Alhamdulillah, hari ini berlalu dgn baik. Panjang betul entry samosa tu ya? hehe.. Gabungan dua hari tuh. Not all dlm satu hari, penatla saya. haha.. Takpela saya penat sekali. Lenkali senang saya nak mmbuatnya dan mmbayangkannya.
Oranglain dah try air soya ni. Saya baru pestime. Air soya saya yg sungguh sedap patinya. Saya kisar guna blender 600wat, sampai jarum 'smootie' tu. Hancuss. hikhikhik..... Kain teh tu pun takde untuk perah serdak. Jadi saya biarkan ia mendak ke bawah jug. Oklah tu. Mr hubby terangkat sedikit keningnya masa minum berbuka. Ini soya buat sendiri? Saya mengiyakan, pastu dia angguk-anguk kepalanya sambil minum berkali-kali. Seronok sungguh rasanya. Oh ya, air soya ni buat awal puasa lagi.... tapi trtinggal ketapi. Terima kasih banyak2 kak Besah, dan mohon halalkan ya :)
AIR SOYA HOMEMADE
Resipi: Kak Besah MyR
sukatan: 4 litre air soya, 4 org.
Bahan-bahan ( 2 jag )
1 cawan kacang soya - (nurindah: saya rendam dengan air sekali ganda paras kacang)
2 jug air (Nurindah: saya guna dalam 2.5-3 litre air sahaja :)
5 helai daun pandan- dibelah & disimpul
gula secukup rasa & 1/2 sudu teh garam
blender & penapis teh (kain)
Cara-cara
1. basuh & rendam kacang soya 4,5 jam @ hingga kembang. cmni rupanya bila dh kembang.
2. kisar 2 senduk kacang tu bersama bersama 4 cawan air hingga halus. buat hingga habis.
3. tapis bahan kisar dgn penapis santan. kumpulkan hampas yg masih basah dlm mangkuk besar. buat hingga habis.
4. tapis air soya sekali lg menggunakn penapis teh utk mengasingkn serdak halus.
akk buat tauhu lembut ambil air soya yg ini.
5. campurkan 1/2 jag air lagi ke dlm hampas soya, ulang proses penapisan dua kali. buatlah hingga hampas soya dah x keluarkan jus putih.
6. masukkan air soya dlm periuk bersama daun pandan & garam. masak sambil dikacau hingga mndidih.awas... ia mudah pecah santan.. eh pecah soya..hehe.biar mendidih dlm bebertapa minit lalu tutup api.
7. boleh campur sekali gula semasa memasak tadi & boleh juga dibubuh kemudian (nurindah: saya bubuh 2 sdm gula)
akk buat puding karamel ambil dari bahagian ini.

salam indah.. bagus2 akak suka entryt indah sekarang ada banyak step by step rajin indah ni mudah nak faham..:) selamat berpuasa indah.. nak soya segelas
ReplyDeletesegarrrr!! sy pnh bt sekali je ni,blh tahan leceh bl nk tapis..minum sekejap je abis..huhu
ReplyDeleteRajin betul la dia ni.. makan berdua je tu.. akak yang makan dgn famili ni pun masak ala kadar je, lagi sejak tak berapa sihat ni..
ReplyDeleteSalam kak Juwita,
ReplyDeletehehe... terima kasih. senang utk saya ingat juga, buat rujukan adik2 juga. :))
Salam Del,
ReplyDeletehaha... mmg leceh bila tabletop tu basah, tapi nasib baik balang blender saya agak besar. jadi takdela jatuh2 sangat. tapis pun banyak kali. Buat macam teh tarik, guna dua mangkuk besar.. hkhik... sabo je. Tapi hasilnya, seronok...
Salam che mid,
ReplyDeleteBila teringin makan, jadi gitulah saya. Teringat makanan bazar ramadhan tu, tapi my hubby takde mood nak pegi. Jadi kita buka bazar kat rumah je.
Moga sihat selalu che mid..