan kesejahteraan tuan yang menjaganya.
Pernah dengar cerita ttg kain sembahyang yang mendoakan kesejahteraan tuan yang memakainya waktu solat? Saya percaya roh solat tu ada. Bukan jin, atau apa2. Semua dalam kekuasaan Allah jua.
Hati saya tengah bersedih untuk beberapa perkara. Tapi, di hati tiada ingin mengganggu keceriaan sesiapa. Salam kesejahteraan buat semua, salam sayang dari saya...

No comments:
Post a Comment