Cara sempoi untuk dapatkan ikan ala stim. hasilnya ikan stim yang yummy!
Ikan ini buat lunch kelmarin. Alhamdulillah, adik2 cakap simple dan terasa manis ikannya. Kuahnya harum tanpa tambahan bahan perasa.... ;)
Malam tadi, hantar My SIS Nura, ke Hentian Putra. Dia balik dahulu. Tinggal My SIS Nurul saja kat sini. Nurul masih cuti, sehingga Disember. Januari akan balik Maktab....
Jadi, dia plan nak tinggal kat Selangor dalam 2 weeks. Jadi minggu ni, saya masih berteman.
IKAN BAKAR ALA STIM
3 ekor ikan yang besar atau sederhana besar - dilumur garam secukup rasa. (dikelar)
2-3 ulas Bawang putih - dihiris memanjang halus2
2 inci halia - dihiris memanjang halus2
Carrot - dihiris memanjang halus2 (Jika ada)
CARA:
Gaul semua bahan hiris dengan ikan. Perap 30 mint. Panaskan oven. Sediakan aluminium foil. Susun ikan di atas aluminium foil, dan bungkus rapat2. Bakar selama 30 minit, sehingga naik bau dan masak dengan suhu 180c.
No comments:
Post a Comment