Mencerna rasa Cinta di dalam hati
http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/
1. Suami dan isteri umpama SATU.
Disatukan Allah dalam berkah dan kasihNya. Jadi, suami isteri harus ingat.. bahawa Mereka adalah SATU. Kalau seorang cedera, seorang terasa sakitnya dan Merawat. Jika seorang tersilap langkah, seorang rasa berdosa dan membetulkan jalannya. Itulah SATU..
2. Cinta itu lahir kerana IKATAN.
Cinta yang lahir dgn Ikatan itu lebih SUCI dan tidak Melalaikan. Ikatan itu hanyalah Perkahwinan.
Kita akan pandang suami kita, walaupun dia tidak memenuhi kehendak hati kita.. Dia Suamiku..
Kita akan pandang isteri kita, walapun dia degil tak dengar cakap.. Dia Isteriku dan Ibu kepada anak-anakku.
Kita pandang anak2 kita, walaupun mereka bukan anak yang soleh... Mereka lahir dari rahimku..
Tak kira apa tafsiran masing2, tetapi bagi saya itulah CINTA yang luhur, yang banyak pengorbanan dan tolak-ansur. Berjaga2lah dari Hasutan Syaitan yang suka berbisik-bisik di telinga isteri untuk meminta Cerai, dan di hati suami supaya membuat Maksiat...Moga kita memperoleh Jannah.
3. Ditelan pahit, dibuang sayang...
Jika dalam persimpangan, ambillah jalan yang tidak memudaratkan. Saya tidak tahu, tetapi sifat kita jugalah yang banyak menjadikan pasangan kita begitu... maka... bertolak-ansurlah. :))
Sesi Mencari CALON...
http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/
H dah fed up la, letih cari pasangan yg sesuai...
Nak yang sesuai camana kalu taste ko tinggi :))
Sampai hati kak... H tak retila pilih calon suami.
Jodoh tu ketentuan Allah, H. Baik buruk, kita kena terima..
H takutla, salah pilih nanti..
Pilihla yang beriman...
Camana ciri2 lelaki beriman tu?
Tak susah.. asalkan dia jaga solat, tak buat maksiat, ada bakat memimpin keluarga. Tak kirala, dia bujang, atau duda, kalu dia pandai jaga Nafsu dan Imannya dari buat maksiat... dia LAYAK untuk dijadikan suami...
???
Camana nak tau, bukannya bole tengok dia smayang tak? benda2 lain lagi susah nak check.
La...tak susah nak nampak... Masa korang jalan2, dia cuba sentuh ko tak? pastu dia gi smayang tak bila masuk waktu. Pastu dia ajak ko solat tak?
Itu jer.. ?
Itu jerla yang ko senang nampak. Itu pun belum tentu dia pass... lebih baik ko kawan ngan lelaki yang TAK pandai rosakkan ko, dari lelaki yang dah advance dan meranapkan Hidup ko...
Camana nak dapat lelaki beriman kak ?
KO DULU LA YANG KENA JADI WANITA BERIMAN... jaga solat, tutup aurat, dan hiasi diri dgn sifat2 yang menawan hati... barulah Lelaki Beriman akan berderet2 cari ko...
???
(Tak susah kan? )