Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Tuesday, December 28, 2010

Bubur sagu dan jagung krim, Puding..

Salam sejahtera,

Dalam sejuk-sejuk haritu, saya terbuat bubur sagu campur jagung cream. Rasanya okla, sebab saya guna susu cair, menghabiskan balance. Jagung kernel pun takde, saya ganti jagung cream. Takpela, apa yang ada, saya tibai. Janji merasa bubur jagung panas yang krup krap dan sagu. :D


BUBUR SAGU DAN JAGUNG KRIM

1 tin jagung krim
Segenggam biji sagu - dibasuh dan toskan (agak-agak)
Susu cair / santan setengah periuk kecil (saya guna susu sebab nak habiskan balance)
Gula secukup rasa
1 helai daun pandan

CARA:
1. Panaskan susu/santan bersama daun pandan. Kacau selalu.
2. Masukkan 1 tin jagung. Kacau sebati.
3. Baru masukkan sagu. Agak-agak sukatannya supaya tak terlalu pekat.
4. Biarkan sagu kembang hingga tiada biji putih.
5. Masukkan gula secukup rasa. Kacau dan tutup api.
6. Jika ada sikit biji putih, takpe. Yang sikit tu akan kembang sendiri.



PUDING SAGU DAN JAGUNG KRIM
Disebabkan ada balance skit, saya buat puding dengan bubur ni. Saya cairkan agar-agar bertali dengan sedikit air. Kalau guna serbuk agar-agar pun ok, tapi jangan lupa tambah air. Panaskan bubur tu balik, dan tambah agar-agar tadi. Kacau sebati. Angkat. Biarkan sejuk. Masukkan dalam peti ais. Sukatan agar-agar, saya agak-agak jer. hehe... Nyum nyum....



Menu : kuah kicap bertomato, ikan bakar, tauhu telur bersos tiram

Salam sejahtera,
Moga hari ini lebih cemerlang, iman lebih meningkat dari hari sebelumnya. Amin... Ini menu bajet semput. Ikan bakar yang bukan bakar, pencicah masam tapi bukan asam. Sebelum beli barang dapur aritu :D

Tomato didadu, cili padi dipotong kecil, bawang didadu, kicap. Resipi kat hamsini. Buat cecah2 ikan bakar kat bawah tu.


Ikan selar. Baring atas kuali tanpa minyak jer. Sampai masak :))

Campuran tauhu telur dan bebola ikan yang digoreng, campur sawi dimasak macam resipi kat SINI

Sekian ... hihi


Monday, December 27, 2010

Ketupat goreng

Salam sejahtera,
Bersama keropok, bubur asyura aritu... My Mama kirimkan juga  Ketupat Pulut. Saya sumbat dalam peti sejuk sebaik sampai ke tangan saya. Kejung, tapi biarkan dalam suhu biasa. Panaskan minyak penuh, baru goreng garing warna perang gini. Kalu ketupat tu kecik2, just separa perang... kang keras pula nak makan, jadi macam beras goreng..hikhikhik... Kalau besar gedabak, gorengla macam perang camni. Sure berbiji-biji habis. Yang ni pulut manis. Kami cicah ngan balance Ayam Masak Badang. ;D

Nampak tak isi pulut tu? Siapa2 yang biasa goreng ketupat mesti kenal.

Bersedia untuk dicicahkan...

Kombinasi yang enak! Ngan balance ayam masak badang. Ada idea bila ada ketupat lenkali. ;D


Ayam masak badang lagi dan sawi goreng

Salam sejahtera,
Ini tayang menu 2 hari lepas. hehe... my hubby kurang selera makan. Katanya banyak kerja akhir taun ni. Saya teringat haritu, dia makan ayam masak badang sampai licin. Jadi, saya buatkan lagi. Alhamdulillah.... bertambah nasinya. Sayunya hati saya...


AYAM MASAK BADANG .
Resipi kat SINI.  Kali ni saya rebus ayam tu dulu dgn air paras ayam jer. Tutup periuk, dan rebus hingga ayam lembut dan kuah tinggal sikit. Perencahnya buat siap2 termasuk santan. (Kali ni saya gunakan Susu Cair). Bila ayam masak, masukkan jer dalam kuah santan tu dan biar sebati dan kuah agak pekat dan naik minyak. Siap untuk dihidangkan.

NOTA NURINDAH: Kali ni saya guna Susu cair menggantikan santan. :) Resipi ni sesuai bila kita nak makan gulai, tapi tak mahu kuah banyak sangat. Ada bau-bau rendang skit. :D


Disesuaikan dengan sayur sawi goreng. Sawi digoreng bersama hati ayam.

merayap lagi ke pwtc :)

Salam sejahtera,
Selamat pagi Isnin. Moga semua teman2 dalam keberkatan Ilahi dan dipermudahkan segala urusan. Mesti sibuk,kan? Dah dekat buka sekolah.

Kelmarin kami ke pesta buku kanak-kanak lagi. Seronok dan cemburu melihat parent membawa anak-anak. :D Apa yang saya cari di sana?

Cari ini. Poster ini saya beli last week 4 keping RM10, kelmarin dapat 5 keping RM10. Saya dah ada surah al Mulk dan al Waqiah. Tambah Yaasin dan sajadah dll. Cantik poster tu. My Hubby suruh framekan. Tapi kena cari frame murah-murah la. Besoor tu. :D Insya Allah, saya nak hafal surah2 ni buat permulaan. Kalu lupa, boleh rujuk kat dinding jer. hehe... Banyak khasiatnya juga.

Dapat pula siri CD dan buku asas membaca al Quran keluaran DBP. Kami dah lihat CDnya . Macam dalam Siri Mari Mengaji dalam tv9 tu, tapi versi Dewan bahasa dan pustaka. Dari huruf hijaiyah hingga cara tajwid asas. CD satu, sangat sesuai buat kanak-kanak 2-4 tahun dan besar hurufnya. Ada suara yang menerangkan step by step. Harga RM28.50. Nak hadiahkan kat anak sedara. Insya Allah.

Saturday, December 25, 2010

Ho ho hoooo....

Tak comey.... tapi sodap! Taugeh takde.. kucai pun takde. Telur tu bagi 1/2 masak jer. heheh..

Salam sejahtera,
Pagi ni, saya masakkan Kue teow untuk my hubby. Dia kerja separuh hari. Bekerja di hari cuti umum camni lagi 'double triple gaji' katanya. Saya tidak kisah, sebab kalu dia tak cuti hari cuti umum, dia sentiasa berusaha mengambil cuti hari biasa. Katanya cuti di 'hari biasa' banyak urusan dapat diselesaikan katanya. Pulak.. bila nak rehat? Sometimes, saya goda dia supaya dok kat rumah diam2... hehehe...

Selingan : Selamat menyambut Krismas untuk semua yang beragama kristian. Dan seperti kata-kata di dalam saifulislam.com, kami kaum Muslimin juga memuliakan Jesus dan Mary, orang yang sama iaitu Maryam dan Isa. Namun Risalah Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang memurnikan kepercayaan kami mengenainya kepada mencintai sekalian Rasul, di samping Isa juga bondanya Maryam.

(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di Dunia dan di Akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah daripada orang-orang yang soleh.” [Aal 'Imraan 3: 45-46]

Terima kasih kepada ustaz Hasrizal kerana membuka mata saya agar memukul sama rata dalam konsep berdakwah. Iaitu, kasih-sayang dan saling memurnikan.

Masuk balik cerita saya. Apa saya nak tunjuk ya?

Kue Teow ni paaaling senang. Guna sos char kue teow segera, jenama Syah flavour. Kami beli kat Food Festival 1 malaysia kat PWTC haritu. Ternampak bannernya waktu belikan tiket bas. Ada pertandingan masak-memasak. My hubby cakap, jomlah.. kalu nak tengok. :D

Saya beli botol kecik. Ada resipi yang disertakan bersama sos ni iaitu char kue teow basah, atau kering. Boleh juga digunakan untuk masakan sayur, dll. Macam sos kicap berperisa la... http://www.shahflavor.blogspot.com/. Hensem wooo chefnya. ;)

Cara masak saya: Senang jer. Tumiskan setengah sudu cili kisar, masukkan segenggam kue teow. Pastu kacau sebati. Pastu boleh masuk taugeh/kucai. Kacau. Masukkan sos ni secukup rasa  (sos dah masin), saya  tambah air sebab nak basah. Akhir skali, baru masuk sebijik telur. Buka api besar, kacau satu arah. Angkat dan hidangkan.Telur separa masak jer. Sedap!


Berbalik pada festival food 1 malaysia kat pwtc. Masuk jer... 90% chinese dengan banner 'non halal' besar2 (bahagian street food). India tak nampak, Melayu ada beberapa booth termasuk booth sos char kue teow tu. Tak tau mana 1 malaysia. Booth alatan masak pun banyak, coway la, blender la, buffalo, bowl mixer industri, juga makanan dan minuman paket yang biasa kita dengar. Pulak kat gerai street food, takde makanan chinese yang halal. Tekak ni teringin gak nak makan Dim Sum ker, dan aneka makanan bangsa lain yang jarang kita makan kat kedai kan? Vadei pun tak nampak. Tak adil la... buat saya terliur jer... heheheh.

Pertandingan masak-masak tu anjuran Lee Kum Kee. Produk Lee Kum Kee ni pun, ada sosnya yang cop halal. Saya pernah beli sos hoisin, ada cop halal dari Islamic China Association. Kalau tak silap, beli masa nak masak terung sos hoisin. Begitu juga Kicap Cair. Skrang payah betul cari kicap cair produk malaysia. Jadi, saya nampak kicapnya ada cop halal berani la beli.

Gambar di bawah ni bukan dari pertandingan, tapi pameran restoran2 cina . Kan orang cina suka makan seafood. Pergh! Terliur betul. Orang cina ni kan, kalu masak masakan restoran, sebijik yang kita tengok dalam cerita chef2 kat tv tu. Ada, kan... yang cerita pertandingan memasak restoran-restoran tu.... Klik la untuk view besar. Gambar ni semua my hubby yang amik, guna hanset.  Er.... geram tengok ketam ngan udang kara gedabak! Saya ada sentuh kuah ketam tu... ingatkan plastik jer. Rupanya lembik, er.... masakan betul rupanya. heheh...









Gambar-gambar di bawah ni pula, yang masuk pertandingan tu... termasuk sesi memasak chef kat luar. Nampak comel chef2 ni pakai topi tinggi. ;)









Adeh banyak betul gambar kena edit harini... Nak rehat skejap. Cari mood. Mana tah mood ni hilang. Nak masak lunch pulak. Walaupun tadi my hubby kata tak balik lunch, kena prepare juga. Slalu tiba2 dia muncul kat pintu. Nak jemur baju dalam rumah, tengah2 ujan ni, lagi.. nak kemas bilik tetamu sebab adik Nuyu akan tido sini next week sampai balik maktab. Pastu.. pastu.... ish, macamla sibuk sangat! :D


Friday, December 24, 2010

keropok sedap


salam sejahtera,
Smayang dah, cuma masak tak siap-siap lagi nih. :D Hujan-hujan dengan cuaca mendung gini buat perut berbunyi. Paling senang, goreng keropok. setengah paket saya goreng, simpan dalam balang. pastu saltep kemas2. My hubby suka mengunyah.

Keropok (kopok) keping cap ikan parang keluaran Ngah bin Muhammad ni sedap, My Mama yang pilih. Saya tak reti pilih kopok ni. Beli kopok keping kat pasar siti khadijah pun tak memenuhi selera saya. Beli kopok keping kat pasar tani kat BS yang katanya import dari terengganu tu pun sama. Nak.... jugak yang kuala besut. :P Yang penuh rasa ikan dan mewah. Huih!

Pernah saya pilihkan kopok untuk My MIL. er... my MIL ada sedara mara yang kawen orang besut, jadi dia tau kopok tu kurang rasa ikan. Malu seh.... dah tak berani nak belikan keropok untuk My Mertua. menantu dia ni tak reti pilih, pandai makan jer. :D

Ni saya siap amik gambar lagi kopok ni cap apa, alamat dia. Senang kalu nak pilih kopok lenkali. Memang mewah rasa ikan.... huih! Kat kuala besut nu, kena pandai pilih juga. Ada bbrp gerai je yang jadi pilihan My Mama.





Ujan oh ujan.... turunla.. takpe. senang hati nak ngunyah kopok. heheh.

Selingan: Maapla kat sape2 yang ngidam bubur asyura teganu/ kelantan tu. huhuk. tak terniat nak bangkitkan kebangkitan mengidam tu. Saya dah rasa macammana susahnya hati bila nengok bubur asyura yang macam bubur tu. Terbayang2 bubur asyura coklat! Dah tekak orang pantai timur. Er... waktu ujan ni,tak lapo ke? Saya nak sambung masak....



2 hari berkumpul.


Tayangan gambar bubur Asyura Terengganu. :D Bertaun-taun mengidam. Tahun ni, my Mama buatkan. Satu bekas besar untuk saya, satu lagi untuk Siti. Rabu lalu, saya sempat potong kecil2 untuk officemate my hubby. Pagi tu, kami kekenyangan makan bubur Asyura. hihihi....

Dalam beberapa hari ni, kami agak terhibur. My Adik, Nura dan Nuyu datang ke Selangor. Nuyu nak ke maktab di kedah melalui KL. Nura pula dapat cuti 3 hari dari tempat kerjanya.

Kesian my hubby. 2 malam berturut2 ke damansara damai untuk melunasi kerinduan isterinya terhadap adik-beradik. Yalah, bukan selalu dapat berkumpul sama-sama kan? ;)
Lagipun bukan tak biasa ke Damansara damai (DD), sebab dah biasa. Balik dr banting lalu DD , gi One Utama pun lalu DD, kedai kami yg tak bersewa pun kat season square, my adik Siti pun kat DD. Muka kami pun dah familiar kat kedai mamak Mahbub tu. :P

Hari pertama mereka sampai, kami pergi tengok Narnia kat GSC. Siti belanja tiket, kami pula sediakan transport balik rumah. hihi.. Mereka pergi dulu ke One Utama (OU) dgn teksi. Kami pula, bertolak ke OU selepas hubby balik kerja. Siti mengadu, mahal betul teksi skarang. Dari damansara damai ke One Utama - RM17 teksi bermeter. Bayangkan masa traffic light nak belok ke OU, dekat 15 minit jem dengan meter bergerak. Maklumlah dekat krismas, penuh orang kat OU walaupun hari kerja. Agaknya orang teksi ni lagi seronok jem-jem ni sebab meter tetap jalan! Huh...

Er... kami pun berpeluh-peluh juga cari parking kat One Utama. Tapi kat sini, kami dah biasa. :D Tempat kami berdua selalu lepak. Situ jer nak tengok wayang ke, MPH ke. Lebih selesa ngan one card :)) parking pun tak mahal. But... hari tu memang lelah nak cari parking. Kami naik bumbung tingkat 5 nuh!

Best la Narnia. Bayangkan perjalanan cerita hampir 90% atas kapal. Jadi, terasa macam kami dok atas kapal jer. lagi2 dok seat kedua. hahaha. My hubby yang biasa tertidur dalam GSC, tak dapat tido langsung. Komen dia, Bagus. Balik dari OU, kami singgah isi perut.

Nah, gambar 3 of my adik-adik.... still aVailable. Cekal dan manja. Yang tengah tu la yang jatuh motor aritu. Ada lagi parut kat atas bibir dan bibir still bengkak skit. Nak dok ngan kami sebelum balik maktab. Alhamdulillah, kami masih dapat bersama-sama. Saya ingat lagi, teruk saya menangis masa kat hospital aritu. Berhari-hari.... Kami tak sanggup nak sebut-sebut kejadian tu depan dia. Kami tau, dia masih trauma. Kalau boleh, nak buang kenangan tu jauh2. Alhamdulillah, kami masih bergelak tawa bersama-sama.

Makan ni, biasa-biasa jer. Pot pet jer lebih. Orang perempuan... ish ish... hahaha... Atas tu kue teow goreng.

Mi ladna. Adus.. pedas. Besar betul sayur2nya. Tapi ok..

Kelmarin pula, saya dan adik2 gi pesta buku kanak-kanak kat PWTC. Naik KTM jer. Cuci mata, lagipun nak anta Nura balik naik bas. Cuti dia dah abis. Takde gambar semasa kat pwtc tu. Kami sampai sana kul 5pm. Terkejar2 nak solatla, makan lagi. Hari biasa, kul 8.30 lagi, banyak Booth dah tutup. Tapi sempat la beli poster dan beberapa buku. Adik Nurul beli buku untuk sesi pengajarannya. Taun depan kena SBE. Dia amik pendidikan khas dan jasmani. Pastu kami balik naik KTM turun sg buloh, my hubby amik dan hantar seme pulang.

Adeh... penat dah tulis. Korang (adik-adik) baca ke ni? kak dah catat kat blog buat memory tau! :D Teman2 semua dah penat baca ke? Meh2 saya urut bahu. hihihi....

Thursday, December 23, 2010

Hope...

Salam sejahtera,

Moga teman2 semua dalam keberkatan Allah walau di mana jua berada.
Kelmarin, masa ronda-ronda, saya terjumpa pasal Darwisya, yang telah hafaz al quran di usia 3 tahun. Dia hafaz 30 surah terakhir di usia itu dan akan terus menghafaz al quran. Darwisya mula menghafaz dari umur setahun lebih. Dan yang menariknya, atas bimbingan ibubapanya dan ibunya adalah seorang yang berkerjaya. Adiknya Darwish juga mula menghafaz pada usia kanak-kanak.

Selingan: Di sini..... saya mohon maaf sebab resipi Puding roti wholemeal, tempoh masa membakar sebenarnya hampir 60 minit. Saya dah betulkan tempoh masa membakar tu. Camana tah, tak perasan. Nanti kang, tak masak2 pula. hihi.. Maaf sekali lagi ya. :D

Ya... hati saya sangat segar bugar membaca blog yang ditulis ibu mereka, di http://darwishndarwisya.blogspot.com . Amat jarang kita jumpa ibubapa yang ingin share rahsia mereka. Katanya dia bukanlah hafizah, ustazah yang ajar mengaji, berjubah atau bertudung labuh, ataupun seorang suri rumah sepenuh masa. Tetapi dia menggunakan kaedah tersendiri untuk mendidik anak-anaknya menghafaz Al Quran.

Ya. Kita masih ada Hope (harapan) kerana bukan hanya ustazah2 yang mampu mendidik anak-anak secantik itu. Hope... saya akan ada anak seperti itu. Hope... saya berpeluang berjihad seperti ibunya. Dengan harapan yang membuat kita makin kuat berusaha. Teruskanlah berharap wahai para ibu... teruskan berusaha dengan selembut mungkin dan istiqamah.

Di YOUTUBE ada pelbagai versi video yang di download ibunya sepanjang pendidikan untuk anak-anaknya, bermula dengan Darwisya. Klik SINI

Di bawah pula video semasa Darwisya membacakan al quran di satu majlis. Sudah mengenal Tajwid anak ni.... :))




Wednesday, December 22, 2010

Puding roti wholemeal


Salam sejahtera,
Dessert lagi. Puding roti. Roti wholemeal yang dikisar beserta kepingan roti yang bahagian hujungnya sekali. Siapa kata takde nilai? Bahkan saya guna hanya 3 keping roti yang lembut, 2 keping lagi roti bahagian hujung. Rasa..... umph! Tak muak, ada rasa serat2 gitu and new taste!

Ini versi tibai saya: Gula pandai2 la ikut taste ya.

PUDING ROTI WHOLEMEAL
servings: 4-5 orang

5 keping roti wholemeal (termasuk roti hujungnya) -disiat-siat
soft brown sugar (gula perang)
2 biji telur saiz B
Susu segar 3/4 tinggi (secukup roti - sampai boleh kisar)
1/2 sdt Esen vanila
1/2 sdt Coffee flavour

1. Masukkan roti ke dalam blender. Jangan mampatkan.
2. Masukkan telur, gula dan susu sehingga roti boleh dikisar sempurna.
3. Akhir baru masukkan esen vanila dan perasa kopi. Rasa manisnya jika perlu.
4. Sapu bekas pembakar dengan majerin. Masukkan adunan tadi.
5. Bakar dalam 50-60 minit suhu 180c. Cucuk puding menggunakan lidi untuk uji sama ada sudah masak atau belum.



Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────