Apa khabar semua? Kami cihat2 jer. Kecuali My MIL(mother in law) yang kurang sihat sepanjang hari Raya. Juga my FIL(father in law) yang kurang sihat sepanjang mengendalikan majlis korban di masjid. Syukur, dapat bantuan dari My Hubby, suami adik ipar dan Thaqif..
Pagi raya, kami goreng cekodok pisang tanduk, dan makan nasi impit dan rendang ayam.
Saya membantu dan mengikut rentak chef (My MIL) sepanjang 3 hari beraya di Banting.
Teringin di hati saya untuk masak sendiri di dapur My MIL. Tapi,saya benar2 tak berani melebihi My MIL dalam hal menu di dapur, kecuali atas permintaan Mak. Kasihan melihat Mak. Nak jalan pun slalu krem. Tapi saya kagum, kerana Mak masih mahu memasak untuk suami dan anak2nya...
Jadi, raya kami, dalam suasana sedikit muram. Betullah kata orang. Bila ibu kurang ceria, seluruh anggota kuarga terasa....
Bila balik, My Hubby ajak pegi rumah kawannya yg mahu sewakan rumah. My Hubby nak ajak saya pindah rumah. Jadi, saya agak pening fikir apa plan kami, cara ngemas, dan macam2....
Akhirnya tak jadi pindah, sebab tuan rumah nak storkan barang2nya dalam satu bilik dalam rumah yang bakal kami duduki. Jadi, kurang privacy buat kami. (Saya jenis yang manfaatkan semua bilik).Maka, kami sepakat menolak....
Pastu, timbul pulak cite, My Hubby nak beli rumah lelong, kerana dr dok umah sewa, dia nak tambah hartanah dgn beli rumah kat sini. Lagi saya bingung....deposit nak guna duit bonus? tak payahla, bang.....
Kami dah ada rumah apt di botanic, Klang. Dah ada penyewa. Cuma sbb kerja My Hubby di kilang kat sini, maka kami menyewa sahaja. Saya tak kisah mana2.
Kelmarin, My SIS, Hazainura, datang bersama My SIS Nurul, sbb Rabu , Nura ada ujian MEDSI di UPSI. Of course, tugas kami suami isteri untuk membantu membawa dia temuduga dan ujian MEDSI. Puaslah kami training Nura tu. Cari contoh soalan kat internet.... Akhirnya selesai.
Esok, Nura, nak jalan2...ntah mana kami nak pegi. My Hubby kena kerja. Jadi, kami bertiga jerla.
Cin cau dulu.....take care. Muuuuah.

Hi Nur...hope ur MIL n FIL are doing better now ya.
ReplyDeleteAiks, U've got an apt kat Botanic Klang yer??? That's very close to me. U orang Klang ker Nur??? ;)
Hi kak Love,
ReplyDeleteThanks. :)
Hihi, saya orang jauh....Terengganu. My Hubby orang Banting.
Close? kak Love n family dok area Botanic?
Salam Nur..dah ceria balik ke belum ni....moga MiL & FIL Nur bertambah sihat....Amin!...ooo dekat Botanic pun ada rumah dah...oooo dekat lak tu dengan rumah LOVE...Akak kalau gi KL selalu singgah lepak kat rumah Abg ipar kat Andalas....dekat tak Nur???
ReplyDeleteSalam jumaat yg indah, kesian dengar MIL indah, moga DIA memberi rahmahNYA. Amalkanlah baca zikir syifa selpas solat 5waktu. Insya Allah pasti DIA menyembuhkan.
ReplyDeletepsssttt kakmOn pon tak berani kacau dapur mak metua.. takutttttttttt :(
salam kak watie,
ReplyDeleteAlhamdulillah, mood da datang balik. hihi.
Thanks atas doa.
Taman Andalas seberang jalan Taman Botanic jer kak. :)
Salam kak Mon,
ReplyDeleteAlhamdulillah, jiwa dah makin rasa agak ceria, dan tenang. Insya Allah, saya amalkan :)
Ye ke? hihi. saya pun sama...padahal mungkin My MIL tak kisah, tapi saya tetap tak berani nak kacau dapur. huhu...