Amat sedap, lemak hingga menjilat jari...takpe cair skit. yang penting still sedap!
Salam sejahtera,
Petang kelmarin, saya try wat Triffle. Guna resipi kak Hanieliza. Uwwaaaa....! Puding saya cair cam eskrem. Huk huk huk.
Dah lama simpan resipi ni. Dan penah tengok gambarnya. Tapi kat FP kak liza, dah takde gambar.
Walaupun hasil yang saya buat tidak secantik Puding Trifle kak hanieliza, tapi saya puashati dapat merasai keenakannya dan try puding ni.
Insya Allah, lenkali nak buat sampai jadi.... hehe.
Saya mintak izin kopypis untuk rujukan, ya kak..
TRIFFLES - sumber FP kak hanieliza.
Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry (yang ni takde, guna agar2 serbuk plain)
1 tin fruit cocktail (takde, saya amik laici jer)
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar (saya guna susu cair je)
Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Triffles ngan lapisannya. Nampak cantik kan? :) Mengembang hidung saya kejap. haha.
mencairkan hatiku....
balance agar-agar, saya buat puding susu strawberry ni.. ;)
Alahai cedappnye puding triffle.... lama betul tak makan... cair cikit takpe kot kan kak..rasa maintain kot :)
ReplyDeletesalam Ijan,
ReplyDeletehaha. takpe. akak ada kesilapan la tu. Insya Allah, akan cuba lagi. :)