Salam sejahtera,
Sebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, senang sebelum faqir, hidup sebelum mati.
Sepanjang bertahun ini, kami menyaksikan banyak perkahwinan, banyak kelahiran anak, dan beberapa kematian. Yang lama dahulu, kisah teman sekolah yang accident, dan isterinya meninggal dunia bersama anak dalam kandungan. Muda lagi... tapi dah kehendak Allah.
Malam tadi hubby balik, katanya dari melawat kawan yang sakit. kanser usus katanya. Allah, baru 30 an, isterinyalah sekarang yg bekerja menampung keluarga. Mujur, agaknya, mereka belum ada anak, jadi tiada tekanan dari segi itu. Cuma, sayangnya...mereka tiada insurans medical.
Aneh, kilang memberi manfaat 4 tahun sekali, medical checkup. Sekalipun tak dapat kesan kanser yang stage 4. Agaknya, kita tak boleh berharap kpd medical chekup di tempat kerja yang mngkin tidak menyeluruh.
Semua itu dah ditentukan, sama ada ada orang di sisi kita, atau kita keseorangan. Ingatlah, selagi ada iman.... Allah sentiasa dekat. Moga sahabat hubby itu diringankan sakitnya dan dimudahkan usaha untuk berubat. Doakan utk saudara muslim kita, ya.
Ada nampak kesan putih? Ada kesilapan pada cetakan ayat di atas. Saya perbetulkan atas teguran seorang sahabat. Bacaannya yang putih tu berbunyi 'syifaauka'. Mohon maaf.
Teringat, masa melawat arwah Abah di hospital Kota Bharu dulu,kalau tak silap, doa inilah yang terpampang di dinding pintu masuk lif , (adab-adab melawat orang sakit). Saya ambik gambar guna handset je. Setiap kali masuk lif, saya pandang dan baca bersama maknanya. Saya tahu harapan dah tak tinggi. Arwah abah masuk hospital lama, 3 bulan.
Semasa mengikuti pengajian syeikh Nuruddin yang sehari sebulan, saya berdoa semasa pengajian, agar dgn berkatnya diampunkan arwah abah, dikurangkan sakit dan dimudahkan segalanya. Namun harapan saya masih tinggi sebenarnya, saya berharap arwah mahu melawat rumah baru saya, mahu menghadiri kenduri doa selamat rumah saya . Mampu menjadi wali kepada adik-adik perempuan saya....
Saya masih berharap abah sembuh walau seketika.
Justeru, meskipun saya bercakap begini, ia tidak bermakna saya mampu mendengar orang bertanya-tanya ttg arwah abah kepada saya. Saya terkilan sebenarnya, sedih... Tapi tak apalah. :) Semoga doa ini menjadi penawar hati saya.
P/S: MIHAS (pameran halal) di KLCC dan pameran barangan hiasan rumah di PWTC dah bermula. Sesiapa yang berhajat, jomlah! Saya dan suami rasanya mahu melihat barang utk rumah. Pastu nak tengok makanan. :)
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMaaf, ada sedikit kesilapan pada doa di atas. Selepas إِلا sepatutnya شِفَاءكَ
bukannya شِفَاذك
Wallahu A'lam :)
Waalaikumsalam,
ReplyDeleteTerima kasih ano, saya dah padamkan huruf za tu. Teringat lagu sammi yusof..judul healing. hehe.