Biar jadi macam umah orang lain skek. kaka. Caya tak? Dah 3 taun, kami dok umah ni, satu sofa, tv, katil, pun tak beli...? ;) Apa punya kedekut tuan rumah ni ya?. Eh, tidakla, kami ni buat persediaan klau2 bos kata nak pindah. Maklumlah, rumah sewa. Kondo aka apartment lak tu.(bukan kondo betul tau, pangsapuri jer) Nasib baik tingkat 1. Lif rosak pun, angkat lutut.
Setakat ni, kawasan apt ni, kurang gangguan pekerja asing, walaupun kat apartment depan2 pintu gerbang MK tu, ramai pekerja asing dudok. Kat Bkt Sentosa apatah lagi.
Belum lagi, nak bayar hutang-piutang, bagi kat mak ngan ayah, dll lagi. Anak? Ramai yang tanya, tapi, buat apa saya nak sedey2. Saya percaya pada Qada' dan Qadar. Allah belum bagi rezeki lagi. Cara biasa, kami dah guna. Cara mahal, tak mampu. Alhamdulillah atas rezeki yang ada. :)
Subhanallah,Alhamdulillah, Allahuakhbar walaupun ANAK sebab utama saya menyendiri dari menghadiri majlis majlis terdekat, kecuali saudara-mara dan atas permintaan suami, saya masih bersyukur, hati ini tidak terguris mendengar teguran sinis orang, orang tua yang berbisik2 pada Hubby, teman2 yang kurang peka pada jiwa sunyi seorang wanita.
Ya, saya bukan lulusan Universiti, hanya SPM. Saya kurang bijak, dan dari keluarga susah. Maka, saya susah nak mendapat pekerjaan tanpa shif di kawasan Bkt Beruntung ini....Selepas kawen, rasminya saya menganggur dari pekerjaan saya, guru tadika dan taska. Maka, saya menjadi Online Biz buat pertama kali di BicaraJutawan.com, dan wanitaniaga.com pada Mac lalu. Saya pernah gagal. Tapi, jangan gunakan kegagalan itu alasan, melainkan inspiring you more!
Walaupun begitu, saya sentiasa berharap...agar adik-adik saya menggunakan peluang yang ada untuk melangkah cemerlang dalam hidup dan pelajaran. :)
Tiada kesenangan melainkan kita melalui kepedihan. Insya Allah...., selamat berjaya buat semua teman-teman... :)

No comments:
Post a Comment