Salam sejahtera, selamat petang,
Apa khabar semua? kami baru balik dari kenduri. Alhamdulillah, My Hubby dah bole drive dekat2.
NAZAR
Ramai orang yg saya kenali bernazar. Setakat ni, saya tak bernazar apa-apa, kecuali last masa sekolah dulu. kata orang, kalu kita bernazar, kita akan cepat dapat apa yg dihajat atau cepat sembuh.
Tak tau nak bernazar apa. Sungguh saya berpuas hati dgn apa yg dimiliki sekrg.
Rezeki yg tidak susut, tubuh badan yg masih kuat, adik2 yg ada pekerjaan dan berdikari, ibubapa yg tidak sakit yg kronik2, rumah telah bersewa, masih mampu makan dan minum sedap2 setiap hari, juga pasangan hidup yang mendamaikan hati dan memberi kita sebab untuk terus kuat menghadapi segala ranjau hidup.
Qanaah, suatu yg bukan mudah dicapai. Malah kerungsingan saya buang jauh2. contohnya sakit, Allah berfirman sakit itu sebagai kifarah dosa? Allah berikan kita landasan supaya, mengikut sunnah Rasul supaya tidak mudah jatuh sakit. Zikir dan doa yg diturunkan kpd Rasul, melalui para shabat, dan aulia', iaitu...:
Allahumma a'fini fi badani, allahmumma a'fini fi sam'i, allahumma a'fini fi basori = Ya Allah, berilah daku kesihatan tubuh badan, ya Allah berilah daku kesihatan pendengaran, ya Allah berilah daku kesihatan penglihatan. Semua kumpulan doa itu ada di dalam AL-MATHURAT....
Saya bersedih bila, sentiasa diingatkan kepada perkara2 yg saya dan suami sendiri tak mampu adakan kecuali ngan izin Allah....seperti bab anak, duit lebih untuk ganti kereta kancil, kedai yg tak aktif, atau beli pakaian yg cantik2 dgn duit dapur....camana? Saya ingin qanaah, qanaah, qanaah.... kuatkan hati, dan sabar. sekurang2 saya tak mahu susahkan hati Hubby yg sedia susah...
Dah, usah2 bersedih lagi, saya tayang gambar buah mangga yang sedap2 nih! bukan bagi terliur, tapi pengubat rindu buat mereka yg dah lama tak nampak pokok mangga... :)

assalamualaikum nur.
ReplyDeletekakchik cukup suka membaca entri nur yang ni. ya, nur. kita sama-sama belajar menjadi insan yang qanaah, bersyukur dengan pemberiannya dan berusaha menjaga amanah yang diberi ini dengan sebaiknya iaitu amanah nyawa kita.
persamaan kita yang utama ialah anak. semoga Allah mengurniakan kita rahim yang subur yang bakal melahirkan mujahid Islam suatu hari nanti.
p/s: sedapnya kalau dapat makan mangga tu. nur tanam sendiri ke? untung berbudi pada tanah.
Salam nur...
ReplyDeleteSalam Maulidurrasul...Moga sempena hari kelahiran Nabi SAW 12 Rabiul Awal 1431 semalam, sama2 lah kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulallah SAW. Mantapkan lagi ilmu mengenal Rasulallah SAW dengan lipatgandakan usaha membaca Sirah Nabi serta cuba untuk khatam kitab Riyadhus Shalihin yang terkandung hadis Nabi SAW...InsyaAllah..
Ohh bestnya mangga banyak2 tu nur....sedap tuh buat jeruk pauh... hehe
Hello Nurindah, those are beautiful mangos. I guess must be very sweet when ripe.
ReplyDeleteYou can cook mango sambal with it when ready, ha ha.
Have a pleasant weekend, best regards, Lee.
salam kak chik,
ReplyDeletesaya selalu berasa rendah hati, tapi kdg2 terluka juga. hanya qanaah membuatkan hati berasa gembira ngan apa yg ada.
takpe kak, sabar jela. ramai yg syorkan saya jumpa bomoh itu dan ini. bila risik2, macam was2 plak. Belum jumpa org yg betul. :)
kak chik,
ReplyDeletepokok pauh epal tuh. hish, sedap bila masak.. MIL suka petik bila masak jer. FIL yang tanam. :)
hi uncle Lee,
ReplyDeleteMemang manis bila masak. kat sini, orang panggil mangga epal, sebb buahnya bulat2. mango sambal? hihi, lambat lagi masak tu.