Salam sejahtera, selamat petang. Sorry, kami tak balik rumah lagi. Masa scheduled post ni, fresh baru lepas goreng. Sambil taip, sambil kunyah. satu pinggan dah nak abes dah. Yum.... sedap betul wantan goreng isi udang.... Masa breakfast tadi pun ada goreng. My Hubby angkat kening sambil senyum. Isi udang memang rasa baaaasah gitu.. tak sempat cecah sos cili thai dah. hikhikhik..

WAN TAN GORENG SEMPOI (isi udang)
Kulit wantan
Udang sederhana besar -dipotong dadu
Serbuk lada putih (white pepper) - secukup rasa
Kicap manis - secukup rasa
Sedikit garam - secukup rasa
sedikit tepung jagung
Cara:
Campur semua bahan. Gaul sebati. Bentang 1 keping kulit wantan, isikan inti. Lipat ikut suka. (Saya lipat segi tiga je). Tangkupkan kulit wantan. Tekan skit hujungnya. Boleh juga disapu dgn sikit air. Jangan risau, takkan terbuka punya.. ;). Goreng dgn api sedikit perlahan , kerana kulitnya cepat garing. Goreng hingga warna keemasan. Angkat dan hidangkan.

Sebelum goreng

Selepas digoreng... ;)
