Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Friday, October 29, 2010

Perubatan Islam2

Salam sejahtera,

Hari ini sibuk sikit. hubby demam, gi baiki kereta kat bengkel. Pulak tu nak gi kelas GM Teoh pula petang. Mens... kita brleter pun, bukan nak dgar. Cuma saya akan temankan jika jauh2 sangat. Tengah masak2 untuk Lunch. Sambil dengar audio lagi. Actually, kuarga saya di Besut ada masalah sikit. Saya berusaha mengetahui perubatan yang disyorkan Islam. Apa yang salah dr segi syariat, atau tidak.. apa yang dibenarkan syariat. Adik2 saya di kampung smua ketakutan. Suami saya pula, tiba2 demam.... jadi tak mampu jalan jauh. Saya terpaksa bantu dari jauh dan mencari kekuatan dan doa yang tidak putus2... Alhamdulillah atas segala Ujian.


CERAMAH, SEMINAR & KULIAH
oleh : Ustaz Prof. Dr. Jumadi Mustar

Perubatan - Halal dan Haram di Dalam Islam

Gangguan Emosi Menurut Perspektif Islam

Rahmat Di Sebalik Dugaan

Sumber dari sini :
http://www.rawatanislam.com/audio-ceramah.html
http://www.ceramahislam.com/perubatanislam.html


Thursday, October 28, 2010

Perubatan Islam

Salam sejahtera,

Ingin berkongsi bbrp Audio Menarik ttg Perubatan Islam. Amat sesuai untuk mereka yang mmpunyai keturunan yang ada saka ,penyakit gila, gangguan sihir khianat, sakit yang tanpa sbb brlanjutan,atau juga yang ada keturunan ahli keluarga yg mnjadi dukun atau bomoh. Ia juga melindungi kita dgn izin Allah, dari Zuriat yang tidak baik, juga dari gangguan histeria atau makhluk halus di dalam rumah , juga sbg pelindung diri.

Orang yang hafiz, dan selalu mmbaca al quran akan tau, ayat2 Ruqyah ialah petikan ayat al Quran. Tiada unsur jenayah di situ... :D.

Ramai yang menganggap mmbaca ayat Ruqyah spt mmbaca Jampi. :D Bagi yang Hafiz atau yang slalu khatam Quran, akan tau bacaan ayat2 Ruqyah diambil dari Al Quran. Bbrp ayat yang Ruqyah ini ada di dalam sural Manzil/ Al mathurat. Beramallah dgn zikir2 tersebut. Moga2 kita dalam perlindungan Allah dari gangguan syaitan. Amin..

Audio di bawah menelusuri sifat2 perawat Islam, juga Ilmu rumahtangga kerana banyak Motivasi rumahtangga di dalamnya. Cubalah mndengarnya..


CERAMAH, SEMINAR & KULIAH
oleh : Ustaz Prof. Dr. Jumadi Mustar

Ilmu Hitam, Pengasih: Peruntuh Rumahtangga

Kupasan Mengenai Ilmu Pengasih (Bhg 1)

Kupasan Mengenai Ilmu Pengasih (Bhg 2)

Cara-cara Memagar Diri & Rumah Dari Ganguan Syaitan & Jin (Bhg 1)

Sumber dari sini :
http://www.rawatanislam.com/audio-ceramah.html
http://www.ceramahislam.com/perubatanislam.html

Teknik umum memagar diri dari gangguan syaitan dan jin :

1. baca doa masuk tandas.
2. doa sebelum berjimak.
3. doa pagi dan ptg
4. zikir pagi
5. doa keluar rumah


Wednesday, October 27, 2010

Makan simple, dan e-House hunting ;)

Salam sejahtera,
Pagi ni breakfast spagetti dan coffee. Tapi ngantuk betulla, tak menjadi pun penangan coffee tu. Malam tadi stay lewat sikit. My hubby dok citer pasal FCPO - Crude Palm Oil Futures . Saya hangguk2 jer, mana paham sangat palm oil ni.

Saya pun dr dia balik,dok citer jugak, pasal rumah2 sale yang ada kat BB dan BS ni. Seharian saya buat Research. Developer yang disenaraihitam la, rumah pajakan/freehold la, Hot spot la, harga sale/lelong la.. Rasa macam dah jadi agen hartanah jer. hehehe....  Rumah lelong kat Buylelong.com. Kat  condo.com pula ada link ngan mudah.my. Nak cari rumah, cuba2 lihat yg ada gambar. Senang nak tgok. Kalu tak, just ask pejabat developer kat situ, juga kalu ada bank yang jual rumah Lelong. Rumah lelong pun fast Moving jugak, tau... rata2 rumah teres/banglo bawah 50K seme jadi rebutan. Untuk Check Developer yang disenaraihitam kat kpkt.gov

Rupa2nya my hubby minat kat Antara Gapi, Serendah  ... Rumah baru, harga boleh tahan untuk Terace (rumah teres).  Cuma kalu boleh, saya nak yang  pegangan bebas (freehold). Tapi, kita pun maklum kan.. terrace yang freehold yang baru sangat mahal. Di bawah PKNS kebanyakan pajakan 99 tahun (leasehold) . Kalau beli rumah yg SALE dari orang lain pun, sudah tentu Tempoh pajakan sudah berkurang.. mungkin 60-70 tahun jer. Rugi pula. Kalu nak beli rumah dr orang lain, baik beli yang Freehold. Hurm, tengok kemampuan la. Sekadar nak rumah untuk diduduki sepanjang mr hubby kerja kat sini tapi ada Market Value, senang utk disewakan kalu kami pindah. :))


SPAGETTI BERSOS SPAGETTI CENDAWAN DAN SOTONG

TELUR AYAM MASAK LEMAK BERCILI PADI

SOTONG GORENG KUNYIT


SAYUR SIEW PAK CHOY DAN SAWI GORENG


Tuesday, October 26, 2010

Bubur kacang dan sedikit citer..

Salam sejahtera,
Dah dah tgok lagu ulek mayang tu. Kang ada yang seram sejuk. :))
Itu belum lagi bunyi gong, rebana, selumpit/serunai segala, kan? Selagi takde bunyi2 tu, campur ngan pulut kuning, Telur rebus, ayam panggang... masih lagi jauh dari terkena apa2.
Janganla pulak ada yg kata macam2 pasal lagu tu. Saya ada baca sejarah Ulek mayang ni, ada juga buat kajian Tempatan untuk subjek Sejarah kat pantai batu Buruk. Saya penah dengar alat2 muzik tradisi tu dulu, masa kecik2. Kampung saya kecik jer, tapi dulu2 banyak orang main 'Teri'. Adat halau hantu.. :)) Takut ker? Just share pengalaman. :))

Sebab itulah kalau ada yang ajak Kami pergi berubat ngan bomoh sana sini, yang ada guna beras, pulut kuning, pengeras, telur rebus... kami tak pergi. Sebab saya dah biasa tgok bnda2 macam ni masa kecik. Saya faham cara amalan mereka, walaupun mereka cakap bomoh tu guna ayat Quran, tapi guna barang2 tu. Saya takut terbabit ngan amalan yg dilarang agama as.. ada jin bantu mereka. Bahkan bapa saudara saya sendiri ada jin Islam yang mendekatinya. Tapi saya nak pergi rumahnya pun tak berani. :))

Oklah, dah citer hantu2 ni... :D Di bawah ni, dessert berhari yang lalu. Kalau guna manisan/ gula melaka biasa kat sini, takkan merah camtu. Kuahnya warna merah camtu sebab guna manisan dari Siam. Rasanya manis2 hawa, saya cuma tambah 2 sudu bumbung Gula untuk 1/2 periuk bubur kacang, dan selebihnya Manisan. Bubur kacang yg saya biasa saya buat lebih kpd manis2 buah, lagi dipanaskan, lagi akan terasa manisnya.


BUBUR KACANG

3-4 genggam Kacang hijau - Basuh dulu, dan direndam bbrp jam
Manisan Siam secukup rasa (manisan karet yang perlu dicairkan dulu, lalu ditapis. Paling senang guna serbuk gula merah cap Bintang made in Thailand)

Air secukupnya
Segenggam sagu putih -dibasuh, dan toskan.
Gula secukup rasa
sedikit garam
1/3 kotak Santan jenama ayam brand
2 helai Daun pandan disimpul


CARA:
1. Rebus kacang dengan air sehingga pecah2 bijinya dan lembut.
2. Baru masukkan manisan, santan, sagu, garam skit, gula secukup rasa, daun pandan.
3. Biar sagu biji masak. Selalu kacau supaya santan tak keluar dari periuk.
4. Biar bubur kacang agak sebati. Angkat dan hidangkan panas. (saya suka buat pekat sikit)


Ulek mayang... lagu ori yang susah dicari

Salam sejahtera,
Sajer. Teringat drama Ulek mayang yang heboh diperkatakan. Kami takde TV, toksah harap nak dapat tengok. hihihi...

Video di bawah ada kumpulan seni tari dari filem Spinning gasing. Tak penah tengok citer ni. Tapi saya tau... dan kenal lagu ni.

Saya lahir di Kelantan, tapi kenal lagu Mistik seperti Ulek mayang ini. Ada majlis rakyat di skolah rendah saya dahulu. Sorang kawan sekolah, senior saya yang kulitnya putih2 menjadi pelakon dalam lakonan Ulek mayang malam tu. Lagunya memang Mistik, mendayu, walaupun tiada tarian.. Malam pulak tu nyanyi. :)))
Sebab tu saya katakan lagu ini hampir2 yang ori, tak macam lagu Ulek mayang yang dinyanyikan Ella, atau penyanyi2 lain. Rasanya orang pure Terengganu lagi kenal, kan? :))




Ketam masak merah puteri, nasi goreng ala kampung 2

Nasi goreng ala kampung, dituang lebihan kuah ketam masak merah malam tadi. Sedap!


NASI GORENG ala kampung
Sumber: mysweetlife-nurindah

nasi putih 2 cawan
1 sdm cili kisar (jenama Puteri)
2 biji bawang merah -ditumbuk
1 ulas bawang putih -ditumbuk
sejemput udang kering -ditumbuk
kacang panjang -dipotong pendek

CARA:
1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan sedikit garing.
2. Masukkan cili kisar, kacang panjang, garam . Goreng hingga sayur kacang layu.
3. Baru tambah nasi putih. Gaul rata.
4. Angkat dan hidangkan.


Ketam yang berperisai... kihkih! garang sungguh gambarnya ya.. hahaha..

KETAM MASAK MERAH PUTERI
Sumber: mysweetlife-nurindah

2 ekor ketam -dibelah 2.
3-4 sdm cili kisar segera (jenama puteri- jenama ni dah lengkap,harum, dan pedas. Kali ni, saya tak letak bawang kisar, Still sedap!)

Halia -dihiris halus
1 1/2 sdm Sos tomato
1 1/2 sdm Sos cili
1 sdm Sos tiram
1 biji Telur - utk memekatkan kuah.

1. Tumis cili kisar Puteri sekejap, dan halia.
2. Masukkan Air untuk kuahnya, sos cili, sos tomato, dan sos tiram.
3. Masukkan ketam. Kacau rata. Tambah air untuk kuah jika perlu. Biar sebati. Balik-balikkan ketam. Jika mahu, tutup kuali ngan penutup periuk supaya cepat masak.
3. Saya tak tambah garam, sbb lebihkan sos tiram.
4. Bila ketam sudah berwarna keorenan, pecahkan sebiji telur. Kacau sikit2 jer.. Biar kental.
5. Angkat dan hidangkan..


SIEW PAK CHOY SOS TIRAM. Resipi KLIK SINI.

IKAN SELAR GORENG

Monday, October 25, 2010

Roti pita segera dengan telur hancur

Salam sejahtera,
Apa2 sajelah.. hihihi. Biasanya roti pita sedap dimakan dgn daging bakar/ayam ala2 kebab kat pasar malam tuh. My hubby pun setuju. Cuma masa nak breakfast tu, ayam atau daging takde. Jadi buat telur hancur. Isikan telur pun, boleh tahan rasanya. Saya guna roti pita jenama natures bake dr Tesco. ;)



TELUR HANCUR
Sumber: Senangnya memasak tauhu dan telur PTS, Chef Hanieliza.

3 biji telur - dipukul
10 kacang buncis -didadu kecil
3 biji cili merah - dihiris/ dicincang
2 biji cili hijau - dihiris/ dicincang
1 labu bawang besar - dicincang
1 sdm minyak masak - nurindah: boleh juga guna majerin
garam secukup rasa

Tambahan Nurindah:
Roti sosej/roti frankfurter/ roti sandwich/ roti pita
mayonis - untuk topping
sos cili -untuk topping
kalu suka, sos thousand island

CARA:
1. Kacang buncis dipotong pendek.
2. Panaskan minyak/majerin, tumis bawang besar, cili merah, cili hijau. Kacau rata dan biar masak.
3. Masukkan telur dan garam. Kemudian biarkan sebentar.
4. Kacau telur supaya hancur.
6. Angkat dan hidangkan dengan roti.


Bergedel tauhu dan udang, udang dan kacang buncis bersos tiram

Salam sejahtera,
Kelmarin mengemas sgala harta karun kat dalam stor. Adus.. sakit pinggangku. Cadang2 nak tambah rak kayu lagi. Skarang pun dah Ok sbb letak dalam box storage plastik tu, tapi sbb tersusun kat lantai, maka nampak kurang kemas. Moga2 kalu adik2 perempuan atau sedara mara datang, bolehla duduk dalam bilik. Cadangnya dua2 bilik lebih tu nak dijadikan bilik, takde lagi bilik stor. Jadi, harta karun yang ada bakal disusun atas rak ataupun dibuang saja. Insya Allah... :))

Hurm... banyak sungguh plan. Almaklumlah dah dekat Dec, musim bonus... harap2 ada la rezeki lebih nak tambah2 rak tu. Lagi2 rak pinggan mangkuk yang tinggi skit.Dapatla menjimatkan ruang Lantai. Juga rak buku yang tinggi, dapat jimatkan jumlah box storage tu. Wat pe la beli buku, kalu tak rajin dibaca kan? Biar nampak, dan dibaca... heheheh.

Di bawah ialah menu kelmarin. Takde special sangat. Tapi biasalah, sbb ikut resipi... itu yang buat special skit. hahaha.. Take care ya. Hari ni nak nyambung ngemas lagi. :))








BERGEDEL TAUHU
Sumber: Buku senangnya memasak tauhu dan telur PTS, Chef Hanieliza.

4 keping tauhu lembut (tauhu biasa kat kedai)
200gm kentang (direbus dan dilenyek)
200gm udang (dibuang kulit dan didadu)
2 biji cili merah -(nurindah:dicincang)
2 pokok daun bawang - (dicincang halus)
1 sdm serbuk lada hitam
1sdm tepung jagung
garam secukup rasa
Nurindah: saya tambah serbuk lada hitam ajishio

Bahan B:
2 biji telur (dipukul) - untuk menyalut adunan
minyak masak untuk menggoreng

CARA:
1. Hancurkan tauhu lembut
2. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Bentukkan adunan menjadi bulat dan leper.
4. Panaskan minyak di dalam kuali.
5. Celup adunan di dalam telur dan goreng dgn api yang kecil hingga masak.
6. Angkat dan toskan.
7. Hidangkan dgn sos cili.



UDANG DAN KACANG BUNCIS BERSOS TIRAM
Sumber: Mysweetlife-nurindah

Udang - dikupas kulit atas dn buang kepalanya
sedikit serbuk kunyit
garam
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
1 sdm sos tiram
Halia - dicincang atau dipotong nipis sebesar batang mancis.
Sayur kacang buncis dipotong serong

Cara:
1. Tumiskan bawang dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram, dan sayur kacang buncis. Kacau sebati.
3. Masukkan serbuk kunyit,garam dan Udang.
4. Kacau hingga masak.
5. Siap dihidangkan

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
Guna perencah segera saja ni... Cuma tambah daun kesum, garam, ikan.. :))


Sunday, October 24, 2010

gurindam jiwa .. janji kasih suami isteri

Salam sejahtera,

Pagi yang dingin dan menghiburkan hati. Mata fikiran tumpul buat bbrp hari. Idea yang melaut tapi tiada kata terucap. Bagaimana itu? Pernah alami?
Antara sebabnya ia bercampur-baur dgn perkara emosi lain yg menambah rumit. Idea dalam beremosi hanya menambah garam pada luka. Jadi, berkata-katalah dgn baik, dan berhikmah atau diam saja.

Oh! Ya, ini dia antara lagu kegemaran saya. Kisah di sebalik lagu ini:

Kisah seorang lelaki bernama Dahlan yang pandai berkarya. Mempunyai isteri yang amat dikasihi dan mengasihinya. Kerana dorongan itu, dia banyak berkarya sehingga dilantik menjadi sasterawan istana. Setelah hidup di istana dia banyak mengabaikan isterinya dan ibubapanya. Sejak itu jiwanya kaku, dan akalnya tumpul untuk berkarya...

Lagu yang cantik, Janji setia suami dan isteri... Oh.. saya tidak mahu jadi seperti kesudahan cerita ini. Jadi, masa berhari-hari ini, saya melayan rajuk hati sang suami... :)))


GURINDAM JIWA





Thursday, October 21, 2010

Terung goreng berempah, Mihun goreng sos tiram. biasa2 jer.. :)

Salam sejahtera,
Er.. kata orang, kalu takde sambal.. tak kick! kata orang, kalu takde seafood rasa tak meriah jer. Bukan kata orang tu,.. Saya la.. :))
Sabo.. sabo.. tunggu Sabtu..tak lama dah. Bulan ni bajet semput.. jadi pandai2 Wife la nak bajet. Kesian mr hubby. Kalu takde udang, gantila udang kering kan? Kalu takde ikan.. buat sambal Bilis pun jadi la kan? Ok.. ok... dapat IDEA dah..


MIHUN GORENG SOS TIRAM

Mihun -rendam hingga lembut. Nak cepat, celur jer pastu toskan.
Sos tiram
bawang putih
bawang merah
Serbuk lada hitam aji shio..
Sikit air
Sayur... (saya punya, tak letak. Ada timun..aci tak? )
Da...:)

Tumis bawang, masukkan air sikit. Pastu masukkan sos tiram secukupnya dan sayur. Baru masukkan mihun, kacau rata. Kemudian masukkan serbuk lada hitam ajishio.. goreng hingga masak. Hidangkan. Rasanya manis2 pedas... Sedap di kala tekak nak tukar selera.


TERUNG GORENG BEREMPAH

Sajer goreng macam ni, nak rasa. Ada dalam buku resipi@Prima, tajuk JAWA. hahaha... betul2 ni, tak tipu.. tapi resipinya dah diubahsuai mengikut bahan yang saya ada. Jadila versi berempah pulak. Sedap jugak merantah2.. lembik, but still crunchy dgn bahan yang saya tumbuk. Di bawah ialah Versi SAYA...

2 biji Terung panjang dibelah dua -yang dua tu, saya potong 2 lagi
1 sdk Serbuk ketumbar
1 sdk Serbuk jintan manis
1 sdk Serbuk jintan putih
bawang putih -ditumbuk
bawang merah -ditumbuk
sedikit halia -ditumbuk
sedikit tepung jagung -jika mahu
garam secukup rasa
serbuk kunyit

Campur semua bahan. Perap sekejap. Goreng dgn minyak penuh. Toskan. Lap minyak skit2 pada terung. Hidangkan

Daging yang diperkatakan dari kelmarin.. jadi DAGING MASAK KICAP. Sure laju jer makan... :)))


SUP TAUHU BERTAUGEH NGAN TELUR sekali masuk...


Wednesday, October 20, 2010

Kuih dari keledek...


Salam sejahtera,
Menu malam tadi, tak mo tunjukla, tak comey... Ala, ikan goreng, sayur taugeh, dan masak lemak telur masin. Dah balen2 peti sejuk. Dalam esbok cuma ada daging yang kejung, campur telur yang baru dibeli. Tengokla jadi apa.. Breakfast pula, Cekodok campur Tepung + udang balen + bawang + telur + baking powder + cili merah cincang. Makan ngan sos Cili Thai.. Kuih di bawah, baru buat... Saya nak Frozenkan. :)) Adunan dari keledek ni, main campak2 jer berdasarkan prinsip2 dari Resipi Bebola Keledek MamaSyipah. :)) Alhamdulillah, lembut, sedap dan mencairkan hati. Saya ADA BUAT TAMBAHAN sikit, iaitu 1 sdk majerin, untuk mmberi lebih rangup. Lihatlah aksi-aksinya ya... Nak tengok Jenis Ubi, Resipi, dan Cara.. KLIK SINI. Tak lupa, terima kasih buat Mamasyipah kerana berkongsi resipi. :))


Macam2 versi boleh dibuat dari adunan ni. Gembira hati.. :))

Di antara step nya..

BEBOLA KELEDEK berinti kacang merah

Rupa bebola sebelum digoreng..

KUIH CEK MEK MOLEK yang mencairkan hati dari adunan yang sama.. Cek mek ni, my faveret masa panas2..uish..panas..!

Rupa kuih cek mek sebelum digoreng...

Nak Frozen kan. Yang Cek mek tahan sehari jer... kang air gula menyerap dalam doh. Pastu yang bebola macam cucur badak tu, intinya kacang merah readymade. Tahan... Intinya ada dijual kat bakeri nu..



Tuesday, October 19, 2010

Mencerna rasa Cinta, dan Sesi mencari calon...

Mencerna rasa Cinta di dalam hati
http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/

1. Suami dan isteri umpama SATU.

Disatukan Allah dalam berkah dan kasihNya. Jadi, suami isteri harus ingat.. bahawa Mereka adalah SATU. Kalau seorang cedera, seorang terasa sakitnya dan Merawat. Jika seorang tersilap langkah, seorang rasa berdosa dan membetulkan jalannya. Itulah SATU..

2. Cinta itu lahir kerana IKATAN.

Cinta yang lahir dgn Ikatan itu lebih SUCI dan tidak Melalaikan. Ikatan itu hanyalah Perkahwinan.
Kita akan pandang suami kita, walaupun dia tidak memenuhi kehendak hati kita.. Dia Suamiku..
Kita akan pandang isteri kita, walapun dia degil tak dengar cakap.. Dia Isteriku dan Ibu kepada anak-anakku.
Kita pandang anak2 kita, walaupun mereka bukan anak yang soleh... Mereka lahir dari rahimku..
Tak kira apa tafsiran masing2, tetapi bagi saya itulah CINTA yang luhur, yang banyak pengorbanan dan tolak-ansur. Berjaga2lah dari Hasutan Syaitan yang suka berbisik-bisik di telinga isteri untuk meminta Cerai, dan di hati suami supaya membuat Maksiat...Moga kita memperoleh Jannah.

3. Ditelan pahit, dibuang sayang...

Jika dalam persimpangan, ambillah jalan yang tidak memudaratkan. Saya tidak tahu, tetapi sifat kita jugalah yang banyak menjadikan pasangan kita begitu... maka... bertolak-ansurlah. :))


Sesi Mencari CALON...
http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/


H dah fed up la, letih cari pasangan yg sesuai...
Nak yang sesuai camana kalu taste ko tinggi :))
Sampai hati kak... H tak retila pilih calon suami.
Jodoh tu ketentuan Allah, H. Baik buruk, kita kena terima..
H takutla, salah pilih nanti..
Pilihla yang beriman...
Camana ciri2 lelaki beriman tu?
Tak susah.. asalkan dia jaga solat, tak buat maksiat, ada bakat memimpin keluarga. Tak kirala, dia bujang, atau duda, kalu dia pandai jaga Nafsu dan Imannya dari buat maksiat... dia LAYAK untuk dijadikan suami...
???
Camana nak tau, bukannya bole tengok dia smayang tak? benda2 lain lagi susah nak check.
La...tak susah nak nampak... Masa korang jalan2, dia cuba sentuh ko tak? pastu dia gi smayang tak bila masuk waktu. Pastu dia ajak ko solat tak?
Itu jer.. ?
Itu jerla yang ko senang nampak. Itu pun belum tentu dia pass... lebih baik ko kawan ngan lelaki yang TAK pandai rosakkan ko, dari lelaki yang dah advance dan meranapkan Hidup ko...
Camana nak dapat lelaki beriman kak ?
KO DULU LA YANG KENA JADI WANITA BERIMAN... jaga solat, tutup aurat, dan hiasi diri dgn sifat2 yang menawan hati... barulah Lelaki Beriman akan berderet2 cari ko...
???
(Tak susah kan? )


Sup makaroni , Nasi lemak berlauk sambal paru :)

Salam sejahtera. Kalu sudi, klikla di SINI untuk BACA entry KHAS buat kak Sofieyya atau Kak Soulha.

Kelmarin mmg blur tak tau nak masak apa... jadi keluarkan suhun (yang konon nak buat sambal kering.. macam kak lizahanum), bebola daging yang beli kat pasar basah RM 10 (banyak tuh). Jadi belek punya belek, jumpa sup makaroni berbola daging kat blog kak Masz. Pastu blog kak Nor secubitgaram pun ada. Jadi dgn bahan2 yang ada, saya buatkan saja. Dan.. ada sambal kicap pastinya my hubby riang gembira. hahaha... Syukur, katanya kenyang makan sup makaroni tuh. Maklumlah, my hubby ni susah kenyang kalu makan benda macam mee, makaroni ni. Tapi yang ni, katanya kenyang.. dan SEDAP! Terima kasih buat empunya resipi dan kak MASZ yang mencatat resipinya, pastu kak Nor yang bagi idea tambah daging... Kak Nor punya versi kat sini. Mohon halalkan resipinya untuk share kat sini, ya. :))

Sup ni, tabur bahan2 sampingan tu yang lagi sedap. Saya dah takde daun bawang dan daun sup. Bawang goreng pun dah lupa letak.


SUP MAKARONI
Resipi Asal : Kak Masz, masz73

Bahan2

* Makaroni (secukupnya) - Nurindah: saya guna makaroni biasa.Kena rebus dulu makaroni tu, 11 minit.
* 3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
* 1sdk lada hitam - tumbuk
* bebola daging - secukupnya
* 2 kiub lembu/tulang rusuk
* 2ltr air/ secukupnya
* segengam soohoon
* sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg)

** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging

Bahan sampingan

* ikan bilis kecil/halus - digoreng
* daun sup/bawang - dihiris
* bawang goreng

Cili tumbuk

* Segengam cili padi
* garam
* 1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok

** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau


Cara Penyediaan

* Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
* Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
* Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
* masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
* Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)

** Kesedapan & istimewa sup makaroni ni ialah campuran ikan bilis halus/kecil yg digoreng rangup & sambal tumbuk yg rasa masam2 tu... perghhhh... :P


Bahan Sampingan : Ikan Bilis. Ikan bilis goreng jer la. Abaikan yang kisar tu.. ikan bilis yang siap kopek ni tak mo rangup jugak. Itu yang kisar tu, sampai tersedak2 time makan.. hakhak. Sebijik rasa macam Mee Celup Kelantan.

Sambal Kicap ganti cili tumbuk. Tak yah citer... macam biasa, ada anak Jawa kat rumah ni. :))


Ni ha... takde resipi... nasi lemak campak2 jer. Lauk sambal paru ni.... senang, paru yang saya beli RM 5 aritu... banyak.. jadi hari AHAD saya rebus seme, sambalkan seme. Jadi, dia kejung dalam peti ais tu. Pagi tadi, keringkan lagi. Rasa yang mana patut. Ini kejadian aritu. KLIK.

Alhamdulillah, buat bekal lunch My Hubby tercayang tuh.


Monday, October 18, 2010

Crispy crab stick

Salam sejahtera. Ini sajer2 update. Ternampak crispy crab stick kat dapur kak Watie, asal resipi che iza MyR. Kebetulan ada crab stick dlm freezer yg lama terperap kononnya nak makan ngan kuah yong tau fu buat sendiri... Yor la tu. hahaha.. Sampai skrg tak sampai hajat nak beli bahan2 mentahnya spt yang kat sini. Jadi, kita jadikan snack yang teramat SEDAP NIH! Oh! Ya, tuan tanah tgah sibuk neh. Komen dijawab nanti ya.. :)) Tak lupa, terima kasih banyak2 buat che 'iza dan MyR sbb berkongsi idea yang bernas ini. Mohon halalkan resipi dan untuk saya copy di sini, ya


Tahap crispy ikut tahap yang dikehendaki, ya. Saya goreng bagi garing betul, sbb yang ada putih2 tu masih sikit liat.

Dah goreng, rasa ala2 kopok ikan pulak. hihihi. Tapi mmg ada rasa crab tuh.

Jenama Crab Stick ni, Sri Segar, made of China. Tak jumpa local punya. Ada cop halal dari Persatuan Islam kat Shandong.


CRISPY CRAB STICK
Sumber Asal : Che Iza@myresepi.com (saya dah cuba link MyR, tapi tak dpt buka)
Copy dari: kak Watie, watierman

Bahan-bahan ( 2-3 org )

* 2 paket filamen crabstick
* Serbuk secukup rasa maggi (takde pun tak per)

Cara-cara

1. Buka filamen crabstik jadi satu kepingan yg lebar. (Kalau perasan filamen ni dia ada satu gulungan).
2. Hiris memanjang selebar 1cm.
3. Goreng deep fry hingga golden brown n garing... Untuk menambahkan rasa, taburkan sikit dgn serbuk secukup rasa.... Siap.

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────