Tomyam ayam yang mudah dan cepat dimakan. hihi
Saya dah rasa semakin baik. Moga mendung terus berlalu. Moga kebahagiaan terus bersemi, moga keceriaan sentiasa menyelubungi.
Malam ni, saya rasa lapar sangat-sangat. Mungkin kerana seharian tak rasa lapar...... hehe.
TOMYAM AYAM
1/2 ekor Ayam - potong kecil2 (ambil bahagian tulang lebih manis)
1 inci Halia
1/2 biji Bawang besar - dihiris
1 ulas Bawang putih - diketuk
3 biji Cili padi diketuk
1/2 periuk kecil Air
Perencah Tomyam Adabi (biasanya dah ada sedikit garam)
Sayur - dipotong2 (saya guna kobis cina, sebab takde sayur lain)
1 paket Cendawan
Garam secukup rasa
CARA:
1. Rebus ayam dengan halia sehingga ayam empuk.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, dan perencah tomyam. Biar sekejap.
3. Masukkan sayur, cendawan dan cili padi, garam secukup rasa. Biar sayur sedikit layu.
4. Angkat dan hidangkan
Salam Nur,
ReplyDeleteTom yam ni kalau dapat tak de nasik pun takpe.. ratah je sampai kenyang..:)