Saya sempat bekalkan untuk My SIS Nura, untuk bekal dalam bas, dan untuk parents kat kampung..:)
Petang kelmarin, saya buat nan pizza. Saya mintak adik2 susun sosej, dan tabur cheese. Senang ada assistant skarang ni. heheh.
1 keping kami try, 2 keping untuk Nura yang siap bakar cheese, 2 keping saya freeze selepas topping segala untuk breakfast.
Jadi pagi ni, kami breakfast pizza. saya bakar 1 keping untuk My Hubby nak bawa ke pejabat. 1 keping, untuk saya dan My SIS Nurul. Minum air susu dan Milo...
NAN PIZZA - untuk makan 8-10 orang
1 bungkus roti nan (ada 5 keping roti nan) -(saya guna jenama Nature's bake beli kat Tesco)
1 bungkus sosej ayam (8-10 batang) - rebus hingga masak. Potong bulat2. (biar sejuk)
3-4 sdm Sos cili + 3-4 sdm Sos tomato - dicampur skali
Mozarella cheese - shredded
CARA:
Sapu sos tadi, ke atas roti nan. Susun sosej. Dan tabur cheese. Panaskan oven 180c. Bakar 5 minit sahaja, atau hingga cheese cair. Guna heater "TOP" sahaja.... Terpulang pada selera kegaringan roti masing2...hehe
Nota Terbaru 5 DEC 2010: Untuk garing/crispy di tepi, panaskan oven 15min, suhu 150c. Lepas tu, baru masukkan nan pizza. Set 10-12 minit. Nampak garing tepi dan perang2 kat atas cheese. Keluarkan pizza. Potong panas-panas
8-10 batang sosej, untuk 5 keping pizza yang memuaskan hati.
sebelum bakar nan pizza. Letak cheese banyak2. Posing...
selepas kejadian. Saya bakar hangus skit untuk rangup.Jom tarik cheese....hehe
Ini juga menyenang kan kerja instead uli2 buat doh....kan!!
ReplyDeleteooo ...sbb guna roti nan, tu yg bagi nama Nan Pizza tu yer... teringat kat pasar malam ada jual Zan Pizza, anak2 panggil Pizza Tarzan!! he,he..
ReplyDeletesalam kak watie,
ReplyDeletehihi. kalu ada Cik BM (bread mixer), tingin sgt nak wat roti-roti gebush cam orang lain. saya ni, rajin sgt nak uli tepung. nasib baik la, yg instant ada. haha.
salam kak noorma,
ReplyDeletetarzan? hahaha. saya teringat pizza kat satu gerai pasar malam kat Bkt Sentosa. roti dia cam Nan jer, tapi topping dia, hui...cam topping pizza ori! plg sedap yg ada cendawan tuh! ;)
Salam nur...
ReplyDeleteWow! wat pizza la...bagus gak idea nur ni ya senang wat guna roti nan jerk...thx.. nur ni selalu kasi idea kat akak...kalu wat camni tentu akak takyah gi cari pizza kat pasar malam BS tu lagi...hehe
salam kak fzi,
ReplyDeletehehe. saya pun suka gerai pizza kat Bkt Sentosa tuh. :)
gud! tapi kalau tabur sedikit oregano walla... :)
ReplyDelete@kak aini: Salam kak. Oh, kalu tabur oregano sure semerbak bau pizza. :D
ReplyDelete