Sarapan kami pagi Sabtu : RESIPI DI POST BAWAH
Kami akan balik ke Banting lagi hari ini. Kali ni, dalam 4 hari. Hari Selasa baru balik Rawang, sebab MY FIL (father in law) akan menjalani operation di Hospital Klang. My Hubby akan teman.
Saya mungkin di rumah Banting, sbb My MIL (mother in law) kurang sihat. Dia sesak nafas malam tadi. Dugaan....Moga mak dan ayah cepat sembuh...Saya akan OFFLINE selama 4 hari ni, ya. ;) Salam windu...
Salam sejahtera, selamat pagi,
Disember tahun ini, ialah bulan yang agak memenatkan. Dari urusan syarikat dan bisnes online, rumahtangga, kos operation, adik2 yang bertamu minggu lepas, masalah parents saya di kampung, My MIL yang tak sihat, My FIL (Father in law) yang akan buat operation di Hospital Klang Selasa depan...
For Personal: Memenuhi bajet TAX Pendapatan untuk buku dan alatan sukan, Menunggu keputusan Insurans Prudential, Hubby perlu cuti lagi untuk menemani My FIL di wad, bajet rumahtangga untuk tahun 2010... huhu
For business : Renew Pendaftaran syarikat kami : TJX Gemilang Enterprise di SSM dah selesai. Urusan pembelian stok t-shirt juga sdg diuruskan, permohonan agen, pembelian domain, update data jualbeli dan akaun akan dibuat untuk urusan Tax 2009.
Ini tahun pertama kelahiran website portalniaga kami dan blog indahhouse kami. Saya yang dari buta HTML, sampailah skit pandai. Semuanya hasil bantuan My Hubby,teman di portalniaga, dan juga bloggers internet...
Plan yang mencabar minda kami berdua....Moga dipermudahkan Allah.
Salam Kak Nur,
ReplyDeleteBanyak benda perlu di uruskan tue.. semoga semuanya berjalan lancar ye.
KAmi doakan MIL dan FIL akak cepat sembuh.. Amin.
Thanks Ijan dan Faiz,
ReplyDeleteKami amat hargai. Amin....