Salam sejahtera, selamat pagi,
Alhamdulillah, kami selamat sampai malam tadi di rumah. Apa khabar semua? Mesti sibuk, kan? Anak-anak bakal memulakan musim persekolahan tahun baru. Tahniah buat anak-anak yang dah boleh berdikari dan pergi sekolah naik bas atau van skolah. ;) Saya dah biasa dulu time jadi guru tadika mahupun taska. Ada yang boleh berdikari. Ada yang tak mahu ditinggalkan mama dan abah. Tak apa, Insya Allah, mereka akan biasa.
Sabtu, saya dan suami ke Seremban untuk menghadiri majlis perkahwinan teman karibnya masa di sekolah menengah.Ada 3 pasangan yang datang. Datang kul 1pm, kami balik dari kenduri pun hampir pukul 3pm. Maklumlah, berbual-bual dan sesi bergambar. Lepas tu, singgah di Nilai. Maka shopping sakanlah saya. Ahaks...
Alhamdulillah, ada rezeki ganti langsir baru. Wane silver, lace dalam wane hitam. Baru mintak my SIL bagi kat kawannya supaya jahitkan.Saya...ehem, tak reti la jahit langsir.
Ahad, My MIL teringin nak gotong royong buat bubur asyura, tetapi, saya, Hubby dan My BIL terpaksa balik awal, kerana ada hal. Sempat pergi Banting kejap, ke kilang kerepek, dan beli plastik. Akhirnya My Hubby dan saya berkenan pada Digital Electronic Scale ni.
Kemudian, kami terus ke KL, update buku library. Dah seminggu lewat. Kena denda RM 2 lebih.
Kemudian, kami singgah Bro-Arts, ambil stok t-shirt baru dalam 63 pcs. Alhamdulillah.
Pastu, kami shopping lagi...ihiks, barang2 rumah lak ye. Akhir2 taun ni, banyak COMBO PACK. Jadi, kami pun amek peluang beli . Di antara ribuan barang kat Giant Bt Caves tu, ni la barang versi Combo Pack yang kami ambil ikut keperluan. ;)
salam kak...borong sakan nampak....
ReplyDeletesalam nur..amboiii...sakan memborong..hehe..kalau x kisah,berapa ye sebijik digital scale tu?
ReplyDeleteSalam alimaz,
ReplyDeletekaka. tak semua masuk list tu. kena tahan2 skit. ;)
salam kak hasue,
ReplyDeletekami beli digital scale tu RM 90 untuk berat 5kg, lepas menawar. harga asal RM 119. Harga scale 2 kg, murah sket.