Selawat ini, agak panjang, tapi betul bacaannya. Klik untuk besarkan. Kredit to ensiklopedia.
Maaaf, saya tak perasan tadi, salawat ni ada sedikit kesalahan huruf. Minta gantikan bacaan huruf "pa" kepada "fa". dan "wa'ali" kepada "waghali." Sumber internet.
Salam sejahtera buat semua, dan salawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.aw, Rasulullah.
Hari ini hari istimewa. 12 Rabiulawwal jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Subhanallah. Sambutan Maulidur rasul diadakan dengan laungan salawat secara beramai-ramai. Kalau di kampung saya, juga ada sepanjang rabiul awwal, akan ada orang mengadakan majlis salawat beserta makan2. Indahhnya laungan salawat yang bergema...
BALIK SEMULA KE BANTING
Jangan terkejut, kerana kami balik semula ke Banting. Selasa lepas, adalah 4th week after operation. DOC cakap, Hubby dah boleh jalan tak pakai tongkat. X-RAY, pun menunjukkan sambungan telah sebati ngan daging. Jadi, pembedahan telah success. Pertemuan kami akan datang 2 bulan lagi, sebulan lepas Hubby kerja. Lepas seme selesai, dan fisio, MIL ajak FIL jalan2 kat IKEA. Sebab dalam perjalanan, kami singgah kejap kat Bro-Arts, lepas tu, terus ke Ikea. Saya borong jugakla 3 ketul barang. FIL borong alat dapur. Tak jalan banyak, lepas tu, Hubby nak ke National Library, hantar buku. Pastu...baliik Banting lagi.
POKOK MANGGA DAN MATA KUCING
Seperti yang saya pernah sebut, ini beberapa pokok yang saya amik gambarnya.
Buah mangga yang sebijik ni betul2 atas cermin keta. hikhik.
Asalnya pokok mangga ni, dulu tak berbuah. FIL tebang. Ia tumbuh lagi, berdahan2 besar lalu berbuah lebat. Depan rumah MIL ni.
Batang pokok mangga yg asalnya ditebang. Saya edit gambarnya.
Gambar yg saya amik ni kurang cahaya, tapi bila edit guna photoshop, nampak klasik. Ni la batang baru yg tumbuh dr batang pokok mangga yg ditebang tu. Dah besar, dah berbuah lebat.
Pokok buah mata kucing yg MIL tanam dalam pasu besar sangat. Dah banyak kali berbuah. Ramai yg dah rasa hasilnya.
Pokok mata kucing.Berbunga lagi. Dan berbuah tak lama lagi... ;)
Gambar telah diedit. Kucing tak berumah yg selalu MIL bagi makan kat belakang rumah.
salam nurindah,maulid mubarak!
ReplyDeleteSalam kak...
ReplyDeleteSelamat menyambut maulidur Rasul....Selawat dan Salam ke atas baginda, nabi Muhammad S.A.W...
pokok mata kucing tanam dalam pasu je? dan berbuah pulak?
ReplyDeleteBagi akak ilmu sikit hehe...
Salam Maulidur Rasul Nur,
ReplyDeleteLewat sikit kita datang nie... sebab buah mangga tu... cicah kicap pedas2 manis...uish...berair mulut.hehe
salam deliah,
ReplyDeletemaulid mubarak! :)
salam sue@ninie,
ReplyDeletesalam maulidurrasul juga buat sue.
salam kak pah,
ReplyDeletesaya pun tak tau apa rahsianya. hihi. MIL cakap baja pun ada kategori baja untuk pokok berbuah dan baja pokok berdaun hijau
salam maulidurrasul kembali ijan,
ReplyDeletemulut saya pun dah berair ni. hihihi