Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Thursday, November 26, 2009

gantung kak raya Aidil Adha- yang sempat kutip.


 


nasi kerabu sempoi : ikan percik, nasi kuning, keropok, acar, dan bekal kek ke banting...



Salam sejahtera,


Dah tengahari, baru siap pack. Hm.....
Kami dah nak balik ni. Take care semua. Saya tayang gambar2 ini. Maaf tak sempat jenjalan...


Resipi saya taruk kemudian, ya.....:)




 

 



Bekal kek untuk my MIL.....hihi. Kek gula hangus dan kek coklat....


Wednesday, November 25, 2009

SIRA LABU

Sira labu yang nostalgik. Dulu biasa ada masa kenduri kat kampung saya. Skarang, dah tak ramai yang buat.


Salam sejahtera, selamat petang.
Masih sempat saya postkan. Insya Allah, esok, kami bertolak ke banting. Kena balik awal skit sbb, kesian kat My MIL(mother in law) yang selalu rajin buat rendang daging siat untuk hari Raya.Penat tuh, nak siat2. Rendang siat my MIL amatlah sedap. My Hubby, kalu makan rendang tu, memang siap rantah lagi. Insya Allah, awal pagi esok, kami sampai ya mak...


Petang ni, saya buat sira labu. Resipi dari blog kak Fzi, Blog kakak sorang ni, memang pure masakan pantai Timur....Saya kalau rindu nak tengok lauk pauk Kelantan, akan singgah sini. Dah lama tingin nak buat. Fuh,,..sedapnya menghirup-hirup kuah sira labu ni...Saya tak rendam ngan air kapur sebab takde. Jadi, labu ni cepat empuk. Kuah pun tak sempat likat skit...haha. Teringat kampung halaman nun jauh di Besut. Banjir ke? Terkenang pada mama, abah dan adik2... 



Terlebih kuah. Saya tak rendam ngan air kapur sebab takde. Nasib baik tak hancur sangat.

Buat rujukan, saya copy paste resipi labu sira ni.Minta izin ya kak Fzi...

Resipi Sira Labu

* Setengah biji labu dikupas kulit, dibasuh dan direndam air kapur *saya rendam dari pagi, petang baru dimasak(fungsi air kapur untuk buat labu lebih kental dan cantik bila disira)*
* Setelah dibasuh bersih, sejatkan.
* Masak gula secawan + air + 2 helai daun pandan yang disimpul + tujuh lapan biji bunga cengkih + dua tiga titik pewarna kuning *untuk kasi ceria kaler*
* Masukkan labu, taburkan sedikit lagi gula di atasnya.
* Masak lah sampai air sira cair-cair likat.
* Dah siap.....



Menu dinner : udang mentega oat, sayur sawi suhun foocuk goreng, masak lemak ikan talang masin


Udang mentega oat,  yang tak pernah mengecewakan. Inspirasi dari kak Maz Bahrain...

Salam sejahtera, selamat pagi,
Dinner malam tadi, udang mentega oat, sayur sawi suhun foocuk goreng, masak lemak ikan talang masin. Dessert kek pisang dan kek gula hangus yang saya buat petang tadi. My Hubby, kurang makan kek manis2, tapi at least dia komen sedap..Alhamdulillah. ;)

Tak larat tulis banyak sbb, arini, kerja banyak. Malam ni, atau esok, nak balik Banting. Take care ya... :)


 
sayur sawi suhun foocuk goreng.



masak lemak ikan masin



Tuesday, November 24, 2009

KEK GULA HANGUS



Salam sejahtera, selamat petang,
Actually, masa baking kek pisang, saya tengah perap adunan kek gula hangus ni.  Saya perap dalam 4 jam.

First trying....Alhamdulillah, menjadi lobang2 kek gula hangus tu... Suka sangat2....Ingat nak share ngan  My MIL(mother in law). Bab baking memang dia suka.  Sempat saya potong kecik2 bagi jiran2 rasa.  Thanks a lot to Kak Watie yang tayangkan resipi ni.  ;) 

Resipi ni, agak senang nak ikut. Menjadi lak tu. Sedap......!

Saya copy paste resipi  dr umah kak watie, , mintak izin ya kak watie... :)




KEK GULA HANGUS - Widad@Myr, asal  resipi dari rumah Che Tam

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega
Cara-cara
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam 

Hitam menawan, baru masak ni....

Sorang sepotong ya.... :)


Banyak, kek pisang ni...


Alhamdulillah, kek pisang ni, naik cantik. 
 walaupun guna pisang lain, bukan pisang mas, nampak juga serat2nya tu...hihi

Salam sejahtera, selamat petang,
Petang ni, penuh rumah saya dengan kek pisang. Nak tahu kenapa? :) Saya buat projek kek pisang.  Terliur tengok cupcake pisang kak Am. hihi. Bahkan, saya pun perlu habiskan balance pisang yang ada.  Kata kak Am, resipi di MYResipi.  

Cari punya cari, saya jumpa  Resipi kek pisang sempoi sofinar@myr.Klik sini untuk resipi.  Resipi yang senang sangat2.. tapi saya tak bubuh ovalette je, sbb takde. Saya ingat, nak masuk bg testimoni, tapi, Myresipi tak bole masuk. Jadi, takdpt la mitak izin tuan punya resipi... 

Banyak juga dapat. Berbaloi betul... Dari 3 biji pisang kecik tu, + tepung 180gm dll bahan iringan lain, dapat 26 biji cup cake.  :)  Sedap dan moist.  Apapun, saya tayang2 gambar kek pisang  ni.... :) 


sebelum kejadian


selepas kejadian

tayang lagi..hihi

Dari 3 biji pisang ni + 180gm tepung.....

Jadi cup cake pisang sebanyak ni...26 biji cupcake tu... berbaloi kan? :)

Bekal nasi


Lepas breakfast, my Hubby nak bawa menu ni buat bekal. :)
Alhamdulillah, rasa cergas kembali pagi ini. Suami saya balik cepat malam tadi.Tak lepak lama2 kat kenduri. Katanya kenduri doa selamat sbb berkhatan. Ramai budak2. Ya jugak. Cuti sekolah ni akhir taun ni, selain musim hujan, juga musim berkhatan.
Saya shy - shy sebab tak pergi.  :) Biasanya kaum wanita menolong skit kat dapur. My Hubby pun balik keja lewat. jariku pulak pedih je. Segan seh...

Lauk yang paling simple malam tadi, masih ada balance. Kami buat breakfast. Then, suami saya nak bawa balance nasi dan lauk, buat bekal. Slalunya, saya bekalkan sandwic, dan kudapan ringan. Masa ni, teringat kak watie, yang skarang laju dalam bisnesnya. Moga sukses ya kak watie... :)


Monday, November 23, 2009

Tofu telur sos tiram dan 'i am alone'

Tofu telur bersos
Salam sejahtera, gud night,
Ada masa lak nak buat entry malam ni. Actually, suami saya gi kenduri doa selamat di rumah kawan sepejabatnya, abang Hanazli.Sepatutnya saya pun ikut. Tapi, rasa badan kurang sihat. mata pun berpinar2 dari petang tadi. Jari yang terhiris masa potong ulam kelmarin pula rasa pedih bila buat kerja.
Belom bagitau hubby saya kerana dia bergegas nak ke kenduri. Just mintak excuse, kata kurang sihat. Syukurla, dia memahami. Buat abang Hanazli dan isteri, mohon maaf banyak2 ya. Hubby tak bagitau pun kenduri untuk apa, tapi, memang terpaksa excuse, wakilkan suami jer. :)
Untuk alas2 perut makan sesorang, saya masak tofu telur sos tiram, tempe masak bening dan sambal udang. Sempat amik gambar tofu telur je. Bateri kamera dah abes... Gud night ya. Nak rest.

UPDATED RESIPI

TOFU TELUR SOS TIRAM - sendiri

2 bungkus Tofu telur - (jenis panjang) potong bulat2 sebesar 1/2 inc,
2 ulas bawang putih - ditumbuk
3 sdm sos tiram
2 sdm kicap manis
2 sdm sos lada hitam
air untuk kuah

1. Goreng dahulu tofu telur hingga skit garing di luar. Angkat. Tuang minyak lebih.
2. Dengan skit minyak, tumis bawang putih, masukkan air. Masukkan sos tiram, sos lada hitam, kicap manis. Kacau rata. Bila kuah agak pekat, dan mendidih, masukkan tofu yang digoreng tadi. Biar sekejap. Tutup api, dan hidangkan.


LAKSA PENANG dan dunia kami yang ceria kembali


Alhamdulillah, My Big Boy yang baru lepas treatment, kata laksa ni sedap... hihi

Salam sejahtera, selamat pagi,
Dalam 2 hari, dunia saya agak muram
kerana hubby terlalu risau pasal telinganya yang tersumbat.Petang kelmarin, kami gi klinik lagi. Tujuannya nak mintak surat refer klinik pakar.
Doc klinik  tersebut check lagi.Ada jerawat dalam telinga.
Katanya, ada luka kecil semasa guna cotton buds. Dan luka tu bengkak.

Doc buat treatment dengan cara inject suatu cecair ke dalam telinga suami saya.
Rasa nak nangis je tengok suami berkerut menahan pedih. Alhamdulillah, semua kotoran keluar dan pendengarannya jelas kembali. Kata suami saya, lebih jelas dari sebelum sakit. hihihi.

Hati saya beronak riang.
Hati isteri mana yang tidak riang melihat wajah suami kembali ceria. Cuma satu jer buat saya terkilan, saya yang tolong bersihkan telinga suami guna cotton buds. Langsung tak tau effectnya. Doc cakap lepas2 ni, "Jauhi  COTTON BUDS", for my Hubby jer la. Saya guna okay. :)  Kalu lenkali tak dengar lagi, kena jumpa doc lagi, buang kotoran. My Hubby takleh guna cotton buds, sbb ia problem yang berulang.


Alhamdulillah, doa saya termakbul. Kami tak payah pegi klinik pakar. Thanks a lot pada kakak2 dan member yang bagi suggestion dan doa. Kami amat hargai.

Malam tadi, saya buat laksa. Ikan dah rebus awal2 da. Tinggal kisar dan masak kuah dan rebus laksa kering. Masa potong ulam2 ni, jari saya pula yang terhiris. Sib baik skit jer. Tapi ngada juga la. ihiks...mintak hubby potong ulam dan basuh pinggan....ihiks...

laksa penang dan pelengkapnya 

LAKSA - sumber majalah

1 paket laksa (saya guna laksa kering jenama EKA - direbus hingga empuk)

KUAH :
600gm ikan sardin - direbus, ambil isinya sahaja, dan dikisar kasar.
2 liter air rebusan ikan
5 ulas bawang merah - kisar
5 biji cili padi - kisar
4 ulas bawang putih -kisar
2 cm belacan -kisar
4 keping asam keping
1 sdb cili kisar / cili boh
2 kuntum bunga kantan - belah memanjang
4 tangkai daun kesum
garam secukupnya

Cara memasak kuah:
1. Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk.
2. Biarkan mendidih dan kuahnya agak pekat
3. Tutup api dan sedia dihidang.

PELENGKAP LAKSA:
4 biji telur rebus - belah 2
Limau kasturi - belah 2
2 biji bawang besar - jika suka, dihiris bulat
5 biji cilimerah - jika suka, dihiris2
1 batang timun - buang empulur dalamnya, dan yang lain saya cincang kasar.
1/2 biji salad - jika suka
kacang panjang / kacang buncis - saya hiris nipis2

Tips dari My Hubby's Mak Ngah : Banyakkan ikan, lebihkan sikit belacan, kurangkan pedas, guna ikan yang masih segar.
Tips lain :
1. Penting kuahnya tak terlebih masin
2. Laksa sedap kerana masamnya, bauan daun kesum dan bunga kantan, ikan yang banyak, belacan.
3. Bila merebus ikan, masukkan asam keping untuk ikan tahan lama, lengkuas dan skit garam.
4. Reneh perlahan bila dekat masak.


laksa yang siap direbus

 kuah laksa 


ulaman yang mana ada jer.... :)

selain kuah, telur rebus menjadi penambat rasa laksa.


Sunday, November 22, 2009

Catatan my Hubby


Pagi ni, kami tergesa-gesa nak ke pasar pagi, beli lauk-pauk dan sayur mayur. Breakfast beli je. Saya terbaca catatan hubby tadi untuk wordpressnya. Kasihan melihat keresahan suami saya pada kedai yang kami beli kat Season Square.

TEH TARIK, TEH O - catatan dari My Hubby.
Seorang jutawan pernah menasihati saya ketika kami sedang bersarapan. Di hadapan kami terdapat 2 gelas. Gelas pertama berisi teh O dan yg kedua berisi teh tarik. Nasihatnya kepada saya, setiap drpd kita inginkan teh tarik, tetapi buat masa ini, apa yang ada di hadapan kita hanyalah teh O dan itu sahaja yg kita mampu pada masa ini. Jangan lepaskan peluang, dapatkan teh O. Kita hanya perlu menjualkan teh O itu dan menambah sedikit wang lagi bagi memiliki teh tarik. Tetapi apabila pada masa kita mampu dan bersedia bagi memiliki teh tarik tanpa perlu menjualkan teh O maka, kita tidak perlu melepaskan teh O itu.
Kaya dengan Rumah - Syamsuddin Abdul Kadir

Analoginya, teh O ibarat rumah apartmen, manakala teh tarik ibarat rumah teres 2 tingkat. Memang sukar untuk dapatkan penyewa yang terpaksa membayar wang yang lebih demi keselesaan berbanding rumah apartmen. Shamsuddin telah memberi pengajaran yang bermakna kepada saya.

Inilah keresahan suami saya yang tersayang....
Bagi sesiapa yang ingin menyewa lot kedai Season Square di Damansara Damai (teh tarik saya) di tingkat dua bolehlah menghubungi saya. Luas 454 sqft. Berdekatan dengannya ada McD dan terminal bas yang sedang dalam pembinaan.


http://www.mmail.com.my/content/13015-bus-terminal-damai-damansara-residents
Komen dari hartanah otai tentang season square,
http://tipshartanah.wordpress.com/2006/11/10/seasons-square-damansara-damai/


Saturday, November 21, 2009

Sambal fishball, sayur kobis masak bening, ikan masin goreng




Salam sejahtera, selamat pagi,
Suami saya balik kerja malam tadi, terus dia bagitau, dalam telinga dia bengkak. Doktor kat kilang dah bagi antibiotik dan ubat klinik. Sepanjang hari tu, takde pun suami saya bgtau pasal  bengkak tu. Sedey tau, bila hubby main sorok2...
Sebelum ni, katanya telinga seblah kiri tu dah dengar skit. Saya pun lega. Lagipun, kna dgar arahan doc, baru cepat sembuh. Kena rajin taruk ubat ear drop. Dan bersangka baik atas ujian Allah.


Nampaknya, suami saya agak risau. Jadi, balik keja malam tadi, dia terus baring kat tilam.Dia  mintak picit2 tepi telinga yg sakit. La, sakit kat dalam telinga la bang...tapi saya tak berani nak gelak.Cakap dalam hati jer... :) Akhirnya kami sama-sama terlelap . 

Saya ada masak untuk dinner. Simple2 jer. Sayur mangan bening memang kesukaan suami saya tambah ada ikan masin. Ada dua menu ni, pun suami saya dah tak pandang lauk lain... Untuk tambah, saya godek2 buat sambal fishball...Ini saya yang suka makan. ;)

Breakfast pagi tadi, maka saya panaskan sayur dan nasi. Jadi, kami pun makan nasi for breakfast. Erk...kenyang. Maaf ya , kami makan dulu...  :)


 
sayur kobis masak bening

 
ikan kembung masin goreng. Ikan ni, bukan macam ikan kering tau, tapi macam dijeruk dalam minyak.

Friday, November 20, 2009

LIGHT CHEESE CAKE


 Walaupun tidak segebu kek kat kedai bakeri, rasanya yang hampir sama dah buat saya happy sesangat...

Salam sejahtera, selamat malam,

Kali kedua membuat kek keju. Alhamdulillah, semakin menjadi. Percubaan pertama, meringue tak cukup kembang sampai adunan terbalik tak jatuh tu...hihi. maka, jadi macam kuih lapis.
Cubaan kali ni, saya sabarkan hati, tunggu sampai cukup2 adunan putih telur tu betul2 cam meringue... memang menguji kesabaran. kejap2 tengok. tak cukup kembang lg ke? hihi.

Bagi orang yang baru nak berjinak-jinak ngan kek macam saya, memang perlu kesabaran buat kek keju. Masa double boil cream cheese memang sonok je. Tapi, masa membakar, fuh, satu cabaran juga. Bekas untuk adunan saya agak besar. Bekas  besar untuk lapik loyang adunan dan diletak air panas tu, rendah sangat tingginya. Jadi, menggelegakla  air dalam oven. Abis nitik-nitik air. Nasib baik ok jer...


Pastu boleh pulak saya pusing heater "both". Nasib baik cepat2 tukar "bottom". Ikut resipi, sepatutnya adunan ini kena buat 2 bekas, set  masa 40-50 min. Saya masuk 1 bekas je, jadi kena bakar lama sikit, dalam 60 mint.

Itulah, pengalaman saya, yang baru berjinak2 buat kek keju. Memang faveret saya nih! Lenkali tak yah beli kat Giant atau Tesco lagi. Hihi...

P/S: Resipi ada di bawah... :)


LIGHT CHEESE CAKE - sumber buku Essential pastries & cakes - Chef Jimmy Chang
(saya ringkaskan cara buatnya)

Bahan 1 : (Semua bahan 1 dicampur, dicairkan guna kaedah double boil, dan tepikan)
300gm krim keju
150ml susu penuh krim
50gm gula aising, diayak

Bahan 2: (dimasukkan ke dalam adunan  1 bila adunan 1 dah cair)
3 biji kuning telur
30gm tepung jagung, diayak

Bahan 3: (semua bahan 3 dipukul dalam bekas berasingan sehingga jadi meringue)
3 biji putih telur
90gm gula aising, diayak

Cara-cara:

1. Semua bahan 1 dicairkan menggunakan kaedah doble boil. Diatas air yang panas, bukan mendidih. Bila dah sebati, keluarkan bekas dr bekas air panas tu.
2. Masukkan kuning telur dahulu. Kacau sebati. Baru tambah tepung jagung. Kacau sebati. Dan biarkan.
3. Pukul putih telur dan gula aising dengan mixer atau hand whisk sampai adunan likat dan kembang. (cara meringue- sampai adunan, jika dituang tak jatuh).
4. Masukkan 1/3 adunan putih telur tadi, ke dalam adunan yang siap didouble boil tadi. Adun lembut dengan spatula. Kemudian, masukkan baki adunan putih telur, dan kacau sebati.
5. Masukkan adunan siap ke dalam bekas pembakar.
6. Tuang air panas 1/3 penuh ke dalam bekas pembakar yang lebih besar dan leper dr bekas kek tadi. Letak bekas kek tadi ke dalam bekas berisi air panas tadi. Bakar pada suhu 180c selama 40-50 minit, sehingga permukaan kek berwarna keemasan dan bila dicucuk lidi, ia tak melekat. Saya guna api "bottom" sahaja.

** Adunan di atas untuk 2 bji kek bulat bersaiz 6 inci.



Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers